Hentikan tindakan politik keterlaluan, titah Sultan Azlan – ref malaysiakini

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

“Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

“Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu,” titah baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Rabu selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.

Bernama melaporkan memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-raja Melayu pada bulan lepas berhubung perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Sultan Azlan bertitah sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak, perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.

Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

“Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan,” titah baginda.

Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu.- agendadaily

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Hentikan tindakan politik keterlaluan, titah Sultan Azlan – ref malaysiakini

  1. Henry SL

    I see rakyat jelata never have problem on this issue. only politician (from BN/PR) & NGOs who make this become issue.

    This people try to gain something for themself. Not benefit rakyat at all.

    We are Malaysian (in small term “Family”), if you devided your son/daughter inlaw (mixed marriege) that you malay, cina, india, kadazan.. What will happen? Are they can be together??? The answer is “NO”. Do you think this family will be better and help each other? the answer is NO.

    Same when we look as Malaysia, we should talk for all. No more talk about race anymore. In Malaysia very hard to find the tru leader can champions for Malaysian.

  2. As a Malaysian Indian, I would agree that Social Contract may still be relevant but only if relevant parties adhere to principles and practise what they preach.

    At the moment that is not the case. With rights comes responsibility.

    Everyone should strive to uphold the priciple agreed upon wihout being suspicious with each other. Honesty and not greed should be the key here.

    And relationship between races should start from the young which means they should all go to one school so that they can understand each other better, get comfortable, know each other’s beliefs and culture.

    This would also mean only one school for all malaysia, national school (not malay school). I for one when to a national school and benefitted tremendously. What I gained can be never experienced by those who went to a vernacular school.

    This would mean closing down all Chinese and Tamil school, Will education groups, parents and politicans agree to this??

    Regards
    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/2008/11/close-down-all-tamil-schools.html

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

  3. Mr.Balan,
    you punya suggestion buat satu bahasa sekolah memang baik..ini nak pakai acara istiadat sultan pun tak mahu..ramai orang cakap tak serupa bikin satu masa mereka mahu Malaysian Malaysia dan satu masa mereka mahu Identiti keturunan perlu dikekalkan.Di Malaysia mau hidup aman damai senang saja jangan mintak hak orang kalau hak itu awak punya pertahankan.Yang sekarang masalah bukan Melayu mau tarik itu semua hak kaum lain tapi kaum lain mahu itu hak Melayu..inilah problem.Kadang-kadang Melayu pun tak faham lagi India sama Cina lagi tak faham.You kena faham India sama Cina pada asal bukan otomatik citizen tapi given citizen.Kerakyatan yang diberi dengan syarat-syarat ini kena faham.Ini Melayu banyak baik hati bukan macam itu Burma.Orang India ramai kat Burma tau..macam orang India sini juga berasal dari India.Ramai India kena balik macam itu sahaja selepas Burma Merdeka.Yang masih tinggal tak boleh pakai nama India macam Cina Indonesia , negara beri nama.Dekat Malaysia cuma nama tak baik saja kerajaan halang,bukankah itu sudah bagus!.India ada cuti deepavali dan Thaipusam.Awak mari penang Thaipusam ada Melayu ganggu kah?.Mereka lagi seronok tengok orang Hindu seronok.Kalau awak nak niaga ada gangu kah?Kalau kamu belajar ada gangu kah?.Ini negara saja ada biasiswa untuk belajar di negara lain awak kena earn/cari biasiswa!.Awak tengok orang Cina belum cukup kaya kah?.Ada goverment ganggu dia orang niaga?.Dekat Chow Kit kacaulah pasai jual barang tipu dan tipu sama orang!.Melayu perlu masa untuk berjaya bukan 50 tahun cukup untuk satu-satu bangsa Maju!.Orang India dalam dunia no.2 jadi tamadun dan Cina No.3 bertamadun jadi sampai sekarang goverment mahu tolong bangsa India sama Cina lagi kah?cari kerja sendiri,cari universiti sendiri,cari rumah sendiri,cari niaga sendiri kalau sudah maju dalam negara tak boleh cari makan keluar negara yang baru membangun macam Vietnam kah,Cambodia ke!.Cari duit sana nanti kaya balik sini.Itu goverment mesti tolong melalui Mitti.Bangsa Melayu macam satu pokok baru tanam..kita perlu jaga dia dan siram air supaya itu pokok boleh tumbuh baik dan beri manafaat pada semua orang.Kalu kita pergi teduh dekat bawah pasai panas sangat dia tak marah punya!.Tapi sekarang orang mahu kasi itu racun sama itu pokok.Kalau itu pokok reput dan jatuh atas kepala orang siapa susah nanti semua susah!.Orang Melayu perlu masa..macam pepatah inggeris kata “built rome take 100 years”.Ok thank you again for your visit kat blog ini.Feel free comment we appreciate non-Malays comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s