Shahrizat Lawan Rafidah – malaysiakini

PETALING JAYA: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan bertanding mencabar ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Dalam reaksi segera beberapa ketua Umno Wanita bahagian menyatakan sokongan ke atas keputusan Shahrizat itu.

Terdahulu, Shahrizat, bekas anggota Kabinet dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, melalui kenyataan dua perenggan mengesahkan beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu.

“Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Rafidah ketika diminta mengulas tentang keputusan Shahrizat itu memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan esok.

“Kenyataan saya esok,” katanya menerusi jawapan SMS yang dikirim kepada mStar Online.

Keputusan beliau itu sekali gus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat Jun depan.

Denagan keputusan itu juga bermakna Shahrizat akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan beliau bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.

Dalam pada itu, pengumuman Shahrizat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno mendapat sokongan terbuka daripada beberapa ketua wanita bahagian.

Di JOHOR BAHARU, timbalan ketua wanita Johor Senator Sharifah Azizah Syed Zain berkata kirakira 80 peratus daripada 26 ketua wanita Umno bahagian di negeri itu menyokong pendirian Shahrizat.

“Percayalah ada ramai ketua wanita Umno bahagian di Johor yang hanya kulitnya Tan Sri Rafidah Aziz, tetapi isinya lebih daripada 80 peratus menyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,” kata ketua wanita bahagian Kluang itu.

Di IPOH, anggota exco wanita Umno Datuk Khamsiyah Yeop berkata keputusan Shahrizat untuk bertanding jawatan nombor satu pergerakan itu adalah tepat dan mengikut kehendak akar umbi.

Beliau berkata bagaimanapun, anggota wanita masih menaruh harapan agar Rafidah membuat keputusan mempercepatkan peralihan kuasa itu dari Jun ke Mac depan agar jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

“Kami masih menaruh harapan supaya (Tan Sri) Rafidah membuat keputusan terbaik, itu lebih cantik kerana selama ini suasana politik Wanita disanjung oleh semua sayap parti kerana memberi satu contoh terbaik dengan mencapai keputusan yang kolektif,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jika Rafidah bersetuju dengan permintaan akar umbi supaya peralihan itu dipercepat, segala pertikaian dan masalah akan selesai.

Naib Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata walaupun Shahrizat mengumumkan untuk bertanding, anggota akar umbi sangat berharap pertandingan bagi jawatan tertinggi sayap parti itu tidak berlaku.

Beliau berkata, pada dasarnya semua anggota wanita bersetuju peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat dilakukan, cuma mahu ia disegerakan.

“Wanita Umno Perak sebenarnya sangat sayang dan hormat kepada Rafidah. Beliau memang mahu menyerahkan kepada Shahrizat.

“Jadi, kami hanya mahu beliau pertimbangkan semula (supaya dipercepatkan). Kami merayu supaya beliau memikirkan perasaan orang lain (akar umbi),” katanya.

Di ALOR STAR, 12 daripada 15 Ketua wanita Umno bahagian di Kedah berikrar menyokong Shahrizat merebut jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti akan datang.

Ketua Penerangan Wanita Umno Kedah, Noorhasnita Mat Isa berkata, ketua wanita Umno bahagian yang menyokong Shahrizat ialah dari Padang Terap, Kuala Kedah, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Merbok, Sungai Petani, Jerlun, Baling, Langkawi, Sik, Padang Serai dan Pendang.

“Hanya Wanita bahagian Jerai, Pokok Sena dan Alor Star belum membuat keputusan mereka,” katanya.

Noorhasnita, yang juga ketua wanita bahagian Kuala Kedah berkata kenyataan ketua wanita Umno Kedah Datin Salmah Mat Isa kononnya semua wanita Umno di Kedah sebulat suara menyokong Rafidah sebenarnya pendapat peribadi beliau sahaja.

Beliau berkata ketuaketua wanita Umno di negeri ini tidak pernah diajak berbincang dan mereka terkejut dengan kenyataan Salmah itu.

Noorhasnita berkata walaupun beberapa wanita Umno bahagian memberi pencalonan kepada Rafidah, mereka kini beralih menyokong Sharizat berdasarkan tiga alasan utama.

Antara alasan itu ialah sudah tiba masanya Rafidah melepaskan jawatan kerana telah terlalu lama memegangnya dan peralihan kuasa selama tiga bulan selepas pemilihan Umno dilihat tidak releven, katanya.

Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.

Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno pada minggu lalu mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.

Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.

Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan.

Sebilangan Wanita bahagian juga mula bersuara menolak peralihan kuasa tersebut dan menyifatkan ia bukan kehendak akar umbi.

Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73.

Sementara bagi jawatan Naib Ketua pula, Shahrizat menerima 113 pencalonan dan Kamilia 54 pencalonan.

Rafidah telah menerajui Wanita Umno selama 20 tahun sejak 1984 kecuali untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada pemilihan 1993.

Bagaimanapun, beliau memenangi semula jawatan itu daripada Dr Siti Zaharah pada pemilihan 1996. – mstar

nota: Eloklah kalau Datuk Seri Shahrizat (DSS). Dah cukup kuota pencalonan pun. Apa nak kisah kalau kalah. Yang memang wanita UMNO yang kalah pun wanita UMNO. Yang penting ialah bila kita cukup kuota pencalonan, itu tanda kita ada sokongan. Biarpun yang menyokong datang dari bahagian sendiri. Teruskan perjuangan, menang kalah itu cerita lain.

Advertisements

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Shahrizat Lawan Rafidah – malaysiakini

  1. Salam,
    Syabas pada ketua-ketua bahagian wanita Umno yang sedang memperbetulkan diri dan membaiki sistem UMNO sendiri dengan mendengar rintihan ahli akar umbi!.Pemimpin yang tak betul dan kurang kesan perlu sanggah!.Yang beruntung dan seronok adalah calon timbalan ketua wanita kemungkinan menang tanpa bertanding.Bagi yang bertanding untuk Ketua, biarlah orang kata setiap pemilihan memang ada pertengkaran tapi bukan bermakna yang menang itu semesti telah menang dalam pertengkaran tetapi pertengkaran seperti ini membawa kebaikan pada parti dan ahli-ahli keseluruhannya.Yang menang janganlah takbur diri; yang kalah pula jangan menyisihkan diri.Mamak rasa pengorbanan Datuk Rafidah aziz telah terlalu banyak untuk UMNO dan Negara.Beliau disegani di arena perdagangan dunia sebagai Menteri perdagangan yang terbaik didunia yang pernah negara ini hasilkan.Berilah peluang pada generasi baru dan bimbinglah mereka supaya negara ini kelak mempunyai wanita-wanita Melayu yang tersohor di Dunia!.Wassalam.

  2. tubir

    Salam
    apa nak jadi dengan orang yang dikatakan pemimpin didalam umno .semua mementingkan diri ,mencari kekayaan sendiri dengan bertopingkan memperjuangkan nasib bagsa.nyata lagi bersuluh kenapa semenjak ahir akhir ini banyak orang melayu sendiri sudah hilang kepercayaan kepada umno itu sendiri.Orang melayu akan hanyut kerana dengan angkara pemimpin yang durjana.

  3. syed ali

    Elok lah manusia yang sama-sama gila pangkat dan kuasa serta berjuang untuk perut sendiri ini bertanding…pertandingan ini jelas akan membuka pekung didada wanita umno itu sendiri…pekung yang busuk dengan hipokrit untuk mebela martabat wanita…sama-sama lah kita saksikan pertandingan yang penuh dengan taburan wang ringgit..sememangnya UMNO itu lubuk duit!!!

  4. Kuntakinte

    Salam, yang busuk tu ada kala nya kita minat untuk cium, yang busuk tulah yang kita hidup sampai boroi perut, yang busuk tulah anak bini mak bapak hidup tak perlu nak minta sedekah, takl perlu jadi pelarian, tak perlu nak ikat perut, yang busuk tu lah anak2 termasuk kita sendiri kerja besar, duduk rumah batu, pakai motor kereta, yang busuk tulah anak2 belajar hinga ke IPTS/IPTA, dalam dan luar negara.

    yang busuk tu lah kita dapat beramal ibadat, tidak kufur nikmat, tahu bersyukur, tak lupa diri, tahu di untong, yang busuk tulah kita tahu guna internet dan ada internet, yang busuk tulah handphone dari anak sampai ke cucu boleh pakai seorang dua.

    Hanya orang yang hati busuk akan menganggap orang lain sama macam kita, sebab otak busuk lah yang kita anggap orang lain sama berotak busuk macam kita, sebab perut busuk makan benda yang tak bersykur kita anggap orang lain perut busuk macam kita, yang mulut busuk lah akan anggap orang lain mulut busuk macam kita.

    Bersyukur yeop baru Allah S.W.T rahmati hidup kita.

    Wassalam.

  5. ikankecil

    salam….

    sbb mkn benda x penah bersyukur 2 la kentot pown busuk……..

    hahahahhaahhaahah

    ikankecil berenang bebas….

    wasalam…

  6. suara de kota

    Hairan kita!.

    Memanjangkan komen kuntakinte, kenapalah orang kita ‘Melayu’ macam Syed Ali tergamak mengecap pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah lama menabur bakti…

    Banyak lagi…hal-hal yang busuk dilakukan oleh bukan Melayu… Tak ada siapa pun nak cari kebenarannya?. Sebusuk-nusuk UMNO yang dikatakan…sudah ramai Melayu yang sudah berjaya!!!. Ramai!… antaranya pemimpin-permimpin PR… contoh yang dekat, orang PAS Perak… Menteri Besar Nye!… Apa yang tidak ditolong oleh Kerajaan (UMNO & Barisan Nasional). Busuklah kita ni… kerana perebutan jawatan Ketua Wanita Syed Ali kata…membuka pekung didada wanita umno itu sendiri, busuk dengan hipokrit untuk membela martabat wanita…

    Kita sedang menyaksikan kerakusan… pimpinan empat kerajaan Negeri, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

  7. Kuntakinte

    Salam, Sdr. suara de kota, benar kata sdr mengenai kemewahan yang di perolihi oleh pemimpin pembangkang, teman baru keluar minum dengan partner berniaga MB Perak DS Nizar, sekarang ni dah keluar syarikat ganti nama adik dalam syarikat maintainance lif sebab Nizar dah jadi MB, nanti orang report susah pulak, partner dia ni teman tak perlu sebut nama, pakainya E240, kaya raya macam Nizar jugak hasilnya dari kontrak2 kerajaan, banyak kerja2 yang specialist nya si NIzar salah seorang anak melayu mendapat pengiktirafan selaku Jurutera yang mendapat pendidikan hingga ke peringkat itu atas hasil siapa, perjuangan UMNO dan atas kebaikan Kerajaan BN, betul dan sah lah apabila Tajol Rosli bangkitkan dalam Dewan Undangan negeri membetulkan fakta apabila Nizar kata Kerajaan BN tak pernah tolong pembangkang dalam bisness, itu seorang bagaimana pulak dengan si An War, Khalid Ibrahim, Hasan Ali, Azuwan Ali, Saifuddin nasution dan pemimpin pembangkang yang lain yang bolih dikatakan dalam kategori kaya dan mendapat manafaat.

    Apapun kita kena lah melihat dari sudut yang lebih luas, keseluruhan taraf kehidupan kita dalam apa sudut pun kehidupan kita lebih baik berbanding dgn saudara2 kita di Indon, Thai, Afrika, Afghanisatan, Kenya, Somalia, Palestin dan lain2 tempat yang banyak berlaku kesusahan hidup, kita kena ingat “kemiskinan itu membawa kepada kekufuran”. sebab itu di tuntut untuk kita bersyukur diatas semua yang berlaku di dunia yang fana ini atas kehendakNYA jua, disini kita di nilai dan di hitung.

    Setiap Parti berpolitik semata2 untuk mendapat sokongan, untuk dapat sokongan pihak yang berpolitik akan memburuk sesuatu kumpulan yang lain agar dapat mempengaruhi minda rakyat, satu pihak lagi berpolitik tetapi melakukan kerja2 untuk Negara dan Rakyat semata2 untuk mendapat sokongan, perbezaan 2 kumpulan yang berpolitik yang satu bercakap mencari buruk kerja kosong, yang satu lagi berpolitik membuat kerja dan berjasa membangun kan negara dan rakyat, mana yang perlu kita pilih, disini rakyat kena bijak memikir dan menilai agar kufur nikmat tidak berlaku dari tindakan kita akhirnya Allah menilai kita dan pahala dan dosa kita jua yang tanggung, sebab itu Islam menuntut kita taat kepada ulil amri, selagi dia membawa kepada kebaikan umat, luas pengertiannya kepada kita.

  8. Putera81

    Assalamualaikum

    Bro kuntakinte..dah sah2 si Nizar tu produk DEB..berjaya kerana bantuan kerajaan di kala keluarganya memerlukan bantuan..dapat segala projek2 hanya kerana dia adalah Melayu & berstatus Bumiputera..diberi segala keistimewaan..tapi dasar gunting dalam lipatan..harapkan telunjuk, telunjuk menjolok mata..sia2 segala bantuan yang diberikan..tak dipandang langsung segala sumbangan..kalau ada kekurangan kerajaan, apa salahnya golongan intelektual seperti beliau pakat2 betulkan..daripada berubah haluan..macam kera di hutan yang puas disusukan, sampai anak orang mati kelaparan..

    Memang Putera panas hati bila membicarakan tentang si Nizar nie..sebab keluarganya semua sedar akan sumbangan kerajaan selama nie..alih2 dia seorang yang tertukar kapal..mungkin taksubkan kekayaan & gelaran..

    Apa pun, sekurang2nya kerajaan pimpinan UMNo & BN terus tidak berputus asa dalam membantu anak2 muda terus berilmu dan berjaya..mungkin masa yang akan membuktikan segala2nya..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s