YB Arif Merajuk??

Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah mengenepikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) dalam urusan pentadbiran parti bahagian itu seperti yang didakwa beliau sebelum ini.

Ketua penerangan Umno bahagian, Ahmad Sahar Shuib berkata, apa yang dikatakan oleh Arif Shah seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada 29 November lalu adalah tidak benar sama sekali.

“Saya ingin nyatakan bahawa Umno Permatang Pauh tidak pernah mengenepikan YB Datuk Arif Shah.

“Kita sentiasa menjemputnya untuk hadir dalam mesyuarat bahagian kerana kedudukannya sebagai ADUN yang mewakili Umno dan BN (Barisan Nasional),” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ahmad Sahar berkata, Umno bahagian itu juga tidak pernah mengeluarkan surat yang melarang Arif Shah daripada melibatkan diri dengan kerja-kerja di kawasan yang bukan di bawah penguasaannya seperti yang didakwa.

Berhubung kenyataan Arif Shah yang beliau belum membuat keputusan berhubung tawaran daripada pembangkang untuk melompat parti, Ahmad Sahar berkata, sebagai ADUN yang mewakili Umno, Arif Shah tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian.

“Sebagai YB yang mewakili Umno, beliau seharusnya menolak tawaran tersebut tanpa menimbulkan keraguan di kalangan ahli Umno. Ahli boleh menilai yang mana pejuang sejati (Umno) atau pun tidak,” katanya.

Ahmad Sahar berkata, beliau turut tidak menolak kemungkinan isu ini timbul disebabkan Arif Shah tidak berpuas hati kerana tidak terpilih sebagai Ketua Umno bahagian setelah tewas kepada penyandang jawatan itu, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid pada pemilihan Oktober lalu.

“Datuk Arif telah bertanding merebut jawatan ketua bahagian dan tewas dengan hanya meraih 84 undi berbanding, Datuk Jalil yang mendapat 162 undi, manakala (bekas naib ketua bahagian) Datuk Pirdaus Ismail dengan 144 undi.

“Perwakilan telah menterjemahkan hasrat mereka dalam memilih kepimpinan Permatang Pauh.

“Kita berharap Datuk Arif menerima kekalahan itu dan menghormati keputusan kepimpinan Umno bahagian yang telah dipilih oleh perwakilan baru-baru ini,” katanya.

Ahmad Sahar berkata, dakwaan Arif Shah bahawa berlaku penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno bahagian itu adalah tidak berasas sama sekali kerana perwakilan sudah matang dalam memilih pemimpin mana yang mereka inginkan untuk menerajui parti.

“Jangan keruhkan suasana yang boleh menggugat usaha memperkukuh perpaduan di kalangan ahli serta pengundi.

“Jika ada sebarang masalah, elok diselesaikan di peringkat dalaman parti,” katanya.

Hari ini, sebuah akhbar melaporkan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai pembangkang setelah mengaku mendapat tawaran untuk mellompat parti.

Menurut Arif Shah yang tewas kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu, beliau turut dijanjikan ganjaran jika bersetuju untuk menyertai pembangkang.

Arif Shah sebelum ini dilaporkan terkilan dengan tingkah laku Ketua Umno bahagian itu yang mengetepikannya dalam setiap urusan pentadbiran parti itu di peringkat bahagian.

Katanya, beliau kecewa kerana sebagai ADUN Seberang Jaya, beliau tidak dilantik sebagai ahli tambahan dalam Jawatankuasa Bahagian, selain tidak diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai. – mstar

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “YB Arif Merajuk??

  1. Salam,

    Dakwaan kecewa tidak mendapat perhatian UMNO Bahagian dan diketepikan adalah sesuatu yang serius. Jika benar, kita seharusnya menyiasat apakah punca sebenar kepada masalah yang mendorong beliau nekad untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

    Tindakan mengugut untuk menyertai Pakatan Rakyat adalah satu penyakit, seolah-olah ia adalah jalan penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi. Beliau tidak seharusnya menjadikan masalah persengketaan dengan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sebagai satu platform untuk menyertai Pakatan Rakyat setelah dijanjikan pelbagai tawaran oleh mereka.

    Kita harus fokus kepada perjuangan parti. Kita amat percaya bahawa beliau mampu untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau dengan lebih rasional, sebelum ingin menunjukkan kemampuan diri berkhidmat dalam menyelesaikan masalah orang lain.

    Apa yang paling penting adalah PENDIRIAN terhadap parti yang tidak mudah goyah serta ikhlas, tidak pula memikirkan untuk menyertai pakatan rakyat biarpun dijanjikan pelbagai tawaran yang tidak disangka-sangka.

    Bagaimanapun, UMNO pusat wajib menyiasat dakwaan beliau tanpa mengira pangkat dan kedudukan ahli bagi mengekalkan keutuhan parti yang semakin hari semakin pudar. Tindakan harus dibuat bagi memperbetulkan semua perkara yang dirasakan tidak kena dalam parti.

    Wassalam

  2. Salam,
    Apa nak jadi dengan UMNO Pulau Pinang tak habis-habis…tak tahulah..Mamak rasa kalau Tongkang UMNO karam pun ia bermula dari Pulau Pinang kot?.Mamak kenal baik dengan YB Datuk.Arief Shah ini.Terlalu aktif dalam masyarakat tempatan.mamak memang terasa seolah-olah ada yang tak kena dengan Umno Bahagian Permatang Pauh sejak Datuk Arief shah dipileh oleh Pusat (Dato’Sri Najib)mencalonkan untuk bertanding menentang DSAI pada pilihanraya kecil .Memang ketahuan umum semasa pilihanraya kecil dahulu UMNO bahagian yang diketuai oleh Datuk Jalil tidak berapa puas hati terhadap pilihan YB Datuk Arief (Mungkin Pak Lah tak setuju kot).Jentera pilihanraya UMNO tak berapa cergas dan hanya lepaskan batuk di atas tangga.Cuma bahagian Wanita umno bertungkus lumus dalam kempen itu.

    Kadangkala orang kita tak memahami tentang Wakil rakyat ADUN dan Parlimen.Rakyat tempatan senang berjumpa adun dari MP kerana kebanyakan rungutan rakyat tempatan berkisar dengan kerajaan tempatan dan juga masalah-masalah persekolahan,Mesjid dan lain-lain perkara remeh.Tindakan yang perlu ialah kerajaan negeri.Sebagai Wakil Dewan Undangan Negeri YB.Datuk Arief Shah lebih effective dari Ketua bahagian UMNO.Secara rambang mamak ada juga terima runggutan-rungutan dari penduduk sekitar bahawa Datuk Jalil yang hanya mewakili UMNO bahagian orang yang sukar dirunding atau pejabat beliau tidak berapa aktif dalam hubungan kemasyarakatan daripada pejabat YB.Datuk Arief.Kemungkinan Keadaan yang timbul adalah kemungkinan PHD.Seperti keadaan biasa..dalam sistem UMNO ini kalau seseorang yang bertanding dalam perjawatan ketua bahagian UMNO hanya perlu ambil hati Ketua Cawangan dan Jawatankuasanya sahaja.kerana yang melantik ketua bahagian dan jawatankuasanya bukan ahli-ahli cawangan.Ketua bahgian tak perlu bersusah payah nak jaga hati ahli-ahli biasa.Ahli Majlis pusat pulak hanya perlu jaga hati Ketua bahagian kerana yang mengundi dalam pencolonan bukan ahli.Inilah sinario pemilihan ketua dalam pimpinan UMNO.Sebagai Ahli biasa seperti biasa duduk diam dan akan menunjukkan kebencian sistem seperti ini pada pilihanraya umum di mana undi mereka akan menunjukan protes dengan undi rosak atau sengaja tak keluar mengundi kerana membenci kedua-dua calon UMNO atau pembangkang.Inilah terjadi pada orang Melayu khasnya penggundi UMNO dalam PR12!.Keadaan pemilihan seperti ini juga mengundang politik wang dalam UMNO yang semakin berleluasa.Mana boleh hapuskan Politik Wang kalau sistem pemilihan yang begini.Ada juga pemimpin memberi cadangan untuk mengekang Politik Wang kita adakan lebih ramai calon..ini bererti maka berebut-berebutlah orang yang sogok untuk menang.Akhir sekali siapa kaya dan suka derma kepada pewakilan, dialah jadi ketua.Cuba bayangkan Kenapa pemimpin UMNO tak mahu memberi pandangan yang ahli biasa perlu mengundi untuk memileh pemimpin pusat yang berjaya menjadi calon pemilihan.Berasaplah kedudukan 3/4 dari pemimpin UMNO yang mengamalkan politik wang.Siapa yang mereka boleh sogok?.Habis kering duit mereka untuk merasuah lebih sejuta ahli UMNO.Seperti di Amerika pemilihan Pemimpin Parti demokratik di antara Obama dan Hilary Clinton siapa yang pilih mereka….rakyat Amerika.Di sini kita ubah sikit sistem memileh pemimpin UMNO semua Ahli-ahli perlu memilih dengan Undian.Berebut-rebutlah bakal pemimpin UMNO melawat ahli biasa dan menyelasaikan apa jua masalah ahli akar umbi.Habis cerita.”Kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih”!!!!!!wassalam.

    P/S: “Be Or Not To be”!.Pilih di antara Rakyat..Parti..Masa Depan Karier Politik Datuk!!!.Susah Datuk…Nak luah Mati bapak Nak Simpan Mati emak!!!!

  3. Putera81

    Assalamualaikum buat sahabat2 semua..

    Pada pandangan Putera YB Arif tak perlulah sampai merajuk meninggalkan parti yang telah lama dicurahkan jasa dan pengorbanan..dan YB sendiri dah mengesahkan yang beliau tidak terniat untuk menyertai mana2 parti melainkan terus setia pada UMNO..

    Walaupun Putera tidak begitu kenal dengan YB Arif, tetapi menjejaki kawasan pemerintahannya dan mengamati perkhidmatannya, YB Arif memang amat disayangi penduduk setempat..malah almost perfect..kebolehan berdialog dalam berbilang bahasa menjadikan YB begitu akrab dengan masyarakat..disenangi ramai..Jadi kalau lah terlintas niat di hati YB, Putera harap YB ingat2 la rekod bersih YB selama ini dan kepercayaan yang diberikan penduduk setempat..jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..jangan kerana satu kesilapan, hilang segala kebaikan..Wassalam

  4. Salam,
    Alhamdulillah semuanya aman.Macam itulah be gentleman!.Lain kali jangan pergi kat orang surat khabar mereka ini seperti penjual Goreng pisang.Sentiasa cari pelanggan yang nak yang panas.Roti canai pun macam itu juga kalau panas boleh makan sampai tiga keping.Etika perlu dalam politik.Datuk Jalil sebagai veteran politik di Pulau Pinang perlulah membing anak-anak buah yang muda-muda itu.

    Ini adalah petikan dari salah satu surat khabar talboid tempatan yang menjelaskan punca perbalahan UMNO di Permatang Pauh diantara Datuk Arief dan ketua bahgian Datuk Jalil…

    “Masalah yang timbul adalah disebabkan kedua-dua pemimpin ini begitu semangat untuk berkhidmat kepada rakyat sehingga terlupa matlamat asal perjuangan parti”.

    Ini siapa yang kata?. Setiausaha Badan perhubungan Pulau Pinang ,Datuk Azhar Ibrahim.

    P/S:Kalau lah, mereka berdua ini satu wakil rakyat dan satu lagi ketua Umno begitu komitted berkhidmat untuk rakyat Di Permatang Pauh tak beranilah PKR kosongkan tempat hampa dan berani untuk bertanding?.Maaf katalah…datuk-datuk.. ini nak tandangan borang pinjaman buku untuk persekolahan anak mereka pun kena hantar dulu dan lepas dua tiga hari baru panggil untuk ambil kembali….kadang-kadang yang bertugas dekat pejabat itu tingkah lakunya lebih dari ketua menteri pun ada.Mereka yang sekeliling Datuk -Datuk berdua ini macam langau taik yang akan menjahanamkan pemimpin UMNO di mata rakyat.Carilah ustaz pencen ke atau cik gu pencen kerja kat opis hampa supaya perkhidmatan yang diberikan pada rakyat bermutu dan profeslisma sikit.”If you give peanut you get monkeys”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s