Tiada larangan jualan alkohol di Selangor – Anwar – malaysiakini

Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun, keputusan untuk mengenakan sebarang larangan adalah sepenuhnya dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan exco negeri, katanya kepada pemberita di Parlimen.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata dasar membataskan jualan arak bukan perkara untuk dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Perkara seumpama itu mesti dirujuk kepada kerajaan negeri dan ia akan dibincangkan di peringkat itu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Prinsip asasnya, kata beliau, ialah supaya kedai-kedai berkenaan tidak dilihat seperti menggalakkan minuman alkohol terutama di kalangan generasi muda dan orang Islam.

Tetapi, katanya, tiada sebarang cadangan daripada kerajaan Selangor untuk melarang sepenuhnya jualan alkohol di premis terbuka yang membabitkan orang bukan Islam.

Menurut Anwar lagi, beliau tidak ada sebarang masalah dengan dasar-dasar sekarang kerana fundamentalnya sudah jelas.

Exco negeri bincang

Bagaimanapun, beliau menambah, sebagai sebuah negara yang demokratik, mesti ada ruang untuk membuat cadangan dan perbincangan.

“Rakyat memberi pandangan dan maklum balas dan kita mesti mendengarnya tetapi dalam aspek dasar, tidak ada sebarang masalah,” katanya.

Menurut beliau, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan “kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol”.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini menyiarkan di muka depan laporan bahawa PAS Selangor bimbang dengan keadaan sekarang di mana minuman alkohol mudah didapati di kedai-kedai.

Dimaklumkan bahawa majlis-majlis perbandaran akan diberi tugas – selepas mendapat kelulusan majlis tersebut – untuk mengenakan larangan penjualan alkohol di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Selangor yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pemberita di Parlimen bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. –

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Tiada larangan jualan alkohol di Selangor – Anwar – malaysiakini

  1. arjuna waspada

    Negeri Selangor yang nak cadang undang undang dan peraturan penjualan arak.
    Anwar bila di lantik jadi MB Selangor ?
    Ade kah dia menjadi jurucakap kerajaan negeri Selangor ?
    Sepatut nya Guan Eng hujahlah dengan ayat keramat tu saperti yang di sebut cakap di PP dan Perak….
    Islam memang suruh kita cegah dan kurangkan perkara yang di larang.
    Maka demi ketepatan Guan Eng–sebut lah di Selangor ayat ayat keramat tu “Amal…..”
    Berani dalam rumah je ..
    Baru lah tepat protokol .
    arjuna waspada

  2. Kuntakinte

    Salam, ini yang dikatakan tidor satu bantal mimpi lain2 bantal peluk tukar2 yang nganga Paih, DAP dengan Paih bertelanggah si AN War ambil kesempatan tukar mimpi cepat2 takut puak2 DAP mengamuk, takut kan teressa dan xavier menempit marah.

    Perkara yang dah lama dilaksanakan dik Kerajaan Persekutuan melarang umat islam beli dan minum arak bukan cerita baru tapi di barukan dik puak2 pembangkang akhirnya sendiri juga yang terperangkap, apa macam PAih kenapa terkedu bila AN War kata tak haramkan…..

    P/s Drama wayang yang seronoh kita tonton..he,,he,,

  3. musim-musim

    bila orang islam dalam pr tak dapat bersuara macam nie la jadinya…
    tak sampai setahun memerintah di selangor oramg islam dan orang melayu telah dipinggirkan..
    isu diterbitkan supaya rakyat tak lupakan pr..isu mengikut musim..
    P/s musim pembohongan pakatan rakyat berterusan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s