Nik Aziz alu-alukan Kod Etika wakil rakyat – ref malaysiakini

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, kempen seumpama itu sesuai dan relevan untuk dilaksanakan di kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih berhatihati sebelum bercakap dan menjadi contoh terbaik untuk diteladani.

“Ahli Parlimen ni orang yang berada di atas, sudah bijak pandai, banyak pengalaman, tidak perlu nak adakan akta atau sebagainya untuk kawal mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan ahli Parlimen yang dibuat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

Menurut Shafie, Ahli Parlimen mempunyai pengaruh kuat bukan sahaja di kawasan masing-masing tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Shafie berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat, antaranya melalui penyebaran risalah. BERNAMA

nota: elok lah ada kod etika bagi YB2. kalau tidak ada, perbahasan dah macam budak2 sekolah. terjerit sana sini. orang berhujah bertukar pendapat. bukan nak tunjuk diri siapa hebat.

22 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

22 responses to “Nik Aziz alu-alukan Kod Etika wakil rakyat – ref malaysiakini

  1. Kuntakinte

    Salam, kalau dah alu – alukan harap lepas ni Tok Guru jangan le keluo istilah yang merapu2 lagi, rosak akidah anak buah yang tak cukup akai, jangan Tok Guru ingat anak buah berketayap atas kepala tindakan mereka molek, mereka tak ada otak apa kata tok guru diorang ikut.

    Bila sebut ketayap teman teringat cerita terbaru dalam kampung teman, masa pilihanraya lepas ada lah anak2 muda PAS berketayap, berjanggut kambing menjadi perayu undi dan pelobi di depan tempat mengundi, teman kenal mereka2 ini anak pemimpin PAS kampung teman, wah!!! bukan main berketayap ada berjubah ada berjaket laungan lepas kutuk orang UMNO sikit2 takbir!!! lepas kutuk je orang UMNO sikit2 takbir!!!.

    Aleh2 dua ke tiga hari lepas 2 orang yang berketayap anak pemimpin PAS tempat teman yang terlibat masa bertadbir di Pilihanraya lalu di bawa oleh Black Maria Polis, teman pergi siasat apa cerita dan kesahnya,, ish..ish…. sedih pun ada, terkejut pun ada, nak gelak pun ada, kecewa pun ada, yeop semua nak tahu ke apa kes nya !!!!!!!!

    MEROGOL ANAK DARA ORANG SECARA BERKUMPULAN 4 ORANG LANYAK 1 ORANG. ISH..ISH..ISH…

    Ha… Tok Guru tak cukup lagi ajaran tok guru tu, sebab tu fatwa kalau nak keluo hati2.

  2. sk ..isk … sais nya tapi teman tak berapa heran sangat banyak lagi benda buruk dari tu teman per tengok … malu nak cerita walaupun dema ni orang pas

    sekupangdua tergelak pun ada …pasal ada kawan teman kena sergah bila dia menyambung perkataan takbir orang pas selepas sembahyang jumaat di masjid … bila dema takir…takbir…takbir.. dia sambung sampai tujuh kali…memang berani yop ni …ate bila teman tanya dia kata apa pulak takbir ni utk bapak dema jer ke atau untuk orang islam… jawab…jawab ler lebai berjanggut?

  3. daud

    jangan hina ulamak, jangan hina sunnah

  4. HEraNLah

    Kalu nak senarai perkara buruk, jangan dok kata parti tu pati ni la…perogol,pembunuh pun banyak yang penyokong parti kerajaan “UMNO”.
    Jangn dok kata ‘janggut kambing’..janggut tu sunnah Rasulullah s.a.w. Bila kat pembangkang je gelar janggut kambing. Baru2 ni masuk beberapa blog duduk dengan pompuan depan botol arak tu pun berjambang,berjanggut gak,yang pasti pemimpin yang nak bertanding pemuda UMNO..

  5. Salam,jangan jadi macam parlimen kita ini macam kat luar negara yang baling kasut ada,bertumbuk ada,wrestling pun ada….dan jangan pulak jadikan parlimen sebagai pentas debat…..perlu diingat parlimen adalah tempat menjana ‘freedom of speech’!.kalau terlalu kongkong MP tak seronok pulak nanti kewujudan demokratik berparlimen.Cukuplah Kod etika yang sedia ada…speaker boleh menggunakan kuasa…tapi apa yang rasa ialah sejak RTM ura-ura nak menyiarkan sesi parlimen terus menerus ramai yang ingin jadi hero rakyat supaya nama mereka boleh naik!.kot..kot jadi Menteri nanti.Yang pembangkang pulak saja tunjuk lawak bodoh mereka yang tak ada idea untuk berdebat!.Speaker perlu pandai mengawal keadaan seperti seorang pengadil bola sepak kalau selalu tak adil pada pihak lawan pun tak baik jugak!.Nanti orang jerit “refree kayu” pulak!.Mamak cuma rekomen speaker parlimen perlu menjalani latihan mengadili perlawanan bola sepak untuk senang kawal persidangan yang semakin hari semakin macam perlawanan bola sepak.Speaker juga kena belajaq silat ke atau taekwondo untuk mententeramkan keadaan!!!!ha!ha!cuma gurau je!.Wassalam.

  6. palohotox

    Salam..
    Kalau nak main issue perogol takyah la bagi contoh ikut parti.. ko tipu pun bukan kitorang tau pun.. paling tak dapat dosa sbb sebab menipu.. Nak bagi contoh2 ni kita tgk pemimpin dulu.. seingat aku dulu2 ..ada jgk pemimpin umno tu kena tuduh rogol,bunuh anak dara orang.. buang parti ..tapi sekarang ni boleh bertanding balik, di sanjung2 plakk.. Appaaa critaa ni? Yang desas desus pi tiduq ngan pompuan mongolia pastu pi bom kasi hancuq tu maleh nk cita la sbb betoi tak betoi taktau lagi..
    Kawan tertarik dgn exco agama kerajaan Selangor.. Kepimpinan melalui teladan, turun padang pi baca khutbah kat mesjid2 seluruh Selangor.. Yg kawan dengar takdak satu pun pasal politik di sentuh dalam khutbah tersebut.. Semuanya pasal.. Tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah dalam menegakkan Islam..
    Haii.. tengah tunggu jgk kot2 ada pemimpin2 Umno lain nk turun mesjid pi baca khutbah..
    Wassalam..

  7. silap miker ni le kepalahotok mu dtg sini kat perak berlambak tapi tak ler nak satu malaya tau ….takbangga pun …ala baru nak buat jgn ler banyak tiggi dadanya………
    sekupangdua bagi contoh kepalahotok ni cakap tak sopan lansung benor…..sesuai contoh..kata tak kononya jgn sentuh tapi dia tu sentoh hal orang juga ..ngapa benci nya dgn UMNO… dah kena kencing pun nyokong pulak …tak paham!

  8. Kuntakinte

    Salam, saja teman lontarkan cerita sensasi yeop!!!!, tengah riuh di kampung teman jadi bahan sembang….. caya idak bukan kroje teman, hanya untuk difikirkan manusia bukan mahsum banyak kelemahannya, selama ini dan ketika ini riuh yang tak baik semuanya orang UMNO dan kerajaan, sekali2 teman lontarkan cerita sensasi…. guna politik untuk kukuh kan Agama bukan nya guna agama untuk kukuhkan politik….lu fikir lah sendiri kata nabil.

  9. HEraNLah

    Dah kalau betul kat perak berlambak pemimpin UMNO berkhutbah tak heboh satu malaya bagi tau aku sapa pemimpin UMNo tu, sorang nama pun jadilah…kat selangor contoh satu nama, aku bagi dua nama… Datuk Harun Din, Datuk Ismail Kamus. banyak nama aku boleh bagi lagi ni..

  10. palohotox

    Hii sekupangdua.. teman tak tau ler sape yg selama ni kene kencing.. Time naik 70 sen .. bile turun sekupangdua jerr.. Sama le mcm hang.. konon2 tak kene kencing lerr.. biaq pun bau dia dah semerbak satu Malaya.. Bagi teman tak kire sapa pun merintah.. janji islam di tegakkan.. Tanggungjawab sbg khalifah Allah di tunaikan.. Hmm.. kalau Pak Najib??? Wallahu-Allam..

  11. Salam…
    Sudahla geng fanatik UMNO,aku dah getik…Parti sakit tapi ahli berebut jawatan,nampak sangat bukan nak jaga kaum tapi nak jaga poket….Parti UMNO dah jadi Parti syok sendiri,jasa UMNO dah jadi sejarah,UMNO lani dah hancus,UMNO dah jadi macam bohsia diangkut mat rempit…Sapa yang bunuh Altantuya ye????

  12. palohotox

    Kt mesjid Sg. Way itu hari Dr Hassan Ali.. Khutbah yang dia bagi betul2 membakar semangat untuk jadi muslim yang lebih baik dan benrtanggungjawab therhadap agamanya.. Teman tunggu jgk kot2 terkeluar pasal politik suruh pangkah parti mana? Yg nyata beliau langsung takdak sentuh pasal tu.. Teman rasa takda sorang pun jemaah yg hadir hari tu terlentuk lena seperti kebiaasaan khutbah2 jumaat.. Teman dapat memperhalusi niat ikhlas exco agama kerajaan selangor mau merperkasakan mesjid2 kita bukan takat untuk semayang jumaat dan semayang raya jer.. Bila time semayang beliau sendiri yg imamkan dgn bacaan yg cukup merdu sampai tersentuh hati teman..
    Kalau sekupangdua ckp kt perak dah ramai orang umno dah baca khutbah kat mesjid teman turut rasa bersyukur.. tapi apa yg kita harapkan pemimpin2 tertinggi umno (melayu,islam) termasuk yg bakal jadi PM turut serta turun padang naikkan semangat orang islam kita untuk kuatkan diri melalui agama..
    Sekurang kurang nya Tok Guru Nik Aziz yang hangpa kutuk ‘janggut kambing’ tu dah tentu mencontohi kepimpinan ikut Rasulullah jadi imam dan khatib ..
    Hmm.. hangpa taknak ke sekali sekala dengar khutbah daripada Pak Najib hangpa..
    Seingat teman Pak Najib pernah berdiri belakang mimbar .. Bukan baca khutbah.. tapi angkat sumpah..

  13. Kuntakinte

    Salam, nasihat teman hentikan lah guna masjid dan surau untuk mendapat sokongan politik kepartian, identiti dan latar belakang pengkhutbah dah cukup mengambarkan mereka orang politik, tak perlu nak timbulkan isi khutbah suruh pangkah ke tidak, jangan tegak benang basah, rosak agama yeop, habis semua pentas digunakan tak kan tak cukup2 lagi biar lah masjid dan surau tempat yang aman damai dari sebarang unsur politik… disitu je lagi tempat umat Islam bersatu, taubat lah sedara2…. DYMM Sultan Perak dah titah jangan guna masjid surau untuk berpolitik.

    p/s Pemimpin UMNO hormat imam2 kerana mereka adalah ahli dan yang hak dalam bidang mereka.

  14. Kuntakinte

    Salam, sdr Daud teman nak nasihat mike, kalau nak ikut sunnah biar yang benar2 ikhlas untuk mengikut sunnah jangan berlakun je depan orang konon kita alim. style pemakaian Rasullullah dan lain2 umat pada zaman baginda memang tak di nafikan berserban, berjubah, sebab bersesuaian dengan cuaca panas dan berdebu dan berjanggut mungkin benar, teman nak tanya mike yang si Abu Jahal tu pakai apa?, pakai bikini ke, puak2 kawarij tu pakai apa? underware saja ke, si Firaun dan puak2 dia pakai apa? baju singlet pagoda seluar jerut ke.

    Faham teman nak ikut sunnah biar ikhlas dan jujur di hati jangan nak berlakun nak menunjukkan kononnya pemimpin PAS style islamik, sorry la yeop!!!! org kampung dulu2 boleh tipu sekarang melayu dah pandai dan cerdik.

  15. asssalamualikum semua!

    astaga… kepala hotak dan sikentut ( fire dowm below) hemah sungguh orang yang bercakap pasal sunah mengumpamakan seseorang lagi najib ler…isk…isk… teman harap miker pun kena tahu sebab teman memang pun cuba memegang sunah … yop sunah ni teman rasa miker pun tau .. sunah ni penuh dengan fitnah … bukan senang yop, orang tak bercerita macam-macam itu sebab nya memegang sunnah mesti kuat iman … contohnya tengok ler komer sendiri …belum apa-apa dah melalut ke najib ler altantuya ler pelik benor teman … dalam islam jangan jadikan seseorang sebagai contoh keburukan kecuali firaun dan kuncu-kuncunya… itu sunnah yop dlm berucap dalam percakapan umum…., sunnah ni bukan saja janggut yop, serban, pakaian,…. semua tau yop cara membuang air kecik, berak….perbuatan yang meniru rasssullulah s.a w,

    getik teman apa yang miker nak banggakan, teman nak bagi tau seandai nya ia riak dia sudah bukan lagi sunnah tapi dah jadi riak yang sememangnya oautomatik menjadikan ia hilang sifat sunnah nya, jadi yop banyak lagi pekara yang boleh di pikiorkan …. macamana cerita pasal negara islam.. kedai nombor berterabor di perak ni … miker hentak ler perak kalau berani buat macam negeri tuan guru nik aziz, boleh ker miker jadikan perak tanpa kedai ekor macam kelantan…. he he he he…sedor ler setakat mana komer bercerita tentang agama … bukan komer tak sedor yang sebenornya komer ler pak turut yang angguk2 …geleng2…. pirah jangan sembang baik ler yop!
    yop kalau nak buat yang baik bukan kita nak semua orang puji … ( he he he suruh bagi nama lagi siapa yang boleh khutbah… tak payah banya atuk teman dah berpuluh kali khutbahnya… apa payah cerita orang yang miker sanjung giler!) kena ingat yop jangan riak… yop hilang sunnah … mai la kat masjid menglembu keluar tiga hari…no problem sunnah memang semua karkun ikut pegang

    sekupangdua terpikior orang yang bercerita tentang sunnah tapi alamak nama hampeh … palahotak dengan sikentut ( member temen kata ni ngisap dadah kot… smoke on the water.. isk..iskk..pening..pening)

  16. Salam,

    Cerita fasal mesjid dan surau ni, kalau penulis pergi solat jumaat di mesjid yg imannya bertauliah, hati penulis sentiasa mendapat ketenangan. Cara penyampaian khutbah mengikuti tatacara yang baik. Iman amat berhemah dalam menyampaikan tek ucapan khutbah, iaitu secara lembut dan sopan dalam menyeru dan memberikan saranan. Tiada langsung unsur politik, tidak ujud unsur pro kepada kerajaan mau pun kontra kepada sesiapa. Penulis dapat banyak pengajaran dan munafaat dari kisah-kisah teladan sejarah islam, pengajaran hukum-hakam agama dan saranan-saranan semasa yang disampaikan.

    Keadaan sebaliknya yang penulis dapati sekiranya iman solat jumaat itu terdiri dari mereka yang dipercayai tidak bertauliah atau yang terlalu taksub kepada politik kepartian. Kerap kali tek khutbah semacam diolah semula dan kadang-kadang mungkin langsung tidak mengikut teks yg disediakan. Daripada pengamatan penulis unsur-unsur politik kerapkali diselitkan didalam khubah-khutbah tersebut. Terdapat elemen-elemen negatif seperti memburukan, mencela dan lain-lain. Khutbah tersebut seolah-olah lebih menyeru umat bangun berperang dengan saudara seislam sendiri daripada mengajak kepada penyatuan dan kebaikan. Kerapkali selepas selesai bersolat jumaat di mesjid dengan iman seumpama itu hati penulis berasa tidak tenang, khuatir memikirkan kenapa yang hendak diperangi itu adalah umat islam sendiri.

    Pandangan penulis mesjid janganlah dijadikan platform atau gelanggang berpolitik bagi tujuan menyampaikan dakyah atau propaganda. Secara khususnya, mesjid mestilah bersih dari segala elemen-elemen negative tersebut. Walaupun alasan yang diberikan adalah bagi menyatakan kebenaran tetapi keburukan dalam elemen negative yang disampaikan tersebut lebih banyak memberikan kemudaratan dari kebaikan.

    Mesjid adalah tempat umum umat islam berhimpun bagi mengerjakan ibadat serta tempat bagi umat islam mendapat keberkatan dari ibadahnya, keberkatan dari penyatuan ummah dan keberkatan dari ilmu yang diperolehi. Kesucian mesjid perlu sentiasa dipelihara dari disalah gunakan oleh pihak yang tertentu yang mempunyai kecenderungan peribadi atau politik. Cukuplah segala segala tomahan, fitnah dan cercaan dihadkan di blog-blog dan akhbar parti politik. Kita hindarkannya dari menular masuk kedalam mesjid demi menjaga kesuciannya.
    Justeru itu penulis berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan yang bersesuai bagi membendung gejala yang tidak sihat ini. Risiko gejala ini amat memudaratkan dan telah pun mengakibatkan perpecahan ummah yang serius.

  17. Assalamualaikum…
    Pihak pembangkang bukan nak ajak berperang angkat senjata melalui khutbah,tapi pembangkang memberi kesedaran melalui khutbah…Imam bertauliah oleh kerajaan cara bacaannya memang tenang sampai kita terlena….Bila bacaan doa oleh pak imam pun tak kedengaran makmun mengaminkan doa tersebut…macam mana doa nak makbul??

  18. Putera81

    Salam,

    Firedownbelow..apa khabar? terima kasih kerana mengakui kebijaksanaan kerajaan dalam melantik imam2 di malaysia

    Quote “Imam bertauliah oleh kerajaan cara bacaannya memang tenang sampai kita terlena”

    Sememangnya itulah yang dituntut..menghormati rumah Allah..tak perlu kita sampaikah khutbah dengan suara yang tinggi..kecuali ketika masa2 tertentu yang bertujuan untuk menaikkan semangat & menimbulkan kesedaran dalam diri makmum..meninggikan suara sehingga sesiapa yang mendengar menjadi gelisah, orang bukan Islam yang mendengar menjadi takut kerana agresif dan lantangnya imam2 memberi pesanan..sehingga menimbulkan salah faham yang Islam mengajak ke arah kekerasan..

    Imam yang tenang akan memancarkan sifat2 tawaduk dalam dirinya..menimbulkan rasa senang untuk didampingi & menonjolkan ketinggian ilmu dan peribadi..bukan penampilan yang ekstrem sehingga membuatkan orang lari lintang pukang bila didekati..

    Pandangan aku, lebih baik seseorang imam itu tenang & bersahaja, lebih mudah didekati daripada imam yang “mengikut buku”..contohnya, jika imam itu tenang, dan memahami jiwa & rasa seorang remaja, makanya lebih mudah untuk dia mendampingi & menasihati remaja yang bermasalah..golongan mat rempit dsbnya..tak salah kalau berdakwah dengan memakai seluar jeans & tshirt..supaya orang yang ingin didekati itu nampak lebih selesa..sekurang2nya mereka tidak lari bila dihampiri..

    Tapi bayangkan jika ilmuan itu memakai jubah, berserban datang ke taman2 bertujuan untuk berdakwah, pastinya mat2 romeo & minah2 ronggeng melarikan diri..tapi ini bukan bermaksud aku berpandangan negatif terhadap mereka yang berjubah & berserban..TIDAK SAMA SEKALI..aku cuma berpendapat, pada zaman serba moden ini, pakaian pendakwah perlu lebih disesuaikan dengan persekitaran..disesuaikan dengan keadaan..tidak terlalu terikat kepada satu attire sahaja..

    Begitu juga dengan berkhutbah..imam yang berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah pastinya tidak akan sesekali membenarkan dirinya dirasuk fahaman politik ketika berkhutbah..tidak kira dia penyokong UMNO, PAS, PKR @ DAP sekalipun, ketika berkhutbah, hanya menyentuh tentang agama sahaja..tidak mencampur adukkan dengan nilai2 duniawi..jadi rasanya tidak timbul soal imam kerajaan @ pembangkang dalam hal ini..tapi tak taulah kalau di tempat hang ada orang2 sebegini..Wassalam

  19. palohotox

    Itulah.. FireDownBelow.. diorang ni mmg tak bley nak terima kenyataan.. Apa bende yang baik pun kalau pembangkang buat diorang akan keluar hujah2 merapu kononya hanya kerajaan BN sajalah yang layak buat semua baik..
    Kawan..
    Janganlah kerana takut sokongan beralih arah sampaikan nak perlekeh orang lain.. Nasihat teman kepada hangpa semua buanglah sikap ego hangpa bukan apa dek kerana dok merintah terlalu lama sampaikan tak boleh nk tegoq..
    Kalau ada terjumpa atau ternampak benda2 yg dah tentu baik tu ambik je lah teladan untuk muhasabah diri.. Teman rasa hangpa semua dah besaq panjang dah boleh pikiaq satu2 bende tu baik ke idokk..
    Bagi teman khutbah yang baik mesti memberi kesan dan pengajaran kepada pendengarnya bukan khutbah yg isinya cantik tapi makmum sume dok lena..

  20. banyak bunyi.. pulak…abih tempat teman lagi teruk imam orang komer siap saund.. riak hamun orang luar yg guna parking kereta dia…..isk…isk… yop mai sini teman tunjuk kat miker, ramai makmun hidup saksi…
    “kamu letak kereta tempat siapa ni…. kamu tau aku sapa? kamu tak kenal aku sapa lagi… kamu main letak suka-suka kamu jer, kenal dulu aku sapa!” kata imam mengkomer kepada hamba allah yang sebenornya orang asal penduduk tetap disini…. balik menjenguk kampung yg lama tak jenguk… jawab….JAWAB!
    kalau macam ni tidur lagi baik .. ini roper nak menyimpan sunah…. memang dasar kentut senyap tapi bau bagi kat orang , lepas tu tuduh sesapa saja kehel nya miker ler sebenornya yang BERHATI & PERUT BUSUK!

    itu ropa nak sedorkan orang konon.. nak jolok anak tekak teman ni..

    sekupangdua terpikir elok juga kalau boss mengkomer berkhutbah tapi sebelum tu bersihkan diri dulu.. sumpah tak pernah berjubor sampai sekarang… langsung HHAAAUUUKK!

  21. palohotox

    skupangdua jer turunn..
    Semoga bahagie dgn kentut dan jubor hang..
    Ini roper owangnyee.. Hmm..

  22. ikankecil

    salam…..

    masjid dan surau tmpt kte beribadat….itu rumah allah…..sjak dri dlu masjid dan surau dignakan untuk beribadat dan sebagai tmpat menimba ilmu bkn untk brpolitik…..xkre dri parti mane…ikan amat2 kecewa jika masjid dan surau dijdkan pentas brpolitik…..ini bkn care dan saluran yg btul dan tpt…….kalau btl pemimpin pembangkang memimpin sembahyang dan khutbah alhamdullilah…tp jgnlah kita riak dan takbur…..t jd xikhlas….berdosa….elok2 nk dpt pahala jd lain plak….semoga paham niat ikan hanya sekadar menegur….terpulang bagi insan2 ingin menilainya…..jgn trlalu taksub berpolitik sehingga lpa hukum2 agama……dalam msjid dan surau haram kalau kita bersembang ttg dunia yg melalikan…..2 ape yg ustaz ikan ajar….

    ikankecil sekadar mengingatkan…
    wasalam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s