Tak percaya geng sendiri??? ref malaysiakini

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukanlah sebuah badan yang dianggotai oleh para Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi juga oleh pembangkang.

Sebab itu agak menarik bila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mempersoalkan dalam sidang Dewan Rakyat Rabu kononnya jawatankuasa itu tidak menjalankan siasatan terperinci berhubung pembelian 12 helikopter Eurocopter EC275 bernilai RM1.6 bilion.

Selain dari dua Ahli Parlmen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua PAC juga dianggotai oleh Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Willian Leong dari PKR serta Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Apakah ini bermaksud beliau tidak percaya pada para Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang terlibat dalam siasatan berkenaan?

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid dalam jawapannya pada isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 menolak dakwaan bahawa ia tidak menjalankan siasatan terperinci.

Dalam penjelasannya di Dewan Rakyat, beliau turut menjelaskan bahawa laporan siasatan PAC mengenai pembelian helikopter itu belum dikemukakan kepada para Ahli Parlimen kerana ia belum ditaip sepenuhnya oleh pihak urus setia Parlimen.

“Jadi bukan tujuan kita tidak mahu mengemukakan laporan tetapi akan dikemukakan secepat mungkin kerana memerlukan masa untuk menaip dan sebagainya,” katanya.

Azmi berkata PAC tidak sepatutnya berdebat dengan anggota pembangkang kerana jawatankuasa itu hanya menjalankan siasatan mengikut prosedur dan melihat sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam pembelian helikopter itu.

“Saya tidak mahu berdebat dengan Ipoh Timur (Lim) bahawa kami tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Kami bukan berdiri di sini untuk menegakkan bagi pihak kerajaan tetapi bagi memihak kepada PAC kerana nama PAC sudah dicemarkan oleh Ipoh Timur,” katanya.

Beliau berkata PAC telah membuat keputusan untuk menyiasat pembelian Eurocopter seminggu sebelum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya PAC melihat isu berkenaan dan ia bukan diarah oleh Kabinet.

Isnin lepas, PAC, yang turut mempunyai wakil pembangkang itu memutuskan bahawa tiada penyelewengan daripada segi prosedur dalam pembelian 12 helikopter Eurocopter itu.

Azmi berkata berdasarkan kepada tinjauan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, didapati prosedur pembelian memang mengikut tatacara yang ditentukan dan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s