Lembu pun tahu tutup kemaluan, kata Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pihak yang menganjurkan demonstrasi berbogel sebagai tidak bertamadun dan lebih buruk daripada binatang.

Mursyidul Am Pas itu berkata tindakan seumpama itu bercanggah dengan sifat orang Islam dan mereka yang melakukan tindakan itu sudah hilang naluri kemanusiaan dalam diri mereka.

Bahkan, katanya, bagi orang Islam untuk masuk ke dalam tandas, yang tiada siapa melihat ketika berbogel bersendirian, Islam tetap meminta umatnya menjadikan amalan membacakan doa supaya dijauhi daripada syaitan.

“Binatang seperti lembu pun, walaupun dia telanjang bulat, Tuhan ciptakan ekor untuk tutup kemaluannya daripada dilihat inikan kita manusia yang dianugerahkan akal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor kerana membantah kenaikan sewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata pihaknya membantah kenaikan sewa itu dari RM124 kepada RM250 sebulan.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz menasihatkan pihak Reformis supaya mengambil pendekatan yang lebih baik dan rasional dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Beliau berkata cara demonstrasi berbogel itu bukannya cara manusia menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada cara binatang atau “monyet”.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihati ibu bapa supaya menjaga anakanak mereka ketika musim tengkujuh yang semakin hampir kerana khuatir mereka menjadi mangsa banjir.BERNAMA
nota: bila kehidupan sudah sebati dan sinonim dengan demonstrasi jalanan, kini ada pihak yang ingin mencuba demostrasi jalanan yang lain sedikit caranya..

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Lembu pun tahu tutup kemaluan, kata Nik Aziz

  1. salam,
    Tak ada idea nak komen..ha!ha!ha!..

  2. memang teman pun tak tau ler nak cerita pasal lembu ni …

    sekupangdua harap jangan jadi bidalan udah ler lembu cucuk hidung… atau bodoh macam lembu.. ikut percaya bulat2..kena kencing pun angguk lagi apa tunggu lagi… jangan cakap jer

  3. cahaya

    Subhanallah!!! betapa hebatnya Yang Maha Mencipta!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s