Abdullah: Pemergian Razali satu kerugian

Kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail adalah satu kerugian kepada Umno dan kementerian tersebut, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Razali merupakan seorang yang berbakat dan telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berpengalaman luas dan anggota Parlimen yang berkaliber.

Katanya sebagai timbalan menteri, Razali juga arif dengan dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya itu.

“Beliau telah menunjukkan satu prestasi yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri, mampu memahami dasar-dasar kerajaan dengan baik.

“Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan dia meninggal dunia,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia yang ke-29 di sini, malam tadi.

Abdullah turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Katanya beliau terkejut apabila dimaklumkan dengan berita tersebut.

“Saya terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak pernah tahu bahawa beliau mempunyai apa-apa penyakit ataupun penyakit jantung,” katanya.

Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang semalam, ketika sedang bermain badminton di institut itu.

Razali meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Di BENTONG, Deris Abu Bakar, antara yang bermain badminton bersama Razali ketika insiden itu berkata, Razali tidak mengadu mengalami sebarang kesakitan.

Deris, yang merupakan Ketua Jabatan Pengurusan Eksekutif Institut Aminuddin Baki, berkata Razali kelihatan begitu bersemangat untuk bermain badminton bersama kakitangan institut itu.

“Dia begitu bersemangat hendak main. Tidak ada langsung tanda-tanda beliau sakit semasa beliau hendak bermain,” katanya yang ditemui di Hospital Bentong malam ini.

Deris berkata Razali berpaut pada sebuah bangku selepas membuat pukulan smash dan kemudian terus rebah.

“Kawan-kawan yang lain datang ketika melihat Datuk (Razali) rebah. Beliau sempat mengucap sebelum meninggal,” katanya.

Sebelum bermain badminton, Deris berkata beliau dimaklumkan bahawa Razali menghadiri mesyuarat di Hotel Awana & Resort, Genting Highland dan sebelum itu berada di Melaka.BERNAMA

nota: takziah buat keluarga Allahyarham- Al Fatihah

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Abdullah: Pemergian Razali satu kerugian

  1. Putera81

    Assalamualaikum buat para sahabat seperjuangan…

    Putera bukan hendak menyentuh apa2 mengenai Allahyarham..mungkin komen kali ini agak lari dari topik..

    Cuma kadang2 tersentuh jugak hati Putera bila melihatkan belum pun sampai seminggu beliau menemui Ilahi, masing2 sudah bercerita tentang pilihanraya dan mencari pengganti..masing2 mula sibuk melobi itu dan ini..

    Benar..kebajikan rakyat perlu diteruskan..seorang pemimpin baru perlu segera dilantik menggantikan kekosongan..Putera tidak berniat mempertikaikan prosedur2 itu..cuma jika dilihat dari sudut kemanusiaan, apalah perasaan ahli keluarga mereka bila melihatkan keadaan sebegini di Malaysia..orang kata kubur masih merah, masing2 sudah mula bertelagah..emm mungkin inilah nasib politician..

    Putera harap ada pihak dari UMNO terutamanya akan menganjurkan majlis tahlil dan bacaan yassin untuk disedekahkan kepada arwah..kata orang, berkawan nie biarlah masa senang dan susah..semoga amal kita yang sedikit dapat meringankan saudara kita di alam barzakh..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s