BN-Pakatan Rakyat sepakat kutuk Zionis — malaysiakini

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Dr. Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) bagi menangguhkan sidang Parlimen agar membincangkan mengenai keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan.

Bagaimanapun keputusan penolakan tersebut mendapat bantahan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat yang beranggapan bahawa Parlimen Malaysia perlu membuat satu ketetapan dan pendirian terhadap tindakan kejam rejim Zionis itu.

Ronald memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bangun dan meminta Speaker mempertimbangkan semula keputusan beliau itu kerana ia melibatkan kepentingan oarng awam yang dianiaya.

“Saya merayu usul yang sebaik ini perlu dibahaskan kerana melibatkan kepentingan orang awam di Gaza, mereka kebuluran atas kekejaman Zionis.

“Biarlah Parlimen Malaysia melahirkan satu keputusan bagi mengutuk kekejaman ini,” katanya.

Selepas itu Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) bangun bagi menyokong usul yang dibawa itu.

“Saya mewakili rakan-rakan di sebelah sini menyokong penuh usul ini untuk dibincangkan dan dibahaskan.

“Jika hanya dibuat (bantahan) oleh Wisma Putra sahaja itu tak berapa serius, kita mahu Parlimen Malaysia menjadi medan untuk menyatakan (pendirian) bahawa kita tak mengenal parti politik sama ada di sebelah sana (kerajaan) atau sebelah sini (pembangkang),” katanya.

Bagaimanapun Ronald menjelaskan bahawa ahli Dewan masih berpeluang untuk membahaskan mengenai perkara ini apabila tibanya giliran perbahasan bagi Kementerian Luar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) turut memohon pertimbangan semula bagi membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

“Pada hemat saya ini adalah kesempatan yang cukup baik menunjukkan ada isu-isu penting yang boleh diputuskan bersama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

“Kita faham Kementerian Luar telah nyatakan pendirian, tapi bezanya ia bukan lagi sikap atau pendirian satu kementerian jika ia melibatkan Parlimen yang didokong oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Tambah beliau pendirian yang dinyatakan oleh kementerian dan Parlimen adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai impak yang berlainan.

Bagaimanapun Ronald berkata keputusan beliau itu adalah muktamad setelah meneliti bahawa tindakan Kementerian Luar adalah cukup memadai bagi mewakili kerajaan Malaysia yang sensitif dengan isu kekejaman yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada 21 November lalu menyatakan bahawa Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar bertindak bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Malaysia juga mendesak Majlis Keselamatan PBB mengetepikan perbezaan politik dan ideologi di atas nama perikemanusiaan dan menyelamatkan penduduk Gaza terutama kaum wanita dan kanak-kanak daripada tindakan agresif rejim Zionis.

nota: Baguslah kalau dah mula tunjukkan sifat kesepakatan….isu global harus diberi pertimbangan apatah lagi ia melibatkan nyawa orang yang tak berdosa…

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “BN-Pakatan Rakyat sepakat kutuk Zionis — malaysiakini

  1. Salam,

    Pakatan Rakyat yang dimaksudkan itu termasuk DAP ke? Satu lagi, kalau DSAI sokong usul ni, sahabat baik dia wolfowitz tu tak terasa hati ke?

    Dalam sandiwara politik ini, kita tahu siapa yang jujur dan lantang menentang Regim Zionis yang sebenarnya. Tidak perlu bermuka-muka untuk mendapatkan perhatian rakyat.

  2. Putera81

    Assalamualaikum

    Haha..tergelak Putera baca komen Apai..betul tu..nanti kecik hati pulak si Wolf tu..susah pulak dana nak masuk..rasanya bila Sdr Nasharudin bagitau mewakili perasaan “sebelah sini” tu sebenarnya merujuk kepada PAS saja kot..sebab bukan semua yang diperkatakan PAS dipersetujui PKR & bukan semua kata PKR diterima PAS..kalau nak harap DAP tu rasanya depa tak peduli apa kot..selagi depa kenyang makan dan memegang tampuk pemerintahan depa xkan kisah apa yang jadi pada org lain..apatah lagi kaalu yang terlibat tu adalah urusan umat Islam..Wassalam

  3. Salam,

    Tentang kutuk rejim zionis ini, mamak dari kecil hingga ke tua ini tak henti-henti dengak!.Bagi Yahudi, kutukan macam ini macam senda-gurau gaknya!.Amerika pulak tumpang ketawa terbahak-bahak.Negara -negara Islam di dunia ini hanya mampu buat itu je!.Kat Negara Islam yang kutuk dengan tindakan Yahudi ini …nak beli helikoptar pun gaduh kat Parlimen…sampai tak jadi!.Nak buat sendiri lagi pulak tak setuju!.Dulu bukak kilang nak buat kereta pun payah..kata ini kata itu!.Takat kutuk itu senang tapi nak bantu yang payah!.Kalau kita tak kuat macam itulah asyik kena buli!.Kita ini cakep bukan serupa bikin.

    Apa yang penduduk Palastine kena buat ….tepuk dada tanya selera?.Hanya harapkan dunia Islam bantu depa…tak tahulah bila?.Liga Arab …..lagi hapraak!.Hanya sesuai daftarkan diri dalam Liga Bola Sepak England itu pun belum tentu dapat division tiga!!!!.Ya..Allah engkau sajalah bantu saudara-saudara Islam ku di negara Palastine….Amiin.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s