Barack Obama Menang Presiden Amerika – ref malaysiakini

Barack Obama menang pilihanraya presiden Amerika dan menjadi orang kulit hitam pertama memegang jawatan presiden Amerika. Beliau merupakan presiden Amerika yang ke 44. Beliau mendapat 338 undi Badan Perwakilan Pemilih (EC)manakala McCain sebanyak 155 undi Badan Perwakilan Pemilih (EC).

Bagi Dewan Senat pula, parti Demokrat sudah menguasai lebih dari 56 kerusi bagi melayakkan parti itu menguasai Senat.

Bagi Dewan Kongress pula, Demokrat sudah mendapat 203 undi berbanding Republikan sebanyak 130 undi.

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Barack Obama Menang Presiden Amerika – ref malaysiakini

  1. Jsss

    Taniah! diucapkan pada BARACK OBAMA. Semoga beliau berjaya dalam segala-galanya.

  2. HEraNLah

    Apa nak dikisahkan tentang Presiden US tu…tak kan nak sokong kot , kan UsA tu kawan Anwar dan Anwar egen USA..takkan org umno dah lupa…kempen permatang pauh..he..he..he

    *^%@#$ mudah lupa he..he..he

  3. Salam,
    Rakyat Amerika sebenarnya dah bosan dengan pemerintahan ‘white superemecy’ yang telah lama gagal dalam menjamin perhubungan antara-bangsa Amerika yang dipandang terlalu angkuh dan sikap pemimpin Amerika yang selalunya dianggap tunjuk kuasa (pembuli) di politik antarabangsanya.Rakyat Amerika terlalu takut ke luar negara kerana ancaman dan balas dendam orang Islam!.Maka kerajaan Amerika melabelkan semua negara Islam yang menentang dasar kapitalis Amerika di cop sebagai “pengganas Islam” (Islamic terrorist)dan menanam bibit-bibit kebencian Islam pada rakyatnya selepas peristiwa world trade center atau Nov-11.Di banyak negara didunia ini orang Amerika dibenci dan dicemuh dengan kebanyakan rakyat negara-negara Islam kerana tindakannya dalam serangan Iraq dan juga tidak boleh selesaikan masalah serangan yahudi keatas penduduk Islam rakyat Plastine dan juga Lebonan.Pemerintah Amerika sebenarnya tidak adil kepada rakyat Islam dan kerap kali membela tindakan yahudi yang tidak keperimanusiaan ke atas rakyat Islam.”Double Standard”Amerika ini selalu di kecam oleh EEC dan juga OIC.Reputasi Amerika sebagai negara yang paling kaya dan maju didunia perkara sebegini mencoret arang ke atas rakyat Amerika sendiri.Kita rakyat Islam perlu diingat selepas perang dingin dengan komunisma kini pemerintah Amerika mengubah kepada perang aggeresif ke atas negara-negara Islam serantau.

    Amerika seringkali tidak menghormati kerajaan yang dipileh oleh rakyat.Teringat kah saudara-saudara mengenai ucapan yang provoksi dan sombong oleh pemenang Hadiah nobel “Al-Gore” bekas Timbalan Presiden Amerika yentang kerajaan Malaysia yang dipileh rakyat itu!.

    Mamak tidak mempunyai sebarang harapan ke atas obama ini boleh selesaikan krisis Timur Tengah terutamanya Negara Plastine…jadi dia adalah seorang pengganti yang berurutan dalam sistem politi Amerika yang sombong dan rakus!.Cuma kita masyarakat Islam sentiasa perlu berwaspada dengan Amerika dan kunco-kunconya!.

    Wassalam.

  4. Kuntakinte

    Salam, sdr. Heranlah, kebanyakan rakyat Malaysia suka Barack menang dan mereka menyokong kerana diharapkan dasar2 Barack terutama dasar luar yang akan di bawa oleh Barack lebih baik berbanding pemerintahan Bush bapak angkat si AN War, itu memberi gambaran kita dan orang UMNO bijak berfikir tidak menyokong membabi buta, yang baik tetap dikatakan baik berdasarkan teori latar belakang dan asal usul Barack, dalam kes Barack sama2 kita tunggu dan lihat kepimpinan beliau nanti belum tentu baiknya dan kita doakan biarlah baik, kalau pemimpin macam Bush dan presiden2 yang lalu memang kita tak sokong atas asas2 yang kukuh.

    Pengajaran yang teman dapat mengenai keputusan pilihanraya Presiden US berpihak kepada Barack sebagai seorang yang berkulit hitam kaum minoriti di US dapat mengalahkan calon dari kaum kulit puteh yang majoriti di US memberi gambaran bahawa perpecahan satu2 kaum terutama kaum kulit puteh itu sendiri yang majoriti di USmalah cerdik, pandai, ego dan berbagai2 lagi sikap yang ada pada mereka akhirnya kalah di tangan orang kulit hitam yang minoriti, sebab itu Mc Cain amat kecewa besar termasuk dari kaum2 kulit puteh rata2, beliau yang menjangkakan akan menang akhirnya kecundang ditangan kaum kulit hitam, amat malu bagi beliau.

    Kita umpama kan di negara kita kulit sawa matang dari kaum Melayu menjadi majoriti di Malaysia dan memerintah negara tak hairan dengan senario politik negara kita ketika ini satu ketika nanti orang kulit puteh pucat atau kulit hitam legam akan memerintah negara, kerana apa!! kerana Melayu berpecah belah seperti yang berlaku di US, kulit puteh berpecah orang kulit hitam yang menang.

    Pengajaran lain yang teman dapat semasa ucapan mc cain di depan penyokong beliau mengucapkan tahniah kepada Barack dan menyeru kepada rakyat US dengan mengatakan bahawa Rakyat US telah bersuara dan telah membuktikan suara mereka dengan memberi kemenangan kepada Barack, mari kita sama2 memberi sokongan dan mengiktiraf barack sebagai leader US dan saya dan kita semua harus menyokong dan bekerja dengan Barack memimpin US dan dunia. profesionalnya calon2 yang bertanding dan rakyat mereka apabila musim berkempen mati2an mereka bekerja dan apabila keputusan diperolihi semua akur dan bekerja bersama2. berbeza dengan politik negara kita, politik tak habis, semua pihak tak henti2 berpolitik Menteri dengan politik Menteri, pembangkang dengan politik pembangkang, rakyat berpolitik tak henti2, pekerja berpolitik, orang bandar berpolitik, orang kampung berpolitik hingga negara kucar kacir, kerja tak jalan, tuduh menuduh, fitnah memfitnah, sogok menyogok, lompat melompat dimerata2 tempat di surau mahupun di masjid, ada pihak bangga orang politik membaca khutbah sedang kan kita harus memberi tanggungjawab kepada ahlinya dan yang hak, makna yang layak dan afdal membaca khutbah Imam Masjid yang telah di tangungjawabkan yang terbukti hati budinya suci bersih, bukan soal isi khutbah Tetapi latar belakang kita sebagai orang politik tidak melayakkan kita membaca khutbah, kerana jawatan politik kita dan tingkah laku kita, tutur kata kita silap2 nawaitu kita untuk mendapat sokongan dan menunjuk2 bakat sebagai orang politik di khuatiri tidak membolehkan kita membaca khutbah tetapi dalam keadaan ini kita seronok dan bangga dengan orang politik membaca khutbah, sedangkan bukan nya orang UMNO tak tahu berkhutbah, kalau diberi microphone pada orang UMNO sehari suntuk dia boleh bercakap, tetapi orang UMNO memberi tanggungjawab kepada yang ahli dan HAK saja membaca khutbah dan tidak mengunakan pentas Agama untuk politik sendiri dan parti, itu kewajaran yang di lakukan oleh UMNO dan kerajaan. Khutbah bukan untuk membesarkan diri dan mendapatkan sokongan, Masjid Surau tak perlu dijadikan pentas politik, tak perlu itu semua, kita jangan perkecilkan Imam2 yang telah di beri amanah kepada mereka untuk jalankan, elak unsur2 yang boleh memecah belahkan masyarakat dan umat itu terpenting sekali.

    dua pengajaran yang teman dapat dari keputusan pilihanraya Presiden US untuk pedoman teman.

  5. assalamualaikum semua!

    Sdr HEraNLah… jangan kecewa benor

    maaf cakap ler dlm blog ni kebanyakan orang UMNO memang dah amat tahu atau kutai dengan orang-orang PKR ni malah tak ambik tau sangat.. atas dasar kesian orang2 PKR ni , maksudnya yang macam lembu kena tarik… org-org bawahan pemimpin mabuk kuaser yang rasa dema handal… rasa pandai… cerdik buah Pel@o. yang peliknya habih kuyup dek kencing nuar… biot lagi…isk…iskk iskkk KESIAN mat jenin ni,… mana buatnya org cerdik, mana ada ngaku bodoh.. tapi yang banggang (yg kena kencing) ni tak celek-celek walaupun kuyup satu badan dengan ayor kencing.sibuk memanjang … tambah lagi hal orang UMNO, semua nak sentuh… dia lah nak hentam,.. Dia ler yang sebok… Dia ler yg tau pasal politik kehelnya mat jenin di atas pokok kelapa yg berangan jadi kaya sebagai taukeh buah.. tapi bukan buah kelapa yg diangankan jadi taukeh sentol…isk…isk… kesian benor, yg elok nya rentikanlah kalau bercakap kalau tak tau!

    bior teman jelaskan pada miker yg telinga labang merangkap buta hati

    Memang benor Obama tu orang Amerika, yang Nuar jumpa tu pun memang orang Amerika (ajer benor org UMNO tentang – baru cerdik)…biorleh teman ingatkan miker yang buta hati, otak, perut, mulut, telinga dan bontot!

    Obama tu orang amerika kulit hitam… tapi master kencing komer tu jumpa orang yahudi amerika..PAHAM ( rasanya tak paham ni… biasaler orang yang banggang ni kena mandi bungga 69 kali)

    pak turut macam komer memang ler hero kedai Kopi sembang berbilion tapi sudahnya minum masuk buku 555, kehel nya nyembang macam dirumah tiga bilik penuh duit!

    sekupang dua sebenornyer kesian komer ni.. tapi bila lama baruler teman paham benor kalau nak betulkan orang banggang atau cerdik buah @elio ni… kena banyak bersabor… tu sebabnya kata sifu dema ustad kid, ustazah teressa dan mualana abang kepal, aiyyaa bela kerbau pendek manyak sinang ma! lu aa tiga hali tarrak kasi makan pun talak apa dia punya melak pun dia muleh makan ma!isk…isk…isk… patut ler, baru teman paham kalau menatang tu pun si kapior kata senang… dengan komer lagi ler… lantak ler ler dema rampas tanah ker… dema tindas ker… dema maki depan komer ker, dema macaikan komer ker… angguk jer baik…baik…baik jer jawab komer… siap angkat lagi…yes taukeh… isk…isk…isk

    untuk rujukan bahasa teman.
    – benor – benar
    – kutai – masak
    – biot – binggung
    – banggang – yg lagi kuat binggung
    – kehel – padahal
    – rentikan – hentikan
    – telinga labang – pekak telinga
    – sabor – sabar
    dan yang last sekali MACAI – macam Sdr HEraNLah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s