Buktikan Double Standard

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim perlu membuktikan dakwaan yang beliau adalah mangsa ‘double standard’ berikutan pemecatannya keahliannya daripada Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Rais Yatim berkata, bukti itu diperlukan supaya Umno dapat meneliti dan memberi jawapan balas kepada dakwaan beliau.

“Beliau perlu membuktikan apa yang dimaksudkan dengan ‘double standard’ itu tetapi dalam pada itu, hak untuk didengar juga seharusnya dipertimbangkan.

“Saya percaya jawatankuasa disiplin parti akan dapat memberi jawapan balas kepada pihak beliau,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Zaid dalam sidang medianya hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa ‘double standard’ selepas dipecat daripada Umno Selasa lalu kerana kesalahan melanggar disiplin parti berikutan kehadiran beliau di beberapa majlis parti pembangkang.

Katanya, beliau tidak terperanjat dengan tindakan yang diambil tetapi mempertikaikan cara keputusan itu diambil tanpa diberi peluang untuk memberikan penjelasan.

Katanya lagi, beliau tidak akan menyertai parti politik lain pada masa terdekat ini.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Menteri Luar berkata, keputusan Zaid sama ada mahu terus bergiat dalam politik atau tidak adalah pilihan peribadi beliau.

“Selain itu, pada saya, tindakan yang diambil terhadap beliau adalah tindakan disiplin yang telah dijuruskan kepada perlakuan beliau sendiri,” katanya.

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Buktikan Double Standard

  1. kuntakinte

    Salam, dah betul lah tu pecat jenis pengkhianat dan kacang lupakan kulit ni, perosak bangsa dan perosak negara, double standard tak timbul, duri dalam daging elok kalau dicabut, kata pepatah yang sesuai untuk Hindraf tapi boleh jugak untukpada si Zaid ni, ‘ kalau jumpa ular dan india, pukul india dulu,sama lah dengan si Zaid ni kalau jumpa ular dengan Zaid, pukul Zaid dulu.

    Memenuhi jemputan rakan2 konon, kita kalau di jemput oleh Parti pembangkang kita tolak je jemputan tu sebab kita pemimpin UMNO , fikir lah pakai otak lawyer tu jemputan tu tujuan dan niat nya nak perangkap kita dan nak kena kan dan nak persendakan UMNO, yang kita bodoh dan tengging pasal apa, usah nak main2 politik lawyer buruk, dan siapa awak pun nak di panggil Jawatankuasa disiplin UMNO, poooodah!!!, lelong aje lah diri pada parti2 pembangkang, goncang loceng, berdiri di tengah padang Merdeka buat tawaran harga diri awak tu. itu yan sesuai untuk awak, silap2 boleh Salleh Abas beli harga mahal sikit… phuiiii. pengkhianat!!!!

  2. Salam kuntakinte,
    sabar yeop…biak dia dengan pendirian dan ideologi dia.Kita tak boleh paksa orang lain fikiak macam kita jugak.Itu kebebasan dia…macam dulu juga komen Mamak tentang Datuk Zaid masuk gelanggang politik yang salah..orang yang bawak dia dan jadikan menteri pun salah jugak…kalau benda dapat senang..senang jugalah dibuang inilah contoh kesilapan pemimpin UMNO!.Nak jadi wakil Rakyat bukan senang?.Mencekang mata tidur tak cukup ,makan tak cukup,penat jangan kata…tapi orang macam zaid ini bukan jadi wakil rakyat; dia bidang terjun…dilantik senator dan dijadikan Menteri…anak emas Pak Lah katakan..inilah balasan yang diterima UMNO…macam bang nuar pun sama juga anak mas TDM.. dalam sebelum tiga penggal memegang wakil rakyat dah pun jadi No.2 dalam Negara.Apa jadi samalah dengan Datuk Zaid ini!!!!.Easy come easy go……….
    Kisah bang Nuar kita:
    1978 membantu Parti Pas memenangi Permatang Pauh:1982 Memenangi Permatang Pauh untuk UMNO:
    1982- 1983 Timbalan Menteri Di JPM.
    1983- 1985 Menteri Belia dan Sukan.
    1986- 1986 Menteri Pertanian.
    1986- 1990 Menteri Pendidikan.
    1990- 1998 Menteri Kewangan.
    1993- 1998 Timbalan Perdana Menteri.

    Pasai itu TDM senyap tak kata apa pun…2 kali 5 = 10….yeop!!!

    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s