Saingan 3 penjuru bagi timbalan presiden umno – ref malaysiakini

penulis baru sahaja menerima sms yang memaklum kan bahawa tan sri muhammad taib layak bertanding jawatan timbalan presiden umno.

saingan pasti sengit pada mac nanti

Advertisements

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Saingan 3 penjuru bagi timbalan presiden umno – ref malaysiakini

  1. Muhyddin boleh harap.

    Ali Rustam & Mohd2 Taib? You must be joking.

  2. Salam,

    Pada kebiasaannya Timbalan Presiden Umno ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Yang mengherankan kali ini bertanding seperti cuma penuhi kuota je!.Bagi TMY itu kira ok kerana beliau mempunyai pengalaman jadi Menteri dan juga selalu mengikuti persidangan parlimen, tapi yang dirisaukan adalah Salah seorang ialah hanya dilantik sebagai senator oleh PM dan kini menjadi menteri dan seorang lagi jaguh kampung yang menjadi ketua menteri di salah sebuah negeri yang kecil.Kadangkala pengalaman memang penting untuk jawatan No.2 di negara!.Sekiranya PM bercuti No.2 perlu memikul jawatan No.1 negara!.Ini yang amat dirisaukan.Memimpin parti UMNO lain caranya tetapi memimpin negara perlu ada kewibawaan yang tersohor.Memileh no.2 dalam parti sekadar untuk menyelesaikan masalah parti bukan dikira langkah yang bijak!.

    Pemilihan kali ini memang susah diramalkan kerana setiap wakil yang mempunyai kuasa mengundi perlu berfikir secara total bukan hanya sekadar mementingkn diri atau pun parti!.Dalam keadaan ekonomi dunia dan keadaan politik yang tak menentu ini kita perlukan seseorang timbalan perdana menteri yang intelectual dan berani buat keputusan yang tepat didalam urusan negara atau mengenai dasar antarabangsa negara.

    Semoga semua ahli UMNO berdoa agar kita akan memperolehi seorang tokoh yang dipileh oleh Allah s.w.t memimpin kita dan juga negara ini ke mercu kejayaan di dunia dan akhirat!.Wassalam.

  3. Apai Ngelai

    Tahniah,

    Walaupun TSMY nampaknya sudah awal-awal menempah tiket bagi kerusi timbalan presiden, persaingan yang sengit tetap kita harapkan menunjukkan pilihan masing-masing berdasarkan penilaian tersendiri.
    Tan Sri Muhammad Taib dapat sokongan yang banyak dari pihak Selangor. Kita tunggu lagi mungkin ada lagi di antara lapan orang calon yang lain yang bakal memberikan saingan.

  4. suara de kota

    Salam.

    Inilah yang dikatakan ‘permainan’ politik!. Macam-macam boleh berlaku. Kita harap yang ‘terbaik’ akan menjawat Timbalan Presiden UMNO. Kalau perwakilan matang (tidak diputarkan oleh WANG), saya kira calon yang banyak pengalaman dan juga sudah lama dalam perjuangan akan menang!… (Tapi masalahnya; orang Johor tidak solid sokong TMY).

    Begitu juga dalam penentuan jawatan Naib Presiden bagaimana? Pun, boleh dikatakan undi akan pecah!. Tentunya juga, tidak WAJAR tiga atau dua orang calon daripada Johor akan dimenangkan?. Eluklah perwakilan hanya kan memilih seorang sahaja daripada JOHOR iaitu, Datuk Seri Hishammuddin.

    Satu lagi hal yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat EXCO Wanita, peralihan jawatan tetap akan berlansung bulan Jun, 2009.

    Maknanya; penyandang Ketua Wanita UMNO Malaysia akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO dalam tempuh yang sangat lama…

    Semua ahli-ahli perwakilan Wanita dari seluruh Negara wajar ‘Bersatu’ untuk menentukan Datuk Kamilia Ibrahim bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO dengan Datuk Shahrizat.

    Apakah halnya? Ahli-Ahli wanita dari akar umbi di seluruh bahagian bersusah payah membuat pencalonan, hasilnya EXCO Wanita sebulat suara bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

    Mungkin komen saya ini agak keterlaluan, tetapi selaku ahli dari akar umbi walaupun lelaki, rasanya ada juga hak untuk melontarkan pendapat.

    Kekadang, pendapat akar umbi yang diketepikan menyebabkan UMNO ada kalanya tidak dapat apa yang dimahukan.

  5. Kuntakinte

    Salam, kadang2 apa yang di duga tak menjadi kenyataan, DSMY orang yang membuka jalan untuk berlaku peralihan kepimpinan berlaku lebih awal, 2 calon lain taruh dia semacam cukup2, last2 2 calon tu pun ambil kesempatan mengunakan jalan yang di buat oleh DSMY, DMY lengkap sebagai seorang pemimpin, berlatar belakang kan ekonomi, anak seorang ulamak berlatar belakang Ugama, Ingglish perfect, pengalaman banyak sejak dari MB ke Menteri kabinet, seorang Ahli Parlimen yang dihormati layak sangat untuk diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri selaku Timbalan Presiden UMNO.

    Faktanya :-
    2 Calon lagi seorang hanya Ketua Menteri di Negeri Kecil, pengalaman sebelum tu hanya Timbalan Menteri, Ahli dewan Undangan negeri (ADUN) untuk jadi Timbalan Perdana Menteri tak layak sebab bukan Ahli Parlimen dalam suasana politik sekarang bahaya untuk buat pilihanraya kecil untuk kerusi Parlimen susah untuk menang;

    Yang calon satu lagi hanya Senator yang dilantik oleh PM langsung tak mempunyai kelayakan mengikut akta jadi TPM sebab bukan Ahli Parlimen, ADUN pun tidak, kawasan mana orang nak kosongkan untuk pilihanraya kecik dalam keadaan Negeri Selangor dah di pukul Tsunami, diri dah calar sebab kes2 yang lalu semasa jadi MB. jawab Parlimen pun terhegeh tergagap.

    Jadi bagi teman 2 calon tu janganlah setuju terima pencalonan kelak apabila ibupejabat UMNO keluar surat persrtujuan terima pencalonan buat kecoh je UMNO, serah pada DSMY tanpa tanding, boleh DS Najib dan DSMY tumpu sepenuh masa untuk kukuhkan UMNO dan Kerajaan.

    Perwakilan G6 dan G7 bijak menilai dan harap membijak kan lah diri untuk memilih, kita panjat bumbung KLCC dan kita lihat dari atas secara keseluruhan UMNO dan Agama, bangsa dan negara, jangan dilihat diri kita saja, cermin diri dimana kita sekarang ini, pokok yang kita tanam 51 tahun lalu dah condong, kura2, labi2 dan penyu tengah panjat nak bertelor di pucuk pokok, utamakan lah perjuangan dan lahirkan lah semula semangat perjuangan dulu kala, sikap terima duit kita tukarkan kita pulak yang sedekah duit pada UMNO. tak kemana duit dan kekayaan jika Agama, Bangsa dan Negara hancur lebur dik sikap kita sekarang ini hingga nanti satu ketika cicit kita kencing di kubur atok dia, itu pun kalau ada lagi tanah perkuburan, kalau kerajaan ketika tu buat peraturan mati bakar buang ke laut lansung apa pun tarak…..

    Wassalam.

  6. Kuntakinte

    Salam, abagtuah lama tak menulis, sibuk kempen DSMY dan calon johor ke…he..he… teman G7 tau Bahagian ……….

  7. AbangTuah

    Salam,

    Brokuntakinte, kawan sentiasa bersama-sama sahabat semua. Walau pun kini jarang menulis tapi tetap membuka blog ni untuk melihat jaguh-jaguh UMNO pencinta kedamaian berjuang. Kawan banyak habis masa upgrade blog kawan, hari-hari ada aje yg tak kena yang perlu diperbetulkan. Apai pun dengar kabarnya nak buat blog sendiri, maka kita tunggulah kemunculannya.

    Hmm, kawan dalam UMNO ni siapa sahaja bertanding kawan sokong yg menang tu bermakna mereka adalah pilihan majoriti. Yang kalah tu bukan bermakna mereka kurang baik atau kurang layak. Kadang-kadang faktor nasib dan pengaruh pun perlu diambil kira didalam arena politik kita.

    Well teruskan dengan perjuangan, kawan pun seronok juga tengok blog ni sentiasa dapat sambutan, semangat brokuntakinte, Mamak, Apai, sekupangdua dan lain-lain tak pernah luntur dari dulu hingga sekarang.

  8. Kuntakinte

    Salam, abangtuah teman pun sebenornya dah tak berapa cukup jugak masanya sebab sibuk study maka banyak jugak lah benda2 baru teman tertinggal kapal, tahniah lah abangtuah dan apaingelai buka blog sendiri.

    tolong bagi address untuk teman layari. TQ.

  9. Apai Ngelai

    Salam kuntakinte,

    Insyaallah, dalam masa terdekat kawan akan buka blog kawan kepada umum. Tapi sekarang nih apai sedang terkapai-kapai. Abgtuah byk membantu. Blog kawan sebenarnya kawan nak dilute sikit kepolitikannya… maksudnya tidak terlalu fokus kat satu topik saja.

    Teruskanlah bersama kami, kerap juga kawan, mamak dan abgtuah chatting dalam blog abgtuah selalunya malam hari kadang2 hingga lewat pagi. Kawan rasa lebih dekat lagi dengan depa walaupun kawan ni jauh. Insyaallah kita bertemu jika berkesempatan.

    Wassalam.

  10. AbangTuah

    Salam

    Brokuntakinte, blog kawan ada tersenarai di Link pemudaenggang. Dengan segala hormatnya dijemput brokuntakinte dan rakan lain untuk melawat atau pun seterusnya memberikan komentar diblog kawan.

    http://www.abangtuah.blogspot.com

  11. Salam

    Brokuntakinte, blog kawan amator je. Blog kawan ada tersenarai di Link pemudaenggang. Dengan segala hormatnya dijemput brokuntakinte dan rakan lain untuk melawat atau pun seterusnya memberikan komentar diblog kawan.

    http://www.abangtuah.blogspot.com

  12. assalamualikum semua!

    tuah teman tengok blog miker menarik tapi kebelakangan ni teman sibuk sikit …insyallah ada rezeki teman nak juga toko tambah..rasanya teman nak cerita sikit pasal keris..sebab teman tengok lambang umno di blog miker ada rupa keris…cukup loknya, elok jawa demamnya, berarin dan belali gajah …

    insyallah teman tengah buat koleksi gambor- gambor pastu nanti teman buat sikit artikel … kot-kot boleh numpang , apa salahnya cerita tentang waris bangsa… bior semua melayu tahu asal usul dan sejarah keris….. KITA kan MELAYU!

    SEkupang dua ucap tahniah bersaing ler supaya tak ler kata kuasa veto esok… komer pilih jangan salahkan lagi kalau komer salah pilih … pilih lah yang terbaik.. mogaa UMNO tetap hidup memperjuangkan MELAYU…. selamat berjaya .. muhidin, ali dan mr Mike tyson… hidup UMNO!

  13. Putera81

    Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuangan

    Buat Sekupangdua,

    Putera gembira & memberi sokongan penuh kepada kawan2 semua supaya membuat blog yang mana lebih bermanafaat & bermaklumat..

    Tak sabar nak tengok koleksi gambar2 keris SekupangDua..maklumlah, Putera ini jahil pasal keris nie..tahu bentuk dan rupa sahaja..tapi kalau pasai jawa demam, berarin dan belali gajah, itu pertama kali Putera dengar..satu benda baru dalam hidup Putera..hehe teruskan berblog..wassalam

  14. ikankecil

    salam….

    abg tuah kuntakinte dan otai2 sekalian…maaf kebelakangan ni ikan agak sebok dgn final…..tp ikan dah tgk blog bro tuah…menarik…..

    kalau nk mengikut pilihan ikan : DSNTR PM,DSMY TPM,DMM KP,DSSAJ KW…

    dgn gandingan ini pasti UNMO kembali kepada era kegemilangannya semula….

    insyaAllah….

    ikankecil berenang bebas…

    wasalam….

  15. Salam semua rakan,

    Terima kasih, kawan amat berbesar hati diatas kunjungan dan sokongan rakan semua.

    Sekiranya sekupang dua berminat menjadi Co-Author di blog kawan, kawan sedia memberikan laluan. Anggap blog tersebut blog kita bersama. Mamak Haji juga telah menyertai kawan dan Apai dan telah mula menghantar posting beliau.

    Saudara sekupangdua, tolong bagi email saudara agar boleh kawan hantar jemputan menjadi Co-Author/Contributor. Begitu juga dengan brokuntakinte, putera, ikan kecil sekiranya berminat sila hantar letakan email saudara disini, atau di Chatbox kawan.

    Marilah kita sama-sama berjuang sedikit sebanyak dapat juga membantu UMNO/BN/Kerajaan.

  16. Putera81

    Assalamualaikum

    Abang Tuah..nanti Putera bagi alamat email Putera dalam blog Abang Tuah tu..terima kasih kerana menjemput..

    p/s:
    Keris menari-nari
    Silat terjunjung tinggi
    Adat terus dihormati
    Tuah terus diingati

  17. ikankecil

    salam….trima kasih pd bro tuah…..ikankecil msh byk yg perlu dipelajari dri otai2 blogers ttg politik dan jg terlalu byk yg ikan x tawu lagi ttg blog ni….bialah ikan belajar dlu…insyaalah 1 hari nti ikan akn join bro2 sume sbagai CO atau contributor…ikan perlukan bimbingan bro2 sume…harap bro2 x keberatan membimbing ikan…..

    ikankecil berenang bebas…
    wasalam…

  18. AbangTuah

    Salam Putera dan Ikan kecil,

    Sedap bunyi pantun tu, cantik dan tersusun indah gubahan kata-katanya. Hendak rasanya kawan ciplak masuk ke blog kawan hehehe.

    Saudara Ikan kecil, sekiranya ikan kecil memerlukan bantuan inshallah kawan dan rakan semua tetap sudi membantu apa yg kami terdaya. itulah yg dipanggil sahabat setia, saling bantu membantu berganding bahu. Oh ya, kemana perginya ikan mas, lama tak kedengaran ya, mungkin sibuk mentelaah pelajarannya.

  19. Putera81

    Salam AbgTuah & rakan2 seperjuangan,

    Kecil tapak tangan, lori tanah kawan sediakan..hehe kalau AbgTuah sudi menumpangkan pantun semulajadi tu, Putera jugak amat berbesar hati..

    Kepada si ikankecil..kawan beruntung ada jugak orang2 muda yang bersemangat dan sudi berjuang bersama2 dengan kawan dalam blog nie..kawan pun dikira junior jugak kat sini..AbgTuah, Mamak Haji, ApaiNgelai, Kuntakinte dan otai2 lain yang banyak bagi peluang & ilmu melalui penulisan depa semua..seperti jugak ikankecil, kawan jugak berterima kasih atas tunjuk ajar & bimbingan secara tidak langsung itu..

    p/s: Adat mendatang bersendi budi, segala ilmu dibawa mati 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s