Daily Archives: November 6, 2008

Calon jawatan Mufti Perlis – ref malaysiakini

ua tokoh agama dicadangkan kepada Raja Perlis sebagai calon mufti Perlis bagi menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tamat perkhidmatannya hujung bulan ini.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azwira A Aziz dan bekas naib mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya dicalonkan mengisi kerusi penting itu.

Sebelumnya bertugas sebagai ketua penolong mufti, anak Sarawak lulusan UKM dan Universiti al-Azhar itu kini ketua penolong pengarah di bahagian dakwah jabatan agama Islam negeri.

dr mohd asri zainul abidin perlis muftiPada 7 Oktober lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat “tidak selesa dengan permainan politik” oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya “macam main silap mata”.

Sehari selepas itu beliau diterima mengadap Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hasrat untuk bersara.

Difahamkan dua calon ini dipersembahkan kepada baginda dalam pertemuan itu.

Menjunjung titah baginda, tambah bekas pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, beliau melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama sebulan sebelum bertolak ke United Kingdom bagi menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Dihubungi hari ini, Dr Azwira (kiri) mengesahkan telah dimaklumkan perkara itu oleh Dr Mohd Asri selepas pertemuan mufti popular itu dengan baginda.

Dr Azwira, 40, belum membuat keputusan akan menerima pelantikan itu jika terpilih.

Beliau menyerahkan keputusan tersebut pada kebijaksanaan baginda dan kerajaan negeri. Katanya, beliau yakin baginda dan kerajaan Perlis mampu mencapai keputusan yang tepat.

Pensyarah kanan di Jabatan al-Quran dan al-Sunnah itu lulusan doktor falsafah dari UKM, sarjana dari Jordan dan sarjana muda dari Universiti Islam Madinah.

Pengarang beberapa buku berkenaan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah berkata akan menerima pelantikan itu jika mendapat sokongan daripada rakyat Perlis dan tidak terlibat dengan unsur-unsur politik seperti yang didakwa berlaku terhadap Dr Mohd Asri.

Bapa kepada lima orang anak itu juga berkata beliau sedang menimbangkan faktor-faktor lain seperti sentimen kenegerian dan hal-hal peribadi melibatkan penghijrahannya ke negeri itu.

Anak kelahiran Kelantan itu kini menetap di Semenyih, Selangor.

Dr Mohd Asri yang berasal dari Bukit Mertajam memecahkan tradisi apabila dilantik sebagai mufti Perlis dua tahun lalu.

Dr Azwira bagaimanapun tidak kisah sesiapa pun mengisi jawatan itu selagi mempunyai pemikiran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berkata pencalonannya didengar daripada desas-desus rakan-rakan dekatnya.

Ia belum dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri, tambahnya.

Beliau, 37, yang pernah bertugas sebagai anggota jawatankuasa syariah Perlis, enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana ia berkaitan dengan kuasa istana.

Doktor falsafah dalam bidang pengurusan organisasi dakwah, Dr Juanda menghasilkan kira-kira 20 buah buku dalam pelbagai bidang agama.

mat isa sabu md isa sabuMenteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu pula ketika dihubungi semalam berkata kerajaan negeri belum dimaklumkan calon-calon untuk mengisi jawatan itu.

“Kita masih cari lagi (calon-calonnya),” katanya.

Majlis Agama Islam Perlis belum memaklumkan kepadanya berhubung calon-calon bagi mengisi jawatan itu, tambahnya.

Ditanya tentang ciri-ciri calon mufti baru yang diharapkannya, Mohd Isa berkata kerajaannya akan menerima siapa sahaja calon yang dicadangkan majlis itu dan yang diperkenankan Raja Perlis.

“Apapun bergantung kepada keputusan Tuanku. Baginda merupakan ketua agama Islam di Perlis,” katanya.

Menurut prosedurnya, majlis agama Islam akan mencalonkan nama-nama pilihan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat exco negeri.

Seterusnya, kata menteri besar, pelantikan akan dibuat jika mendapat perkenan baginda.

Bagaimanapun, wakil rakyat Bintong itu berkata, perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri, termasuk semalam, tiga minggu sebelum jawatan itu kosong. – malaysiakini

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

RM10.5 juta bayaran ex-gratia.. ref malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

Jumlah tersebut dibayar oleh kerajaan kepada enam bekas hakim tersebut yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988.

Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung – Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Menjelaskan mengapa enam hakim tersebut masih menerima bayaran pension sejak 20 tahun lalu walaupun mereka diberhentikan perkhidmatan, Nazri berkata, mereka tidak dipecat tetapi perkhidmatan mereka ditamatkan lebih lebih awal dari kebiasaannya.

Minggu lalu, Nazri menjadi sasaran ahli Parlimen pembangkang apabila menyatakan yang beliau tidak tahu jumlah sebenar yang dibayar kerajaan kepada bekas hakim-hakim tersebut.

nota: mengapa bayaran ex gratia terlalu tinggi? mengapa Tun Salleh dapat lebih?

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Titah Penuh Sultan Azlan Shah – ref malaysiakini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahi Rahmanir Rahim, BETA merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas ikrar taat setia yang dilafazkan oleh rakyat Beta yang dikasihi sebentar tadi.

Kemerdekaan negara ini dicapai melalui perundingan dan persefahaman antara tiga pihak, Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dan Kerajaan Inggeris. Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957 membentuk sistem berkerajaan dan bernegara berpayungkan Raja.

Semasa menerima Ijazah Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada 30 Jun 1979, Beta telah memperingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu ingat, dan jika tidak ingat, maka kita seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang kaum itu, mestilah ada suatu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita.

Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka… Perkataan ‘Negeri-Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ dan ‘Persekutuan Tanah Melayu’ masih wujud dalam undang-undang kita.

Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan Negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia.

Secara tersirat, pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa. Perlembagaan Merdeka digubal berlatar belakangkan senario kebangkitan semangat nasionalisme Melayu.

Dalam luapan semangat menuntut kemerdekaan, orang Melayu bimbang akan kedudukan mereka dalam negara merdeka yang komposisi warga negaranya terdiri dari pelbagai kaum. Orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan secara perbandingan dengan kaum-kaum lain. Bahawa orang Melayu memerlukan jaminan – memerlukan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai peribumi tidak terancam.

Kebimbangan orang-orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkan di dalam Perlembagaan Merdeka, klausa-klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh Raja-Raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang- orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-Raja.

Institusi Raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping melakukan keadilan kepada warga keseluruhannya. Institusi Raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian.

Raja-Raja memahami bahawa Perlembagaan Merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. Negara aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah.

Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali. Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang- orang Melayu.

Oleh itu, warga dan rakyat yang Beta kasihi, hendaklah berfikiran secara rasional, tindakan-tindakan politik secara berlebihan dan keterlaluan hendaklah dihentikan segera. Kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan. Keamanan negara, kerukunan warga tidak harus dikorbankan kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

Semoga negara dan warga terus diberikan perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala dan barang dijauhkan negara dan bumi ini dari ditimpa sebarang musibah.

Wabillahi taufik, walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tak percaya geng sendiri??? ref malaysiakini

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukanlah sebuah badan yang dianggotai oleh para Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi juga oleh pembangkang.

Sebab itu agak menarik bila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mempersoalkan dalam sidang Dewan Rakyat Rabu kononnya jawatankuasa itu tidak menjalankan siasatan terperinci berhubung pembelian 12 helikopter Eurocopter EC275 bernilai RM1.6 bilion.

Selain dari dua Ahli Parlmen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua PAC juga dianggotai oleh Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Willian Leong dari PKR serta Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Apakah ini bermaksud beliau tidak percaya pada para Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang terlibat dalam siasatan berkenaan?

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid dalam jawapannya pada isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 menolak dakwaan bahawa ia tidak menjalankan siasatan terperinci.

Dalam penjelasannya di Dewan Rakyat, beliau turut menjelaskan bahawa laporan siasatan PAC mengenai pembelian helikopter itu belum dikemukakan kepada para Ahli Parlimen kerana ia belum ditaip sepenuhnya oleh pihak urus setia Parlimen.

“Jadi bukan tujuan kita tidak mahu mengemukakan laporan tetapi akan dikemukakan secepat mungkin kerana memerlukan masa untuk menaip dan sebagainya,” katanya.

Azmi berkata PAC tidak sepatutnya berdebat dengan anggota pembangkang kerana jawatankuasa itu hanya menjalankan siasatan mengikut prosedur dan melihat sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam pembelian helikopter itu.

“Saya tidak mahu berdebat dengan Ipoh Timur (Lim) bahawa kami tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Kami bukan berdiri di sini untuk menegakkan bagi pihak kerajaan tetapi bagi memihak kepada PAC kerana nama PAC sudah dicemarkan oleh Ipoh Timur,” katanya.

Beliau berkata PAC telah membuat keputusan untuk menyiasat pembelian Eurocopter seminggu sebelum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya PAC melihat isu berkenaan dan ia bukan diarah oleh Kabinet.

Isnin lepas, PAC, yang turut mempunyai wakil pembangkang itu memutuskan bahawa tiada penyelewengan daripada segi prosedur dalam pembelian 12 helikopter Eurocopter itu.

Azmi berkata berdasarkan kepada tinjauan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, didapati prosedur pembelian memang mengikut tatacara yang ditentukan dan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hentikan tindakan politik keterlaluan, titah Sultan Azlan – ref malaysiakini

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

“Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

“Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu,” titah baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Rabu selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.

Bernama melaporkan memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-raja Melayu pada bulan lepas berhubung perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Sultan Azlan bertitah sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak, perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.

Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

“Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan,” titah baginda.

Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu.- agendadaily

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nasihat TDM Buat Obama – ref malaysiakini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barack Obama akan dapat berperanan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baik sekiranya beliau memahami negara lain.

Katanya, Presiden AS sekarang, George W. Bush dilihat tidak mengetahui apa-apa mengenai negara lain manakala kebanyakan Presiden terdahulu juga tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai negara-negara Timur.

Sehubungan itu tegasnya, Obama perlu mengemas kini dirinya mengenai apa yang berlaku di rantau ini bukan sekadar mengenai China, Jepun dan Korea bahkan negara di Asia Tenggara.

“Untuk Presiden baru, saya rasa dia akan melakukannya dengan baik jika memahami negara-negara lain.

“Kami menyedari, Bush tidak tahu apa-apa mengenai dunia lain dan ramai Presiden AS juga tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai negara Timur dalam segala tindakan mereka,” katanya.

Beliau mengulas kemenangan Obama dalam rancangan The World Watches yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Siapa di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) – ref Malaysiakini

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Pengerusi ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid (BN – UMNO)

Naib Pengerusi ialah Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw (DAP)

Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Ahli bagi kawasan Pulai (BN-UMNO)

Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng
Ahli bagi kawasan Gelang Patah (BN-MCA)

Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Hamim bin Samuri
Ahli bagi kawasan Ledang (BN-UMNO)

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@Wilfred
Ahli bagi kawasan Tuaran (BN-UPKO)

Yang Berhormat Tuan Liang Teck Meng
Ahli bagi kawasan Simpang Renggam (BN-GERAKAN)

Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta Linggi
Ahli bagi kawasan Kapit (BN-PRS)

Yang Berhormat Tuan Lee Chee Leong
Ahli bagi kawasan Kampar (BN-MCA)

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Dahlan
Ahli bagi kawasan Kota Belud (BN-UMNO)

Yang Berhormat Tuan Kamarul Baharin bin Abbas
Ahli bagi kawasan Teluk Kemang (PKR)

Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen
Ahli bagi kawasan Selayang (PKR)

Yang Berhormat Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar
Ahli bagi kawasan Tumpat (PAS)

Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee
Ahli bagi kawasan Petaling Jaya Utara (DAP)

sumber parlimen

nota: Masih kurang percaya dengan ‘findings’ dari PAC??

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda