Wukuf 7 Disember – Malaysiakini

Tarikh Wukuf di padang Arafah di tetapkan pada hari Ahad 7 Disember dan Aidiladha di tanah suci disambut pada Isnin 8 Disember.

Pengumuman tarikh Wukuf dan Aidiladha itu dibuat Majlis Tertinggi Kehakiman Arab Saudi.

Akhbar harian Arab memetik laporan yang disiarkan menerusi Saudi Press Agency (SPA), bahawa Majlis itu dalam kenyataan berkata Sabtu (29 Nov) ialah 1 Zulhijjah, dan tiada hari ke 30 dalam Zulkaedah “kerana majlis tidak menerima sebarang laporan anak bulan kelihatan”.

Sementara itu, beratus ribu jemaah berkumpul di bandar suci ini, termasuk lebih 20,000 dari Malaysia yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tiada angka rasmi diumum sehingga kini mengenai jumlah keseluruhan jemaah musim ini tetapi dianggar kirakira tiga juta jemaah akan berkumpul di padang Arafah yang luasnya 10.4 kilometer persegi, kira-kira 22 kilometer dari sini.

Ahmad Zahid yang melawat beberapa penempatan untuk jemaah Malaysia hari ini menasihatkan mereka supaya menjaga kesihatan agar mereka boleh mengerjakan wukuf dengan sempurna, yang merupakan kemuncak ibadat haji.

Pegawai Tabung Haji berkata agensi itu telah membuat persiapan untuk pergerakan secara berperingkat kirakira 26,000 jemaah Malaysia ke padang Arafah Sabtu ini dengan bas yang diatur oleh agensi haji Arab Saudi, Muassasah. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Wukuf 7 Disember – Malaysiakini

  1. Salam semua rakan yang dikasihi,

    Kawan ingin mengambil kesempatan sebagai orang pertama yang mengucapkan Hari Raya Aidiladha 2008 bersamaan 10hb Zulhijjah 1429H khasnya;

    Tuan Moderator
    Brokuntakinte
    Mamakpenang
    Abangtuah
    Putera81
    Big8
    BakalPM
    Sekupangdua
    PemudaUMNO

    Kepada yang lain-lain yang kawan tak ingat nak letak nama, SALAM SELAMAT kepada kalian. Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah di atas sillaturahim yang terjalin dengan izinNya.

    Wassalam.

  2. Kuntakinte

    Salam, didoakan keseluruhan 26000 sihat dan selamat mengerjakan ibadah haji, bagi keluarga2 di sini tidak perlu kita risaukan iringi mereka dengan doa agar mereka di lindungi Allah S.W.T.

    Tahniah juga kepada Menteri JPM Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi diatas keperihatinan turut sama menziarahi jemaah haji kita di sana bagi mempastikan keselamatan, keselesaan jemaah kita terjamin.

    Tahniah kepada Tabung Haji yang telah di sahkan kewibawaannya mengharumkan nama baik Malaysia antara negara yang terbaik pengurusan jemaah haji.

    Ini lah budi baik kerajaan dalam memberi peluang dan ruang kepada umat Islam di negara ini mengerjakan haji dalam suasana yang cukup baik dan di tatang seperti minyak yag penuh, perlu kita bersyukur diatas kebijaksanaan kerajaan mewujudkan sistem yang tak terfikir oleh negara lain bagi membantu umat di negara ini menabung hingga mampu untuk ke Mekah, Tabung Haji di wujudkan, akuan tabung haji di perkenalkan semata2 untuk kemudahan umat Islam di negara ini, sistem penerbangan yang selesa, sistem komunikasi yang canggih, sistem penghataran Pos yang selamat, kelengkapan, tempat tinggal yang baik, ini semua perlu kita syukurkan dan berbangga diatas segala persediaan sejak dulu hingga kini dan di masa akan datang di percayaai akan lebih terratur dan bersistematik.

    Tahniah kepada Menteri, kepada semua petugas dan kakitangan Lembaga Tabung Haji.

Leave a reply to Apai Ngelai Cancel reply