Minyak Turun Lagi – malaysiakini

Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini – buat kali kelima, harga minyak turun lagi mulai esok.

Harga petrol RON 97, RON92 dan diesel turun sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa hari ini.

Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos, sebagaimana janji Kerajaan untuk menurunkan harga runcit petrol jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Jelasnya, kerajaan berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Beliau berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walau pun harga telah turun, selaras dengan hasrat Kerajaan memastikan penggunaan tenaga yang efisien.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

“Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Ia merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata, ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.

Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.

Dalam pada itu, di Tashkent, Uzbekistan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu peniaga mengurangkan harga barangan agar pengguna boleh menikmati harga petrol dan diesel yang lebih murah di negara ini.

Perdana Menteri berkata masalahnya ialah harga kerana kebanyakan harga barang belum dikurangkan walaupun harga minyak di negara ini telah turun lima kali dengan yang terakhir bermula esok.

“Apabila harga minyak turun, harga barang tidak turun. Ini yang saya tidak suka dengar,” kata Abdullah.

Beliau berkata peniaga hanya berminat membuat keuntungan besar yang membebankan rakyat.

nota: Harga minyak sekarang sudah tentu boleh dikurangkan lebih dari 15sen semlm. Walaupun minyak di negara agak mahal berbanding harga kerajaan, penurunan harga minyak sudah tentu dibuat atas keputusan menang-menang bagi pihak pengguna, peruncit dan juga kerajaan. Penulis percaya harga minyak akan dikurangkan lagi dalam tempoh terdekat. Kepada pembekal dan penjual barang keperluan, harga minyak sudahpun turun, harga barang macam mana?? bila hendak turun?

30 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

30 responses to “Minyak Turun Lagi – malaysiakini

  1. lawyer

    Harga minyak di Amerika RM1.97/litre tanpa subsid. Harga minyak Malaysia berapa dengan RM0.30 sen subsidi?

    Harga kopi O saya masih RM1.20 secawan. Harga nasi tak ekonomi saya masih RM4.50 sepinggan. Harga nasi kandar saya masih RM6.00 sepinggan (seketul ayam goreng saja). Roti Canai masih RM1.10 sekeping dan kata orang harga roti canai turun RM0.10 hanya cakap saja.

    In semua silap kerajaan naik harga minyak ke RM2.70/litre June dulu. Sekarang macam mana nak turun harga? Penasihat ekonomi gomen tiada otak ke?

  2. zackdanial

    Ini adalah bukti Rakyat memilih pemimpin yang tak ada otak . Memang harga minyak turun , tapi apakah harga barang2 lain turun jugak ?

    Saya kontraktor pembinaan rumah . Bila harga minyak naik RM0.78 , harga bata naik rm0.06 kepada rm0.29 . sekarang dgn penurunan harga minyak harga bata masih sama .

    kalau peminpin bijak mcm , Tun M atau DSAI , masalah mcm ni tak akan timbul .

  3. Kuntakinte

    Salam, apa khabar semua, tak ke sakit hati minyak turun lagi, tak ada ke nak kata kerajaan pembohong, kerajaan tak tepati janji, kerajaan nak bagi gula2, kerajaan turun harga sikit je, bla…bla…lagi

    Teman bersyukur diatas penurunan harga minyak malah bukan minyak je beras pun turun harga, teman ajak semua rakyat Malaysia kita cari sikit pahala dengan mengucapkan syukur Alhamdullillah kehadrat Allah S.W.T diatas limpah kurnianya termakbul doa hamba mu minyak dan beras turun harga, bersyukur kerana pemerintah yang prihatin dan mengotai janji apabila minyak dunia turun harga minyak tempatan pun turun.

    Kita juga harus bersedia bahawa penurunan ini berlaku mungkin hanya sementara apabila ekonomi dunia pulih kembali kemungkinan besar harga minyak akan pulih juga dan harga akan naik semula, apabila tiba waktu itu jangan lah kita terlupa akan jasa kerajaan maka maki hamun pun di pancut dari mulut kita, hilang segala pahala bersyukur yang kita lafaskan semasa berlaku penurunan minyak dulu.

    Kerajaan melalui PM dan TPM tiada melakukan publisiti pun di TV dengan membuat sidang khas untuk mengumumkan penurunan harga minyak, gambaran kerajaan tidak memikirkan impak politik dan mempolitikkan isu harga minyak tetapi lebih semata2 yang penting minyak diturunkan rakyat gembira, cukup sekadar mengeluarkan kenyataan bertulis saja, berbanding dengan cara puak2 haluan kiri harga turun senyap sepi kalau harga naik dulu kemudian keluar TV masuk kampung untuk hentam kerajaan. kenyataan yang ketara harus kita ingati, keikhlasan kerajaan untuk meringankan beban rakyat ini amat di hargai dengan mengutamakan rakyat dari politiking.

    Mungkin juga ada yang jenis haprak akan ada yang berkata sikit je turun, tak turun pun tak apa.
    Teman pernah juga dengar ada yang kata siapa kata minyak turun dulu RM1.92 masih lagi tak rendah dari angka tersebut maka bukan turun masih naik, itu kata2 yang tak tak tahu dan tak mahu bersyukur, kalau diambil kira angka lama kenapa tak dinilaikan dari angka sejak minyak diperkenalkan di Malaya ketika itu mungkin sebelum merdeka atau selepas baru merdeka harga minyak ketika itu mungkin 3 sen atau 5 sen seliter saja hingga harga meningkat kepada RM1.92 dan terbaru hari ini RM2.70 dan sekarang harga ditahap RM2.00 selepas turun, kenapa tidak di hitung dari harga 5 sen dulu kenapa ambil kira dari RM1.92 , itu contoh kata2 mereka2 yang kufur nikmat tidak mahu bersyukur bukan kepada ulil amri tetapi kepada Allah S.W.T,

    Tujuan adalah untuk mengelirukan rakyat sepatutnya perhitungan kadar harga sepatutnya di kira dari jumlah terakhir dan terbaru sesuatu nilai semasa, dalam kes minyak harga terakhir RM2.70 apa yang berlaku penurunan sekarang mencapai RM2.00 saja bermakna penurunan 70 sen dilakukan sebanyak 5x dalam hanya beberapa bulan saja. ini bukti kerajaan berpegang pada tanggungjawab, Ingat!! Tanggungjawab BUKAN JANJI, betul!!! hanya pembangkang pandai bermain janji dalam pilihanraya hanya untuk menang pilihanraya TETAPI Kerajaan BN tidak pernah berjanji minyak akan turun TETAPI berlaku juga penurunan apa makna nya ini semua kepada kita selaku rakyat, apa ertinya kepada kita selaku rakyat, tidak kah kira merasakan kerajaan BN sebuah kerajaan yang relevan dan sesuai dengan jiwa raga kita dalam iklim negara kita.

    Muhasabah lah diri… ingat berbelanja dengan berhemah, menabung lah untuk persediaan semasa sengkek, ingat cuti sekolah telah bermula akan berlaku juga musim persekolaha tahun 2009 banyak persediaaan yang perlu kita lakukan, jangan kerana kesempitan kita yang kita sendiri lakukan, kerajaan yang di hamput dan di maki… kerajaan telah mengingatkan berbelanja secara berhemah walaupun minyak dan beras turun harga.

    p/s silap teman dulu jual kereta Citra tukar pada kancil, nampak gaya nya teman kena jual balik le kancil beli Astima pulak he..he..he..

  4. Kuntakinte

    Salam, kena lah crodik ada barangan di kawal kerajaan ada barangan tidak boleh di kawal oleh kerajaan, kalau tak kerana minyak pun ada juga barangan2 yang akan naik sebab kerajaan tiada kuasa untuk mengawal, yeop!!! upah pekerja kalau gaji bayar RM10.00 ada ke orang nak kerja, kalau jadi kontraktor mahu ke kerja harga murah, dah tentu tak mahu, semua sektor macam tu, bata pun kena pakai pekerja, kena beli material kena ada pengangkutan tu semua duit ada yang melibatkan minyak ada yang tak ada kena mengena dengan minyak, letih betul nak jelaskan dgn orang2 yang tak guna otak, asyik merungut je kerana satu dua hal, yang banyak hal kerajaan buat kita sapu malah diam terima kasih pun tidak. melabung hanrag minyak kerana minyak dunia pun melambung, ha.. harga minyak dunia merodum harga minyak kita pun turun.

    Sdr Zackdanial mana layak si AN War tu sedara nak sama kan dgn TDM malah dgn Pak Lah pun tak layak nak di contohkan minta maaf sikit!!!, kalau hargai sangat An War tu sedara pergi le minta tolong dia selesaikan masalah minyak ke masalah bata ke dengan dia, jadi Menteri kewangan pun papa kedana Malaysia di buat nya, teman salah seorang usahawan Francais ARASTU yang lingkup zaman dia semasa jadi menteri kewangan, sedara nak banding apa jasanya dgn pemimpin2 lain.

    Si Lawyer tu ha.. lagi teruk punya perangai manusia makan pun nak merungut, makan nak sedap2 pulak tu, masak sendiri la mee maggi kalau dah sengkek sangat makan mentah2 je maggi tu tak payah keluar modal gas dan air, kalau dah asyik nak makan sedap je, sendiri nak makan kerajaan pulak yang salah, oi yeop!! tukang jual makan tak keluar modal ke, tukang supply barang mentah tak keluar modal ke, diaorang semua tak nak kaya ke, negara maju kita kena ikut maju bila maju semua ikut naik sebab permintaan pasaran meningkat, pergeluaran tinggi, kos meningkat. isk..isk..isk.. letih mamat2 ni. rugi ada rakyat macam ni, baik aku jaga keluarga aku je kalau macam ni punya rakyat.

  5. Salam,

    Alhamdullilah, minyak turun, barangan turun dan sekarang tol pun turun. Ini menunjukan kerajaan benar-benar berusaha bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Disamping itu kerajaan juga amat perihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, justeru itu bersungguh membantu rakyat bagi menghadapi kemelesetan ekonomi global.

    Jadi kepada pihak yg selalu tak berpuas hati, kembalilah menyokong kerajaan kita yg amat baik ini.

  6. Compa Penang

    apa la si lawyer nie..merungut pasal harga makanan mahal..yg pi makan nasi kandar sapa suruh..makan la kedai biasa tepi jalan tu klau nak murah..dasar org xtau bersyukur…ntah mcm mana yg dia nak kerajaan buat supaya kuar ucapan terima kasih kepada kerajaan……………

  7. Assalamualikum semua!

    bila naik semua mengeji tapi bila turun lak harga barang dengan petrol idak pulak nak mengia
    heran … herannn. ini semua orang yg tak pernah bersyukur dengan nikmat allah… hidup pun patut dah syukur amin …aman dan damai… moga2 bekekalan jagan ler ada penghuru hara yang tak pernah bersyukur

  8. Salam,
    Minyak turun ini adalah disebabkan TPM kini adalah Menteri kewangan.Datuk Najib memang seorang ekonomist yang baik.Apa perlu beliau buat ialah membesarkan kek yang sedia ada dengan itu kaum-kaum lain tidaklah begitu marah dengan BN.Kalau kita berebut dengan kek yang sedia ada itu memanglah kadangkala berebut,tidak puashati,dengki dan lain-lain.Kaum lain marah dengan Melayu bukanlah mereka benci tapi UMNO telah pileh ketua yang mengecilkan lagi kek yang di namakan ekonomi.Masalah utama manusia ialah Nak makan…pepatah english”A hungry man is an angry man’ jadi apabila ekonomi kita berkembang semua kaum akan dapat bahagiannya..pasai itulah era TDM ramai tauke-tauke setuju dan sokong BN!.Pulihkan ekonomi maka pulihlah BN!.

    p/s:Nasihat Mamak Utk Pengemar Roti Canai.

    1.Roti Canai cuma 0.80sen dulu 0.70sen.naik 0.10 sen.dan roti canai ini mengandungi 32% minyak.Dari asal pembuatan sampai memasak menggunakan minyak.Minyak 100% lemak. 1gm lemak bersamaan dengan 9.0 kalori.Tepung 100gm bersamaan dengan 341 kalori+kalori minyak?.Jadi kalau duduk opis janganlah gemar makan roti canai?.Perut akan boroi!!!!

    2.Minyak panas yang dikuali roti canai untuk goreng kalau tak buang selalu (pahit)boleh jadi toksid!.Menyebabkan sakit kerongkong dan batuk!.

    3.Jari-jari Pembuat roti canai selalu menghidapi serangan kulat ke atas kuku…Ini disebabkan tidak membersihkan kuku dan tangan dengan sempurna selepas kerja.Perhatikan kuku penebar roti canai..pasti anda tak gemarkan dan rasa loya.

    4.Kuah roti canai selalunya dimasak 12jam sebelum diedarkan.Pada suhu biasa bakteria akan membiak selepas 6 jam.Suhu perlu dikawal sentiasa 60-70 darjah celsius untk menghalang pembiakan bakteria.Kalau pagi makan roti canai selepas itu perut memulas biasalah itu kuman mula membiak dalam perut kita.

    Nota:Rahsia mamak niaga untuk kebaikan kesihatan blogger pemudaenggang.Ha!Ha!ha!.Sila melawat blog mamak untuk belajar masak sendiri.

  9. HeRaNLaH

    Komen panjang2 tapi habuk pun tarak…bosan2.

  10. HeRaNLaH

    dasar org Umno tak pernah nak respek koritikan org lain..Lawyer ngan Zack tu memberi komentar berdasarkan artikel dalam blog ni..pastu ada kutu jadi hero hentam mereka..pelik2…hormatlah pendapat org lain…jgn nak berlagak bagus..mereka nak hentam ke sokong ke…hormatlah…tak yah kata tak bersyukurlah..kenang budilah…ala kritik-kritiklah masing2 punya…

  11. Putera81

    Salam,

    Aku lagi hairan bila tengok spesis HeRaNLaH nie..mulut tu tak pernah terbit perkataan bersyukur..apatah lagi nak berterima kasih..tak terfikirkah di kepala hotak depa tu yang ahli2 ekonomi jenuh dan mungkin ada yang tak boleh tidoq malam memikirkan formula terbaik untuk menurunkan harga minyak di samping mengurangkan beban kerajaan..apa yang spesis2 mangkaq nie tau hanyalah MINTAK, MINTAK & MINTAK..

    Kalau boleh semua nak dimintak percuma..itu subsidi, ini biasiswa..tapi adakah mereka boleh mendakwa mereka juga MEMBERI..rasanya terlalu sedikit jasa mereka kepada masyarakat & bangsa apatah lagi agama kalau begini cara mereka berfikir..entah2 jiran sebelah rumah pun kelaparan..

    Aku bersetuju dengan pandangan Mamak Haji & pandangan kawan2 lain..apa yang perlu dilakukan adalah membesarkan ekonomi..ya kek ekonomi!!! Bila merencana sesuatu, masukkan baking powder @ ibu roti sebanyak mungkin supaya kek & roti itu mengembang dan besar..bila kembang & besar, bakal2 pembeli [atau dalam istilah ekonomi dipanggil “pelabur”] akan tertarik untuk membeli sekaligus membantu menjana keuntungan kepada syarikat itu, iaitu Malaysia..

    Tapi kalau ada staff yang sibuk mengkritik itu salah, ini tak betul makanya perancangan sebegini tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin..memang mudah mencari salah orang, sampaikan salah diri sendiri pun dah tak dihiraukan..apa salahnya membetulkan diri sendiri dulu dari asyik menghentam kerajaan..tak tau diuntungkah hangpa semua nie? spesis tak reti kenang budikah hangpa nie..aku rasa orang mcm hangpa nie jenis mengutuk tuan rumah, tapi bila dipanggil kenduri, hangpa la paling sibuk & kecoh menghabiskan makanan..

    Tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima..itu hangpa tak boleh nafikan..teringat aku kepada prinsip Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, usahawan MELAYU terkaya di Malaysia & tersenarai dalam 754 billionaire terkaya di dunia oleh Forbes 2008 “kalau tidak ada air segelas untuk diminum, separuh gelas pun saya bersyukur”..sebab itu dia berjaya..Allah sayangkan orang yang tahu bersyukur & berterima kasih..bukan orang yang riak & angkuh menyalahkan orang lain..umpama melepaskan anjing yang tersepit..

    Aku akan jadi bertambah hairan kalau HeRaNLaH & the gang tak kenal siapa TS Syed Mokhtar ini..beliau adalah produk DEB, yang pengkhianat seperti Zaid itu nafikan kepentingan & sumbangan terhadap masyarakat Melayu..maka tidak hairanlah kenapa spesis seperti HeRaNLaH nie wujud di muka bumi umpama Yakjuj & Makjuj yang tak habis2 menimbulkan kecelaruan & kacau bilau dalam masyarakat..cahaya hati semakin gelap apabila hasat & dengki merajai hati..sehingga tidak terdetik untuk memandang akan kebaikan, memaafkan segala kekurangan & memperbaiki segala kesilapan..

    Pesan aku hanyalah satu, insaflah dan kembali ke pangkal jalan..janganlah lupa sumbangan kerajaan pimpinan UMNO & rakan2 komponen yang lain dalam mendewasakan hang..tanyalah & ambillah pandangan orang tua2 tentang UMNO yang hang tak habis2 cerca ini..muhasabahlah diri sendiri supaya kritikan yang diberi munasabah..Wassalam

  12. Waris79

    bukan apa nak sedarkan orang yang tak tau dek untung jangan buta hati nak menyokong pembangkang yang tak tau apa-apa..sedarla sikit..
    la ni kat kedah nie pun kandang babi nak bukak..
    kene cucuk lagi orang dalam pas ngan pkr nie bila nak sedar wahai orang melayu…

  13. ikankecil

    salam…..

    dasar x pernah bersyukur….

    blajarlah menikmati nikmat tuhan dengan menadah tgn memohon kesyukuran….

    sempena harga minyak dah turun ni ikankecil nk mintak ayah ikankecil belikan kereta untuk ikankecil la…senang nk bergerak g kelas…..
    huhuhu…

    p/s skang ni musim hujan so kadang2 x dpt g kelas sbb nek moto…tp ikankecil bersyukur…..amin…

    ikankecil berenang bebas….

    wasalam…

  14. Wirawaja

    Cuba kita tengok orang yang kata harga barang naik tak turun-turun dan sebagainya tu.. Dia makan beras jenis apa, lauk pauknya apa, kalau makan di luar rumah mana restoran yang dia cari, kereta jenis apa yang dia pakai, rumah banglow atau teres kos rendah, dan dan dan dan macam-macam lagi.

    Mak bapak kita yang kat kampung tu tak merungut pun.. Merekalah sebenarnya yang ramai menyokong UMNO dan kerajaan sekarang.

    Sedarlah sikit wahai orang yang tak berpijak di bumi.

  15. patutlah… namanya …heran sungguh

  16. Salam rakan seperjuangan,

    Blog kawan baru jer siap.. kalau kawan kaku, mamak penang datang bantu jadi author. Terima kasih kat Abgtuah dan mamak yang banyak membantu. http://rajahmas.blogspot.com/

    Kawan hairan brokuntakinte kita dah lama menyepi, rindu kawan nak bertemu dan baca komen dia. Agaknya dia tengah sibuk dan tumpukan sepenuh perhatian kat educations, selamat berjaya. Putera, thesis dah siap? kalau ada masa, kawan datang lagi. insyaallah.

  17. Kuntakinte

    Salam, wah..bukan main lagi si Ikan Kecil, ambil kesempatan minyak turun mintak ayah dia belikan kereta nak pergi kelas, hebat si ikan kecil ni.

    Teman nasihatkan ikan kecil, biar bersusah dalam memburu kejayaan barulah kita akan bersyukur diatas apa yang kita perolihi sejak dulu, kini, dan masa depan, ini akan melatih kita menghargai apa yang kita ada, tidak lupa diri, tidak sedar dik untong dan mempunyai jati diri yang tinggi menjadikan kita seorang warga negara yang berilmu dan bernilai tinggi dalam negara sendiri untuk agama, bangsa dan negara.

    Ikan kecil bila dah keluar jadi siswazah usahkan kereta, kapal terbang pun boleh beli. kah…kah…

  18. HeRaNLaH

    Orang UMNo memang bodoh…sebab aku pertahankan hujah orang lain terus kata aku tak bersyukur dan sokong pembangkang..penulisan penuh kesombongan dan ego ,emosi dan berlagak..terus cop org lain spesis yajut makjud…bodohnya jadi umat manusia…bukan nak faham apa org lain tulis..aku tegur jangan suka hentam komen orang lain..bangang. Jika buat statistik berdasarkan kemasukan mereka diblog ini..adalah orang yang sama..sebab apabila masuk blog ni..langsung tak boleh nak luahkan apa terbuku dan bila sentuh sikit kerajaan…masing2 melenting,menghentam dan mengata, mengutuk..langsung tak de sikap terbuka…perlu ingat…tidak semua yang memasuki setiap blog dan menulis diblog berparti..kadang2 ada yang nak test market sebelum melihat kesesuaian parti yang ingin disokong….jangan mudah melabel seseorang itu pembangkang apabila mengkritik kerajaan. Umno sering mengatakan pembangkang mengamalkan politik caci dan memburukkan org lain…nampaknya tiada beza UMNO dan pembangkang..peliknya…apabila seseorang dah hentam dan kritik…ramai pulak yang menyokong dan jadi nasi tambah..inilah dinamakan UMNO sehati sejiwa mengutuk dan mengata.

  19. ikankecil

    salam bro kuntakinte……

    hahaha….ikankecil bkn ape cme inginkan keselesaan untuk belajar….kadang2 xdpt keklas akibat hujan…jarak fakulti da rumah ikan dlm 8km…xpyah estima viva pown da syukur…….jimat minyak…..hahahaha……

    buat bro heran…..teman heran kenapa mike ni begitu sensetif….bro2 kite ni mmg begitu…bersemangat waja dlm mempertahankan agama bangsa dan negara…..kalau nk lagi cuba lah…

    hahahahha

    ikankecil berenang bebas….

    wasalam…

  20. Putera81

    Assalamualaikum,

    Apai..belum siap daa…tapi hati tak boleh tahan nak join kawan2 kat sini..hehe..nanti kawan ramai2 p melawat blog baru apai tu..

    Wah..ada respond la dari HeRaNLaH..salam tak diberi..ayat pertama kepada tuan rumah “bodoh”..patutla hidup dia sentiasa hairan & tak jemu2 mencari kekurangan pentadbiran kerajaan..budi bahasa pun dah kurang..

    Saudara HeRaNLaH, para ulama memesan..kalau nak menafsir sesuatu perkara, tenung dengan mata hati..bukan ikut hati..aku tak kata hang nie spesis Yakjuj Makjuj..aku cuma menyamakan perilaku hang tu (yang suka menimbulkan kekacauan & provokasi) dengan spesis Yakjuj Makjuj di akhir zaman..PERILAKU..bukan empunya diri..tapi ibarat menepuk air didulang, nampaknya terpercik muka sendiri..sapa mkn cili, dia la terasa pedas..

    Quotes “bodohnya jadi umat manusia…bukan nak faham apa org lain tulis”..

    memang kena betul dengan hang nie..dah tak mengaku jadi umat manusia pulak dah..memang aku pun HeRaNLaH dengan spesis yang malu nak mengaku jadi manusia nie..dah tu siap cakap tak faham org lain tulis..memang la sebab hang sendiri tak mengaku hang nie umat manusia a.k.a orang!!! Aku cukup faham apa yang cuba disampaikan oleh setiap pengunjung2 blog ini..kalau ada yang tak faham, aku baca penerangan brader2 Tuah, Mamak Haji, Apai Ngelai, Kuntakinte, Ikan Kecil, Big8 dll..atau kalau tak faham jugak atau tak reti..aku diam dan baca sahaja..no komen..

    Tak payahlah hang nak cakap pasal statistik pulak HeRaNLaH..kalau hang pun celap celup jer masuk blog nie..pastu siap nafikan yang hang nie bukan pembangkang..padahal sah2 hang nie seranah UMNO bodoh..kalau fahaman berkecuali @ atas pagar nie lain bunyi ayat dia..bukan penuh benci & kecewa mcm hang nie..lagipun kalau nak tentukan parti mana yang nak disokong, bukan di sini tempatnya..mcm aku cakap tadi, pandang dengan mata hati..tengok sendiri & nilai sendiri akan pembangunan & kebaikan yang dibawak oleh parti2 yang ada..then buatlah istiqarah & sokonglah parti yang dirasakan betul pada pemikiran hang tu..

    Rasanya kalau blog nie menafikan hak pengunjung2 nak meluahkan apa yang terbuku, aku rasa xkan ada spesis mcm hang dalam nie..aku cukup bangga dengan blog nie yang telus dan bagi ruang pada hangpa sumph seranah kat sini..tak mcm blog bos yang hangpa dewa2kan tu..nak kena puji baru lepas..kalau kondem sikit alamatnya masuk tong sampah jer la..

    Dan aku rasa kurang adil kalau hang menyamakan rakan2 aku dalam UMNo sebagai sehati sejiwa dalam mengutuk & mengata..kalau hang tak puas hati dengan komen aku, just hentam aku lah..jangan libatkan orang lain..soal menyokong atau tidak bukan urusan sesiapa..tiada paksaan..kalau pun komen depa tu nampak seperti menyebelahi aku, tapi pendirian & pemikiran mereka mungkin berbeza..yang mana bila hang tafsirkan ikut kata hati, nampak senada & seirama dengan aku..

    Lagipun kami sememangnya bersatu..setidak2nya dari awal penglibatan aku di dalam blog nie..kami mendokong ideologi yang satu..mendokong martabat & maruah bangsa aku – bangsa MELAYU beragama ISLAM..

    Penat jugak aku melayan spesis mcm hang nie..tapi tak perlu la aku nak labelkan hang sebagai bodoh @ bangang sebab hang sendiri awal2 lagi mengaku yang hang sentiasa hidup dalam kehairanan & tanda tanya..jadi aku pun tak begitu HeRaNLaH!!!

  21. ikankecil

    salam……

    hahaha….

    xheranlah bro heranlah ni kne bantai ngan otai kte…ni bru sorg…..tgu la mamak aji,sekupangdua,apaingelai,kuntakinte,big8,abg tuah sume bg skit pengajaran kt kau…..xheranlah melayu skang ni dipijak…..sbb orang2 mcm kau ni la…..hahha…

    syabas bro putra…basuh skit orang2 mcm ni die bkn tau papepown da byk sgt dgr puak2 biaDAP 2 brckp smpai bhasa kebangsaan pown kurang penguasaan dah…hahaha…

    ikankecil berenang bebas…
    wasalam…

  22. HeRaNLaH

    Ah hahaaa ini lah hero yang dicari..hebat menilai org, penggunaan perkataan “spesis” pun dah boleh menilai kau. Tak guna tulis panjang2..masuk blog pinkturtle iaitu blog pembangkang dengan nick name ini aku kata pembangkang bodoh…tapi berbeza sekali komen depa berbanding kau. Begitu juga MYKMU penyokong BN,dan pemuda besut pas..komen mereka lebih berhemah jika digelar panggilan agak keras oleh pengkritik.

    “Sentimen penyokong blog terhadap pengkritik blog” nampaknya berjaya mendapat responden hero.. thank

    ramai juga penulis blog penyokong UMNO yang tak beri salam..ini juga boleh menilai sentimen.

  23. Putera81

    Assalamualaikum,

    Brader HeRaNLaH, tak terlintas di hati aku nak berlagak hero, jauh sekali menegakkan benang yang basah..salah tetap salah..tapi membetulkan fahaman & pemikiran hang kepada sumbangan & usaha yang dibuat oleh kerajaan..bukan hanya mengais-ngais mencari kesalahan..gunalah akal fikiran yang diberikan..jangan beraja di mata bersultan di hati..

    Brader HeRaNLaH, tak bolehkan kalau setiap kebaikan yang hang nikmati didahului dengan ucapan terima kasih dan Alhamdulillah..daripada terus menerus meminta-minta itu dan ini..amat memalukan bila asyik mendesak itu dan ini sedangkan ada orang yang lebih kurang bernasib baik..sebab itu Islam menganjurkan kita melihat pada yang di bawah..supaya kita lebih kenal erti bersyukur..kalau di Malaysia ini harga minyak semasa RM2.00 seliter, bandingkanlah dengan negara2 lain yang terpaksa menanggung harga minyak yang lebih mahal..atau tengoklah negara yang harga minyaknya murah tetapi terpaksa menanggung kadar inflasi tinggi..

    Dan sepanjang pemerhatian aku, aku rasa tak payahlah kalau hang nak menidakkan sokongan hang kepada pembangkang..dengan kata lain, tak payahlah nak mengaku hang nie penyokong atas pagar..kalau asyik hinggut atas pagar pun lama2 pagar boleh rebah jugak..

    Lagipun, brader HeRaNLaH..kalau hang demand sesuatu yang lebih berhemah, maknanya hang perlu berhemah terlebih dahulu..gain people’s respect by respect other people..kalau hang sendiri kurang budi bahasa, masuk rumah orang main terjah tak buka kasut, tak kan hang nak harapkan tuan rumah masak nasik beriyani pulak nak hidang kat hang..tapi xtaulah kalau Mamak Haji sanggup bagi menu mcm tu kat kedai dia nanti..

    “Kalau burung enggang tak suka burung pipit terbang sama, lama2 burung enggang jugak yang mati kelaparan” dan “kalau pelepah bawah jatuh, pelepah atas janganlah ketawa”..itu pesan Hang Tuah kepada Patih Kerma Wijaya..kalau pesan AbgTuah aku tak tahulah..

    Jadi, memandangkan komen2 hang banyak yang tersasar dari topik yang dibincangkan..dan untuk kembali ke landasan sebenar..aku rasa ada eloknya hang sama2 memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah minyak dsbnya daripada tak henti2 memprovokasi dan melancarkan sentimen ntahapahapantah tu..muhasabah diri dan berentilah merungut itu dan ini, lebih2 lagi kepada tangan yang menjaga & memberi kita makan..rezeki itu ditentukan Allah..dan minyak itu kurniaan Allah..Dia berhak nak menambahkan @ mengurangkan minyak..pada bila2 masa..dan manusia sebagai khalifah hanya mampu mentadbir & menguruskan sumber itu menggunakan akal fikiran kurniaan Ilahi..dan semua manusia ada kekurangan & kelebihan..mungkin ini kekurangan UMNO dan BN..tapi mungkin juga kelebihan UMNO & BN..Wassalam

  24. Kuntakinte

    Salam, ish…ish….ish… sdr Putera81, jangan banyak sangat keluar ilmu pada orang yang tak mahu terima ilmu bro!!! buat rugi letrik je.

  25. HeRaNLaH

    Nampaknya kau dah silap orang…tak de satu pun komen aku diblog ini mempertikaikan harga minyak…dan tidak berterima kasih tentang penurunan harga minyak…aku cuma menegur kritikan terhadap kerajaan oleh komentar akan dihentam oleh penyokong blog…bertarikh 20Nov08..kemudian akau turut dihentam…so what..or why. Itu je..jangan timbul isu tuan rumah atau masuk blog tuan rumah…jika nak lihat UMno berjaya bersedia terima kritikan dan perkara baik dilakukan UMNo sudah menjadi sejarah dan kebaikan masa kini menentu sejarah UMNO akan datang…so kriktikan perlu berterusan agar mengelak terpesong…tu lah aku kata jangan cepat hentam pengkritik jika mengkritik kerajaan.

  26. HeRaNLaH

    Assalamualaikum…
    Memohon maaf kepada komentar blog ini..kerana aku berundur…dan semua ini hanyalah tentatif kajian…memohon izin jika ada sebahagian menjadi responden.

    Waasalam….thanks semua.

  27. Putera81

    Assalamualaikum

    Bro Kuntakinte..bila diamati memang betul..buang letrik jer..tapi rasa sayang kepada UMNO tu mengatasi segala2nya..apatah lagi lepas kerajaan bagi percuma bil letrik untuk penggunaan bawah RM20 sebulan..hehe ok lah, memandangkan sedara kita tu nak mengundurkan diri so kawan pun malas nak komen panjang..kalau empunya diri tak boleh nak dibentuk lagi, so tak guna kita berpenat lelah ye tak..

    p/s: Mentari muncul lagi..UMNO kekal di hati..Wassalam

  28. kuntakinte

    Salam, ai…sdr heran jgn lah merajuk bro, ketahanam mental dan fizikal perlu dalam dunia cyber ni, teruskan komen sdr, kita masing2 mempunyai idea dan pandangan tersendiri, pro dan kontra menjadi adat, Sdr. Putera bertanggungjawab memberi respond dari komen sdr dan mempertahankan perkara yang benar dan realiti adalah pegangan sdr. Putera, komen sdr semua sahabat moderator hormati sebab itu respond diberi dari sahabat2.

    alah…alah…cayang…jangan lah merajuk…ti..ti..tu..tu…

  29. Salam HeRaNLah,

    Mamak sentiasa baca komen hang dengan teliti dan tanpa sebarang emosional.Kerana Mamak percaya setiap orang ada pendapat masing-masing.Kerana ini adalah kebebasan yang kita nikmati sebagai Manusia.Pro dan kontra memang ada dalam pendapat tetapi seperti Mat Saleh kata”If we do not believe in freedom of expression for those despise us ,we do not believe in freedom of speech at all” dan “The aim of an argument should not be the victory ,but progress of changing things”.”May be I disapprove of what you say,but I will defend to the death you’re right to say it”.

    Walau macam mana Mamak secara peribadi minta maaf sekirnya mamak pernah gunakan kata-kata kesat yang melukakan hati kamu.Anggaplah ia sebagai senda-guraun dalam Alam maya ini.Wassalam.

  30. Salam sedara Heranlah,

    Terima kasih kerana berlaku jujur dalam komen sedara. Walaubagaimanapun kita harus sedar bahawa tidak semua manusia itu sempurna sifat dan perlakuannya. Bagi kami di sini, kalau orang masuk dengan kata-kata baik dan berbudi bahasa kami semua segan hendak berkara tidak elok. Begitulah juga sebaliknya.

    Diharap sedara tidak menganggap semua ini sebagai serangan peribadi belaka. Apa yang ada hanyalah komen dan paparan di atas skrin sahaja, tidak memudaratkan dan tidak mengancam kehidupan kita walau sedikit pun. Janganlah disimpan rasa sakitnya dalam hati. Kami semua juga pernah mengalami perkara yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s