UMNO terima 900 aduan politik wang – ref malaysiakini

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilihan di peringkat 191 bahagian UMNO di seluruh negara dan pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi parti itu telah bermula sejak 9 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir Ahad ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.

Ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon dipercayai menjadi pihak yang menyalurkan wang kepada perwakilan peringkat bahagian untuk membuat pencalonan calon-calon tertentu atau menolak mana-mana calon pesaing.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

Beliau berkata, selagi minda pengamal politik wang dan ahli-ahli UMNO tidak berubah dan mereka sendiri tidak mahu gejala itu berlaku, agak sukar untuk menamatkan kegiatan politik wang.

“Perubahan minda ahli-ahli UMNO adalah perkara terpenting jika UMNO mahu melihat gejala tidak bermoral ini dihapuskan sepenuhnya,” tegas beliau.

Beliau mengulangi amaran bahawa mana-mana calon termasuk Ketua Bahagian UMNO yang baru dipilih dalam pemilihan tetap berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk dilucutkan jawatan jika mereka didapati terlibat dalam politik wang.

Dalam pemilihan kali ini, tiga ketua bahagian telah dikenakan hukuman gantung jawatan dan beberapa orang lagi dikenakan tindakan amaran apabila terbabit dalam aktiviti politik wang dan sabotaj terhadap parti.

Selain itu, beberapa pemimpin lain di peringkat bahagian turut menerima nasib yang sama.

Mengikut statistik terakhir yang dikeluarkan Lembaga Disiplin UMNO pada 23 Oktober lalu, jumlah keseluruhan aduan yang diterima lembaga itu sehingga tarikh berkenaan ialah sebanyak 632 kes.

Jumlah aduan yang telah disiasat ketika itu ialah 135, sebanyak 40 aduan yang belum dimulakan siasatan, 51 aduan memerlukan dokumen tambahan, 92 aduan dalam kategori tiada tindakan lanjut dan 124 aduan bukan di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin. – utusan

nota: siapa yang harus dipersalahkan dalam soal politik wang ini. Yang memberi, yang meminta atau yang menerima. penulis teringat satu perbualan dengan seorg teman..” camne kita nak lobikan si polan…modal pun tak hulur?? “…dan bila jumpa si polan..” ye lah, nt tak hulur, ada kata kita kedekut, tak berduit….jangan main politik kalau tak berduit. ”

jadi siapa yang harus kita persalahkan. pada pemerhatian penulis, sekiranya ingin membendung gejala politik wang ini, UMNO seharusnya meminta calon2 yang bertanding agar mendaftarkan para pelobi mereka dan juga mencatatkan segala perbelanjaan berkempen. Ya sudah tentu akan ada pihak yang menipu dengan meletakkan jumlah perbelanjaan yang sedikit tetapi ini adalah salah satu yang supaya gejala politik wang ini dapat dikawal dan dibendung.

Ya Allah, aku memohon kepada Mu, selamatkan lah parti UMNO ini. Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu duniawi diutamakan seolah-olah mereka2 ini lupa bahawa rezeki datang dari Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “UMNO terima 900 aduan politik wang – ref malaysiakini

  1. Salam,

    Perkara politik wang ini berlaku bukan baru tapi sejak dua dekad yang lalu dalam Umno.Dalam Era ini Politik wang perkara yang serious perlu dberi perhatian dalam Asia.Kita perlu memahami maksud sebenar Wang politik dan juga Politik wang.Dalam bahasa Inggeris selalu di panggil “Money Politics and Political Money”.Jadi para pembaca jangan keliru!.Money politics cuma salah dari segi moral dan kod etika party.Political Money atau wang politik ia lah bentuk rasuah dan ia adalah salah dari undang-undang negara.Wang politik perlu definasi yang tepat;contohnya “seorang pemimpin yang ingin mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pemilihan parti perlu menerangkan visinya dan niatnya pada penyokong iaitu ahli partinya,Dia akan menjemput semua ahlinya dan mengadakan suatu jamuan yang khas untuk ahli-ahlinya kerana ia adalah permintaan peribadi pemimpin tersebut ingin bertanding untuk sesuatu jawatan yang lebih tinggi.Adakah perbuatan begini dianggap sebagai “wang politik”?.Tetapi dalam undang-undang UMNO ia adalah salah!.Bukankah ia mengongkong sistem demokratik ahlinya.Tapi kalau senorionya pemimpin itu berjanji kepada sifulan “Kalau engkau undi saya ,kamu akan terima satu ribu dari saya”.Yang ini cuba ‘beli undi’dan ia adalah salah kerana memberi penyuapan kepada ahlinya untuk meraih kemenangan dengan tidak demokratik.Perkara membeli undi dijalankan semasa kempen dengan menjanjikan sesuatu pada pengundi seprti menawarkan kerjaya,Wang,kedudukan,Darjah kebesaran dan lain-lain dalam bentuk sogokan.

    Masalah politik wang ini telah pun diselesaikan dengan berkesan parti komponan BN MCA dan Gerakan pada suatu masa dulu.Tapi kenapa UMNO tak dapat hindarkan perkara ini:

    1.Walau ada pun ada undang-undang dan juga badan mengawasi iaitu Lembaga disiplin UMNO tetapi yang menyedihkan adalah perlaksanaan atau penguatkuasaan yang dijalankan terlalu lembut dan pasif.Jadi orang tak heran!.

    2.Adakah Badan Lembaga Disiplin itu bebas dari pemimpin-pemimpin dari parti?.Bukankah kita sendiri tahu tindakan lembaga itu seperti memileh bulu semasa membuat keputusan penyiasatan. Jadi nak salahkan siapa?.

    3.Didapati bagi pihak yang menang selalu tak ada masalah dengan politik wang yang kalah yang hiruk-piok!.Dengan tindakan dan sokongan dari pihak pemimpin hanya dari mulut saja dengan tidak ada tindakan susulan untuk membenteras politik dalam UMNO ini berterusan.

    4.Amalan Pilihanraya menjadi tabiat bagi ahli politik negara ini.Janji-Janji pilihanraya induvidu melampaui batas dengan janji parti!.Yang ingin jadi wakil rakyat taburkan janji-janji yang mustahil ia juga dikira salah satu cara politik wang seperti jadi PM 16-sept nak turunkan harga minyak dan Memerintah negara ini secara Islam danlain-lain dari parti pembangkang di kira sebagai politik wang atau money politics.

    Akhir sekali yang perlu ubah ialah cara pemikiran ahli UMNO,Pemimpin Umno dan juga kebebasan Lembaga Disiplin UMNO untuk menangani isu ini.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s