FAHAMAN ISLAM RADIKAL KINI GUGAT DUNIA ISLAM ATAU BARAT?.
Apakah sebenarnya Masalah Masyarakat Islam dengan orang-orang Barat?.Permasalahan di sini bukan berpunca dari masalah agama.Masalahnya ialah kedua-dua pihak ingin berkepentingan.Barat dengan kepentingan kapatilismanya dan orang Islam pulak mempertahankan kepentingan barat dalam negara mereka yang teralalu tertindas dengan sistem kapatalisma barat.Dari itu timbullah kumpulan-kumpulan radikal dan Militen Islam yang telah bosan dengan sistem politik barat yang hanya mementingkan golongan yang kaya dan tidak mempedulikan golongan rakyat yang miskin dan tertindas.Maka Kedua-dua pihak saling benci membenci.Kenapa Kumpulan radikal dan Militen wujud di dunia Islam?.Puncanya ketidak adilan atau “Double Standard”yang diamalkan oleh Washington bersikap danggap diri mereka seperti polis dunia.Washington yang sering mencampuri urusan politik dalaman terutamanya Negara-negara dunia Islam telah menyebabkan kumpulan-kumpulan Islam radikal dan Militen di Negara Islam semakin bertambah.Untuk menjaga kepentingan politik dan dasar kapalitismanya pihak Washington kerap kali menaja parti pembangkang yang menentang kerajaan sedia dalam negara Islam ada dengan parti pembangkang yang dipimpin oleh pemimpin yang korup dan bersandar kepada Washington yang menjadi pilihan Amerika.Washington seringkali tergoda dengan kata-kata dan Ideologi Pembangkang kerajaan Islam yang kononya mereka terlalu liberal dan akan memerintah Negara Islam yang majarotinya Islam secara Ideologi barat dan kehendak Washington.Pembangkang dalam kebanyakan negara Islam ini cuma nak berkuasa dan memerintah .Apabila pemimpin tersebut berjaya,dia akan memerintah Negara majoriti Islam itu dengan pemerintahan autokrasi dan kejam lagi rakus daripada yang lepas.Contoh yang nyata ; Di suatu masa dulu mereka menyokong parti Ba’ath yang dipimpin oleh Saddam Hussein untuk mengusai Iraq , dan jadikan Sadam sebagai pemerintah.Menyokong Shah Iran, walaupun ramai kalangan rakyat membencinya,Menyokong Parti Fatah yang penuh dengan korupsi di Negara palastine yang mana rakyat lebih menyukai Parti Hamas.Negara kita juga tidak ketinggalan ;Washington telah menyokong seorang Bekas Timbalan Perdana menteri yang rosak moral dan memberi sokongan terbuka kepadanya untuk menjadi Pemimpin Negara.Dasar-dasar Amerika ini menyebabkan pemimpin –pemimpin pro-Amerika yang dilantik itu menjadi lebih rakus,tamak,angkuh dan menggunakan kuasa mutlak/autoraksi dalam pimpinan mereka.Sebilangan rakyat mula membenci pemimpin ini kerana gagal memerintah cara adil dan merompak hak rakyat untuk memperkayakan diri,keluarga dan saudara maranya.Rakyat yang tidak ada saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puasan hati akan mula menganggotai kumpulan Militant dan juga Radikal untuk menentang kerajaan dengan melakukan serangan kepentingan Washington.Di Negara-negara yang menggunakan pemerintahan autokrasi ini biasanya kebebasan bersuara,akhbar dan media letronik,berpolitik dan nilai-nilai kebebasan asas manusia tidak diperendahkankan oleh pemimpin-pemimpin ini.Maka wujudlah kumpulan-kumpulan radikal dan militant ini menggunakan agama sebagai platform mereka untuk menggulingkan kerajaan.Mesjid-Mesjid dan surau-surau dikawasan kurang maju dan pendalaman jadi markas untuk mereka berkempen.Maka disini mulalah Hukum –hukum Syaria’ah tentang politik dan undang-undang akan diputar belitkan.Politik dalam Agama Islam bukanlah jenis Facist atau Komunis.Dasar Pemerintahan Islam dalam pengertian Syaria’ah sangat luas.Ada golongan menyempitkan dan ada pula golongan meluaskan pengertian.Pengertian sempit ini selalunya merbahaya.Asas syaria’ah adalah memberi kesejateraan kepada Umatnya.Tiada Interperasi dan fomula yang tepat dalam pemerintahan Islam.Orang Islam yang radikal ini selalunya meyempitkan fahaman sya’aria ini dan sehingga ia menjadi bahaya.Isu Bertoleransi dalam agama Islam tidak diperendahkan sama sekali.Pemikiran dan pendapat dalam hukum ‘Jihad’disalah tafsirkan mengikut prepsi ketuanya.Pengertian Jihad pula dimanupulasikan dengan cara pemikiran radikal dan militant mengikut tafsiaran pemimpin kumpulan itu.
Orang-orang Islam kurang berpengetahuan dalam hukum-hakam akan terkeliru dalam Kemajuan Globlisasi dan keadaan kemajuan negara. Perubahan minda dan banyak perkara yang baru dalam arus kemodenan perlu diungkap dan perlu penilitian khusus untuk dihebahkan kepada masyarakat Islam.Ulama-ulama yang dipertanggung jawab sentiasa perlu sensitif dengan perubahan ini dan menghebahkan perkara tersebut kepada rakyat segera.Sesuatu hukum yang keluarkan oleh pihak ulama perlu universal dan juga dapat diterima majoriti rakyat.Pendebatan sesama ulama hanya mendatangkan keadaan yang keliru.Seperti di negara kita Isu pemerintahan Islam yang di gesa oleh ulama parti pembangkang perlu pandangan positif dari pihak ulama-ulama. Sekiranya rakyat Islam keliru maka Phonemena perpecahan akan wujud dikalangan umat Islam dalam negara Islam.Keadaan yang akan wujud ialah untuk satu-satu pihak yang berkata mempertahankan Identiti Islam dan juga kehormatan Agama Islam dan disatu pihak yang lain pula mengekal Islam yang ada.Dalam arus kemajuan ini orang-orang Islam yang tinggal di penempatan kurang maju dan pemuda-pemuda yang “rebelian” adalah sasaran-sasaran kumpulan berideologi Radikal ini.Kerajaan pemerintah perlu merangka dasar pembangunan yang berterusan yang betul,Ikhlas dan mampu membangunkan rakyat luar Bandar perlu diadakan segera.Cara memberi subsidi pada golongan ini seperti memberi sedekah pada peminta sedekah.Selagi kerajaan memberi selagi itu mereka akan sentiasa meminta.Cara subsidi ini adalah perlu untuk jangka pendek tetapi untuk jangka panjang ia tidak akan membawa mereka kemana-mana.Kementerian Luar Bandar perlu merangka strategi jangka panjang untu membina masyarakat Islam ini.Perlu Ingat pertembungan Pihak Barat dan Dunia Islam bukan semata-mata bertembungan agama tetapi dasar kepentingan masing-masing didunia yang fana ini.Pertelingkahan Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Negara ini pun dalam keadaan yang sama.Bukan disebabkan agama.Berebut untuk kepentingan hidup masing-masing.Negara ini sebagao Negara Islam Moderate telah membawa atau pun sedang membawa Rakyat Islam negara ini ke arah kemajuan.Dalam arus pembangunan ini kerajaan sentiasa perlu berwaspada dengan kumpulan militen dan Radikal yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat Islam dengan berbagai cara.Kerajaan sentiasa perlu awasi kumpulan-kumpulan ini agar rakyat kita tidak menjadi korban dari perjuangan mereka.
Negara ini telah mengalami sejarah-sejarah yang pahit dalam memerangi Kumpulan-kumpulan Radikal Islam dari tahun 1967 hingga 2001.
1.Tentera sabilullah 1967.
2.Golongan Rohaniah 1971.
3.Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia 1972.
4.Kumpulan revolusi Islam Ibrahim Libya 1985.
5.Kumpulan Jundullah 1987.
6.Kumpulan Mujahiddin kedah 1988.
7.Kumpulan Perjuangan Islam Perak 1998.
8.Al- Ma’unah 2000.
9.KMM 2001.
10.JI 2001.
artikel sumbangan mamak penang
ada satu iaitu hindraf ahahahahaha..
lebih memeritkan dari fahaman islam boleh porak perande ooo… ini macam..tapi sibuk pulak nak lepaskan..