Saiful muncul utk tepis tohmahan – malaysiakini

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) esok pada jam 11 pagi.

Hal ini diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga Saiful ketika dihubungi mStar Online, petang tadi.

Menurut sumber itu, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit.

Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI esok mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

“Saiful perlu hadir di JAWI esok. Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu. – mstar

Advertisement

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Saiful muncul utk tepis tohmahan – malaysiakini

  1. Putera81

    Assalamualaikum,

    Pendapat Putera bagus jugak si sepol nie tunjukkan kesungguhan dia mempertahankan keaslian sumpah dia tu..sebab kalau dia mcm chipsmore kejap ada kejap hilang nanti mcm2 spekulasi timbul..terbaru dia tengah menderita dimakan sumpah..jadi bagi mempertahankan pendirian yang dia di pihak benar, rasanya sudah tiba masanya si sepol kembali ke khalayak ramai dan menjalani hidup seperti biasa..

    Putera juga rasa rakyat Malaysia cukup adil dan tidak akan mengapa2kan si sepol nie..rasanya xla sampai ke tahap JFK kena tembak..hehe jadi kalau betul si sepol akan muncul utk bagi keterangan, Alhamdulillah dan Putera puji kesungguhan itu..bukan kerana dia merupakan racun bagi DSAI tapi lebih kerana mempertahankan kredibiliti & integriti sebagai umat Islam yang berpegang kepada sumpah dan janji..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s