PKR Pun ‘kena’ Demam Peralihan Kuasa – Malaysiakini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bercadang mengadakan peralihan kuasa antara penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres nasional tahunannya Sabtu ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berkata, perkara itu tidak timbul meskipun Dr Wan Azizah telah melepaskan jawatannya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar, untuk bertanding.

“Cadangan itu tidak ada sama sekali dalam kongres nasional kita nanti. Kenapa nak tukar pula? Dia (Dr Wan Azizah) adalah orang yang sesuai untuk mengendalikan parti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini ketika diminta mengulas desas desus kononnya ada cadangan untuk peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin itu pada kongres parti kali ini.

Pemilihan parti akan hanya berlangsung pada tahun 2010.

Sementara itu, Salehuddin berkata secara peribadi beliau bersetuju dengan usul Wanita parti itu yang mahukan manamana Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dengan skandal seks dan rasuah meletak jawatan.

“Pada dasarnya ia baik tetapi perlulah dibuktikan dahulu yang mereka ini bersalah. Tak boleh letak jawatan begitu sahaja,” katanya.

Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak PKR Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi kini menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh berhubung projek pembangunan di Seri Iskandar yang bernilai RM180 juta.

Selain itu, Anwar juga sedang menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lepas.

Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor pada 29 dan 30 November ini, akan disertai 1,900 perwakilan daripada 180 bahagian di seluruh negara.

Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR akan mengadakan kongres nasional tahunan masing-masing pada 28 November juga di Shah Alam. BERNAMA

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “PKR Pun ‘kena’ Demam Peralihan Kuasa – Malaysiakini

  1. Salam,

    Parti PKR ini guna sistem authoritan..kuku besi ..semua kena ikut telunjuk bang nuar kita!.Tempat pelarian yang tak ada tempat berteduh.Politik Malaysia bukan macam politik Amerika.Pemikiran rakyat lebih liberal.Cuma pemimpin saja pemikiran liberal tak ada hasilnya macam Jack Zaid kita.Rakyat perlu masa untuk sesuaikan diri.Bang Nuar lebih memahami keadaan ini.Dia tahu keadaan senorio politik negara lebih dari orang lain.Buanglah sikap bawa diri itu gabunglah dengan UMNO untuk majukan masyarakat Melayu ini.Wassalam.

    P/S:
    Maka semangat moderator dah kembali…seronok mamak tengok!.Macam itulah Jatuh bukanya untuk meniarap tapi bangun dan berdiri lagi kuat.Kalah menang itu adat dalam pertandingan.Ramai kalah tapi akhirnya berjaya.

  2. Salam,

    Memang dalam speech dia yang dulu pun, ayat power dia yang paling popular adalah ‘Kalau Saya’.
    Bermakna segala perancangan dan keputusan berada di bawah telunjuk dia.

    PKR sebenarnya tidak suka berkongsi kuasa. Amat malang jika ada penyokong PAS beranggapan PKR akan memakbulkan impian mereka menjadikan Islam sebagai dasar kepada pentadbiran negara. Pada masa yang sama pula penyokong DAP beranggapan PKR bersetuju nak menjadikan Malaysia ini sebuah negara Islam sekular.

    Bayangkanlah, PKR ajar DAP pijak kepala PAS, lepas itu ajar pula PAS pijak kepala DAP. Minta-mintalah mereka semua tu semput sebelum sempat menjejak kaki ke PRU13 kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s