Insentif Baru dari Kerajaan – ref malaysiakini

Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009, sebagai langkah unjtuk menambah pendapatan boleh guna pekerja.

Ia merupakan antara beberapa insentif diumumkan kerajaan. Berikut ialah insentif-insentif berkenaan:

* Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, kerajaan meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut:

+ Bagi gred JUSA, had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000;

+ Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000; dan,

+ Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan, kata Najib.

* Pekerja dibenar untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009, sebagai langkah unjtuk menambah pendapatan boleh guna pekerja.

* Bagi memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina 25,000 rumah kos rendah dan sederhana.

* RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.

* RM600 juta akan disalurkan untuk projek-projek kecil menerusi program penyelenggaran infrastruktur awam dan infrastruktur asas, seperti menyelenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

* RM500 juta diperuntukkan bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam, termasuk sekolah, hospital dan jalan raya

* RM500 juta diperuntukkan untuk membina, menaik taraf jalan-jalan di luar bandar, kampung dan jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak. – mstar

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Insentif Baru dari Kerajaan – ref malaysiakini

  1. Salam,
    Mamak rasa seronok juga dengan Menteri kewangan baru ini.Dah mula nampak kebijaksaannya.Mamak rasa cara TDM mula kembali dalam pemerintahan negara untuk megekang kadar inflasi yang sedang mengejar semua negara di dunia.Negara-negara Eropah sedang gusar dengan ekonomi dunia yang tidak menentu ini.Langkah mengurangkan Potongan KWSP ini pernah berjaya dilakukan dalam era TDM untuk menjana ekonomi dalam negera.Pendek kata peniaga-peniaga macam mamak ini boleh lah bernafas lega sedikit kerana rakyat kini ada duit lebih sikit untuk berbelanja.

    Kadangkala kerja makan gaji kalau seribu ringgit hanya habis dibayar hutang.Hutang kereta,Hutang Rumah,Hutang perabut,hutang Angkasa,Hutang pinjaman peribadi bank,Hutang kad kredit,Bil letrik,bil ayak,bil hand phone,bil internet,bil cukai majlis,bil maintenance,dalam pada itu perbelanjaan pulak ,belanja poket anak ke sekolah,yuran bas,tuition anak,repair kereta ,minyak kereta,Insuran kereta,road tax,pampers anak,susu anak,yuran nursery,HIDUP KITA INI PENUH DENGAN PANCAROBA HUTANG!HUTANG kalau makan gaji.
    Sekali kala nak tenangkan masalah hutang ini kena teh tarik dikedai mamak dan pekena sebatang rokok pun dah tak boleh.Takut kena saman.Saman pulak di merata-rata…saman parking,saman tol,saman melalui kad jemputan…di mana – mana pun saman menghampiri kita.Kerja 8 jam dah tak boleh dah zaman ini.kena kerja 15 jam baru boleh hidup.zaman rilek kat rumah dan jalan-jalan cari makan hujung minggu terpaksa cancel dalam keadaan sekarang.Cuti-cuti Malaysia pun agak balik kampung dan rilek memancing kat bendang je cukup!!!!.Itu sekarang kalau ada ikan..ikan haruan pun dah sekilo RM20 dah,ikan keli pun tak hidup lagi kat bendang habis kena racun…Jadi yang susah dalam keadaan ini orang bandar….yang ramai duk kat flet…Mamak saja tulis ini yang lari dari tajuk untuk mengenangkan kawan mamak “chot” yang akhir-akhir ini sering luahkan perasaannya seperti ini pada mamak!.”Chot”tak ambil pusing apa yang sedang berlaku dalam negara,Umno atau pun dan tak peduli siapa yang memerintah negara ini tetapi dia hanya fikir bagaimana dia boleh membayar semua hutangnya dan memperolehi wang sejumlah itu di setiap akhir bulan!!!.

    Wassalam.

  2. saksikan rakaman komen sidang meida Najib menerusi malayadaily.com dengan kupasan isu mengenai tindakan pembangkang keluar meninggalkan dewan.

    http://www.malayadaily.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s