KUPASAN YOGA DAN ISLAM

Umat Islam di serata dunia kerap kali dipesongkan daripada akidah Islam.Kita sebagai Umat Islam akhir zaman ini sentiasa perlu berwaspada dengan penganut-penganut agama lain.Agama lain secara langgsung atau pun secara halus cuba menyusup kedalam agama Islam melalui dakyah-dakya dan bi’dah-bi’dah yang boleh mengugatkan akidah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.Agama yang dibawa Nabi kesayangan Allah itu cukup dalam segala aspek kehidupan harian umat Islam sepanjang zaman.Apabila kita umat Islam sedia mengetahui amalan agama lain cuba disadurkan dalam amalan seharian kita,tetapi kita masih degil dan memberi banyak alasan untuk terus mengamalkan amalan-amalan kurafat dan cuba mengiktirafkan agama selain dari Islam.Implikasinya mula kita mengaku kewujudan tuhan mereka dan kepercayaan terhadap agama mereka.Andainya umat Islam membaca dan memahami Surah Al-Kafirun dan di dalam Al-Quran itu (surah Ali’Imran Ayat 28 dan Ayat 144 Surah Al Nissa tak perlulah ulamak-ulamak membuang masa untuk bersidang berkenaan pengharaman YOGA.Pengharaman YOGA telah diharamkan oleh Mufti Besar Negara Mesir , Ali Gomaa sejak tahun 2004 lagi.Majlis Islam Singapura (MUIS) juga mengelurkan fatwa mengharamkan YOGA untuk orang Islam Singapura.

Sebenarnya apa yang dikatakan YOGA?.Yoga adalah sebenarnya bermakna ‘Penyatuan’.Penyatuan dengan apa?.Banyak persoalan akan ditimbul dalam makna penyatuan ini.kita tinggalkan maksud penyatuan ini.Perihal YOGA ini banyak sekali dikupaskan dalam kitab-kitab suci Agama Hindu Vedas dan BhagavadGita.Orang yang amalkan YOGA ini dipanggil YOGI untuk laki-laki dan YOGINI untuk kaum perempuan.Yoga ini mempunyai beberapa peringkat seperti Raja Yoga,Karma Yoga,Jnana Yoga,Bakhti Yoga,Hatha Yoga.Tetapi yang paling popular pada bukan agama Hindu ialah Hatha Yoga dan Asanas.Hatha yoga bermaksud mengawal pernafasan dan Asanas adalah pembentukan latihan mengikut fizikal tubuh badan.

Perkembangan Tasauf Islam di Timur Tengah banyak mempengaruhi pelatih-pelatih Yoga India Muslim di India.Dalam catatan buku yoga AMritakunda (Kolam Madu) mereka telah mencantumkan Yoga Asana (Pembentukan fizikal tubuh badan) dan Yoga kawalan pernafan iaitu dipanggil ‘pranayama’. Catatan ini telah dialih bahasakan dalam bahasa Arab dan Persia oleh penganut-penganut Islam di India.Inilah kekeliruan pertama yang telah berlaku.Kekeliruan ini seperti juga adat-adat lyang lain yang tidak pernah dipraktikan oleh Rasullullah dan sahabat.Tetapi adat-adat dari kebudayaan bangsa lain masih dipraktikan oleh Melayu Nusantara sekarang.

Bagi orang Islam,Salat adalah contoh Yoga yang sempurna untuk orang Islam dari ‘HathaYoga’.Kerana ‘Salat’ adalah amat senang dilakukan sepanjang hayat dan teratur daripada Hatha Yoga ini.Contohnya:

a) Berdiri (tegak) atau ‘Qiyam’ seperti Ta’Dasana dilatihan yoga.Ta’Dasana adalah asas dalam kesemua pergerakan dalam “Asanas Yoga”.

b)Ruku’ dan duduk diantara dua sujud juga adalah jenis latihan dalam Asana Yoga.

c)Sujud itu persamaan dengan ‘Sarvangasana dan Sirsasana’.

Allah telah cukupkan Islam dan telah merahmati Agama Islam ini.Hadis nabi telah cukup untuk membimbing kita umat Islam.kenikmatan Salat Wajib,solat sunat,Puasa dan Zikir dan banyak lagi anugerah telah diberikan oleh Allah untuk umat Islam.Kenapa umat Islam masih lagi meraba dalam kegelapan ?.Hindarkanlah diri dari apa jua amalan agama lain.Wassalam.

– artikel sumbangan mamak penang

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “KUPASAN YOGA DAN ISLAM

  1. Putera81

    Assalamualaikum,

    Pada hemat Putera, ada banyak cara lagi untuk kita menenangkan fikiran & bersenam menyihatkan badan..ini pendapat peribadi..daripada kita sibuk2 mengamalkan yoga, ada baiknya kita tumpukan supaya sembahyang kita sempurna rukun dan bacaannya..org kata polish dulu sampai berkilat..

    Kalau nak diikutkan, masa kita bermeditasi untuk yoga tu baik digunakan untuk sembahyang2 sunat yang lain..baca Al Quran, berzikir dan berzanji..lebih menenangkan dan mendatangkan pahala..Majlis Agama dah menfatwakan Yoga sebagai haram, jadi tak perlulah dipertikaikan..sedangkan bangsa2 lain sibuk mempermainkan ajaran Islam, kena pulak kita perlu sibuk2 bertelagah mempertahankan amalan agama mereka..

    Cuma, rasa hormat perlu ada..janganlah dihina..jika kita hormatkan agama lain, InsyaAllah mereka juga akan menghormati agama kita..sesungguhnya nyanyian termerdu adalah seruan azan, senaman terbaik adalah solat 5kali sehari semalam, diet terbaik adalah puasa wajib dan sunat dan bahan bacaan terbaik adalah Al Quran..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s