PAS ‘bongkak’, kata DAP – malaysiakini

PAS dianggap “bongkak dan sukar bekerjasama” apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

“Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat,” katanya.

“Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya booleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran.”Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.

Beliau menambah, dengan bantahannya ini, tidak bermakna DAP menggalakkan peminuman alkohol tetapi larangan meluas bahan itu boleh dianggap melanggar hak sejumlah warga Selangor.

“Kami berharap kepemimpinan PAS negeri sudi mendengar pendapat-pendapat yang lebih wajar, bukan hanya daripada rakan-rakan gabungan (Pakatan) tetapi juga daripada dalam parti (PAS) itu sendiri yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut,” kata Tony dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa PAS segera memahami kerumitan kerajaan campuran Pakatan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang jauh berbeza daripada Barisan Nasional yang menyaksikan Umno menundukkan rakan-rakan gabungannya.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “PAS ‘bongkak’, kata DAP – malaysiakini

  1. Putera81

    Assalamualaikum

    Masa sayang kentut pun wangi..bila dah menikah mula la kurang itu dan ini..kalau kahwin kontrak cenggini la..asalkan niat tercapai, apa nak jadi belakang kira la..sekarang baru depa tau bukan senang kalau kahwin campur nie..perbezaan pendapat, budaya dan amalan sentiasa menjadi sempadan kepada kebahagiaan yang berpanjangan..UMNO pun masa nak menikah dengan MCA & MIC pun melalui fasa2 genting tapi kebijaksanaan Almarhum Tunku & sikap toleransi Tun Sambanthan & Tun Tan Cheng Lock berjaya diwarisi oleh kepimpinan kini..jadi mungkin sejarah Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif menjadi badi kepada Pakatan Rakyat..Nak kata PR retak menanti belah nanti ada pulak yang marah..hehe Wassalam

    p/s: Teringat lagu New Boys “sejarah mungkin berulang” yang mendayu2..hehe

  2. Salam,

    Ini baru setahun pun belum…itulah takat jadi kawan nak menang pilihanraya..inilah kita dapat.Pas dengan Dap ini ideologi politik yang berbedza sekali…seperti langit dengan bumi.Tiada alasan yang kukuh dalam penyatuan..cuma setiap kali mereka muncul untuk memenangi pilihanraya.Dap nak undi Melayu dan Yang Pas pulak nak undi Cina…Rakyat ini satu lagi macam masuk skim cepat kaya…akibatnya yang susah rakyat.Pakatan perlu ingat ‘Rakyat memilih kamu semua bukan untuk kamu gaduh..tapi membawa satu kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang lepas.Kerajaan federal sentiasa menghormati pilihan rakyat dalam sistem demokrasi pilihanraya.

    Pakatan rakyat perlu menunjukan prestasi yang terbaik dalam masa empat tahun untuk terus memerintah kerajaan negeri yang mereka memenangi.Kadangkala Mamak ketawa dengan sikap Pakatan Rakyat yang selama setahun mengetuai kerajaan Negeri cuma seringkali menyalahkan pimpinan kerajaan yang lepas dengan macam-macam cara..terutamanya di penang ini.Mencari kesalahan orang memang perkara yang mudah tapi membuat lebih elok dari orang lain payah!.Mamak rasa Pemimpin DAP di Penang ini perlu berubah dari pemikiran pembangkang yang kusut itu berfikir untuk majukan negeri ini lebih baik dalam tiga tahun akan datang!.Lupakan anda semua ini pembangkang..hormatilah rakyat yang memileh anda semua yang inginkan kemajuan yang lebih baik dari dulu.Takat nak bela babi,haramkan itu dan ini,kutuk pemimpin federal,mencari kesalahan kerajaan lampau itu kalau letakan murid sekolah menengah pun boleh buat.Jadilah pemimpin yang baik dan perihatin terhadap rakyat..bawa kemakmuran inilah yang perlukan rakyat yang sia-sia mengundi Pakatan rakyat..kalau tak boleh memimpin dan mengurus negeri macam mana nak mengurus negara.Lupakanlah hasrat untuk memimpin negara abang nuar tumpukan pada Pakatan rakyat lebih manfaat untuk rakyat.Takat nak perbendaharaan negara ditangan anda lebih menghancurkan negara.Takat rakyat yang nak lepaskan geram pada BN pada PR12 telah mengundang keadaan yang lebih buruk untuk negara kita.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s