Mukhriz nak jadi Ketua Pemuda sahaja….

Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tetap dengan pendiriannya untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya diberi mandat sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Sebelum ini saya telah umumkan kalau boleh saya tidak berminat memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya diberi mandat untuk menjadi Ketua Pemuda Umno sebab kerja politik kita dalam tempoh waktu empat tahun menjelang pilihan raya umum ke-13 ini penting dan saya tidak mahu dialih perhatian dengan tugastugas rasmi kerajaan daripada tugas yang saya ingat jauh lebih penting pada masa ini iaitu tanggungjawab untuk meyakinkan semula rakyat terhadap parti kerajaan,” katanya.

“Saya kira walaupun saya anggota Parlimen dan biasanya jawatan penting dalam kerajaan dipilih dari kalangan anggota Parlimen saya rasa biar dulu lah kot,” katanya dalam sidang akhbar sempena taklimat Anugerah Francais Malaysia 2008 di sini semalam.

Mukriz ialah Pengerusi Persatuan Francais Malaysia.

Mengulas amalan rasuah, Mukhriz berkata, proses pemilihan parti sepatutnya memberi kekuatan kepada parti.

“Kalau ada amalanamalan dalam proses pemilihan ini yang sebenarnya melemahkan parti, ini akan menambahkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap Umno, katanya.

Beliau berkata, Umno mesti mengambil satu tindakan yang meyakinkan semula rakyat kepada parti iaitu dengan melakukan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan yang sepatutnya. BERNAMA

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Mukhriz nak jadi Ketua Pemuda sahaja….

  1. gekko112

    Yeke…. bukan sebab nak jaga business?

  2. Sultan Mahmood

    Kencing lah mukhriz ini, dia lah perasuah. Hipokrit.

  3. Kuntakinte

    Salam, jangan anak mike kencing kubur mike udah, negara hancur sebab ada rakyat perangai buruk macam sedara, semua orang terutama UMNO dituduh dan di kutuk perasuah, bukti takada kalau bercakap akan menjadi fitnah, fitnah lagi buruk dari membunuh. dosa dengan manusia selagi tak minta ampun dgn si Mukriz tu tak cium bau syurga. teman ingat kan je, nak dengar kalau tak nak dengar lu tanggung lah sendiri.

    Teman nasihat mike tinggal wasiat pada anak2 bila bapak mati nanti jangan sapa2 kecing atas kubur bapak.

    p/s kisah Raja Mangkat di junjung, tapi si mamat ni Sultan mangkat di kencing.

  4. ikankecil

    salam…..

    yg kome2 ni sakit beno atinye ngan mukhriz ni ngape???

    ape yg die wat smpai kome sume ni sakit ati….

    kome tau ke die ni rasuah ke hipokrit ke????jgn ckp je tp xde bukti yg kukuh…dulu ustaz skolah ikan ade aja kalau nk ckp sesuatu ttg orang len kne ade bukti yg kukuh kalau kite masih ragu2 jgn ckp sbb kalau bende 2 salah t jd fitnah plak….fitnah 2 dosenye lbey besar dri kesalahan membnuh tau…ikan bkn berniat nk mengajar atau ape tp kite sbagai umat islam da jd tanggungjwb ikan nk mengingatkan sesama umat..ayah ikan slaloo pesan ttg tanggungjwb..so nilah tnggungjwb ikan pd bangsa,agama ikan..jgn tau menuding jari kt orang len…egat ble 1 jari menuding jari kt orang len ade 4 lagi yg tuding kt diri kite tau……kalau ikan trslah harap bimbing la ikan ye……insyaalah….

    ikankecil berenang bebas…
    wasalam….

  5. Putera81

    Assalamualaikum

    Kesinambungan kepada apa yang diperkatakan oleh bro Kuntakinte & ikankecil..kalau setakat mendengar, tak payahlah dihamun anak mantan PM tu..sekurang2nya dia gentleman..berani menyahut cabaran..kawasan Parlimen dia tu pun bukan calang2..tapi dia berjaya meyakinkan pengundi2..itu menunjukkan yang dia juga berbakat..

    Tak payahlah hangpa yang anti sangat dengan dia nak jadi talam dua muka..masa sekarang nie hangpa cerca & fitnah dia..nanti masa dia berjaya, hangpa jugaklah yang melutut memuja2..kalau tak tahu sumbangan & kebolehan YB Mukhriz, banyak2 la bertanya..buat rujukan & membaca supaya bertambah ilmu di dada tu..sebab ilmu itu kan pelita hidup..

    Menjadi buta sebelum ditakdirkan amatlah menyedihkan..buta mata boleh diubat..kalau buta hati Al Quran lah jawabnya..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s