Calon jawatan Mufti Perlis – ref malaysiakini

ua tokoh agama dicadangkan kepada Raja Perlis sebagai calon mufti Perlis bagi menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tamat perkhidmatannya hujung bulan ini.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azwira A Aziz dan bekas naib mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya dicalonkan mengisi kerusi penting itu.

Sebelumnya bertugas sebagai ketua penolong mufti, anak Sarawak lulusan UKM dan Universiti al-Azhar itu kini ketua penolong pengarah di bahagian dakwah jabatan agama Islam negeri.

dr mohd asri zainul abidin perlis muftiPada 7 Oktober lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat “tidak selesa dengan permainan politik” oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya “macam main silap mata”.

Sehari selepas itu beliau diterima mengadap Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hasrat untuk bersara.

Difahamkan dua calon ini dipersembahkan kepada baginda dalam pertemuan itu.

Menjunjung titah baginda, tambah bekas pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, beliau melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama sebulan sebelum bertolak ke United Kingdom bagi menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Dihubungi hari ini, Dr Azwira (kiri) mengesahkan telah dimaklumkan perkara itu oleh Dr Mohd Asri selepas pertemuan mufti popular itu dengan baginda.

Dr Azwira, 40, belum membuat keputusan akan menerima pelantikan itu jika terpilih.

Beliau menyerahkan keputusan tersebut pada kebijaksanaan baginda dan kerajaan negeri. Katanya, beliau yakin baginda dan kerajaan Perlis mampu mencapai keputusan yang tepat.

Pensyarah kanan di Jabatan al-Quran dan al-Sunnah itu lulusan doktor falsafah dari UKM, sarjana dari Jordan dan sarjana muda dari Universiti Islam Madinah.

Pengarang beberapa buku berkenaan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah berkata akan menerima pelantikan itu jika mendapat sokongan daripada rakyat Perlis dan tidak terlibat dengan unsur-unsur politik seperti yang didakwa berlaku terhadap Dr Mohd Asri.

Bapa kepada lima orang anak itu juga berkata beliau sedang menimbangkan faktor-faktor lain seperti sentimen kenegerian dan hal-hal peribadi melibatkan penghijrahannya ke negeri itu.

Anak kelahiran Kelantan itu kini menetap di Semenyih, Selangor.

Dr Mohd Asri yang berasal dari Bukit Mertajam memecahkan tradisi apabila dilantik sebagai mufti Perlis dua tahun lalu.

Dr Azwira bagaimanapun tidak kisah sesiapa pun mengisi jawatan itu selagi mempunyai pemikiran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berkata pencalonannya didengar daripada desas-desus rakan-rakan dekatnya.

Ia belum dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri, tambahnya.

Beliau, 37, yang pernah bertugas sebagai anggota jawatankuasa syariah Perlis, enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana ia berkaitan dengan kuasa istana.

Doktor falsafah dalam bidang pengurusan organisasi dakwah, Dr Juanda menghasilkan kira-kira 20 buah buku dalam pelbagai bidang agama.

mat isa sabu md isa sabuMenteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu pula ketika dihubungi semalam berkata kerajaan negeri belum dimaklumkan calon-calon untuk mengisi jawatan itu.

“Kita masih cari lagi (calon-calonnya),” katanya.

Majlis Agama Islam Perlis belum memaklumkan kepadanya berhubung calon-calon bagi mengisi jawatan itu, tambahnya.

Ditanya tentang ciri-ciri calon mufti baru yang diharapkannya, Mohd Isa berkata kerajaannya akan menerima siapa sahaja calon yang dicadangkan majlis itu dan yang diperkenankan Raja Perlis.

“Apapun bergantung kepada keputusan Tuanku. Baginda merupakan ketua agama Islam di Perlis,” katanya.

Menurut prosedurnya, majlis agama Islam akan mencalonkan nama-nama pilihan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat exco negeri.

Seterusnya, kata menteri besar, pelantikan akan dibuat jika mendapat perkenan baginda.

Bagaimanapun, wakil rakyat Bintong itu berkata, perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri, termasuk semalam, tiga minggu sebelum jawatan itu kosong. – malaysiakini

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Calon jawatan Mufti Perlis – ref malaysiakini

  1. pembaca malaysiakini

    Ini bukan story Malaysiakini. Strory Malaysiakini yang sebenar tentang calon pengganti mufti adalah seperti di pautan berikut: http://malaysiakini.com/news/92558.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s