Daily Archives: December 6, 2008

Gambar Sekitar Di Tempat Tanah Runtuh- malaysiakini

ihsan The Star

sila layari http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=1167 utk gambar selebihnya.

utk makluman kawasan kejadian terletak di bawah kawasan Parlimen Ampang.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tidur Sebantal, Mimpi Lain2 – malaysiakini

Pas hari ini membuat kenyataan berterus terang apabila mengakui sukar untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor disebabkan perbezaan ideologi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali turut mengakui kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

“Pas Selangor terpaksa mengambil kira perjuangan parti dan perjuangan kerajaan campuran negeri yang turut diterajui PKR dan DAP.

“PKR dan DAP memiliki objektif parti masing-masing yang amat berbeza dengan Pas.

“Disebabkan perbezaan ini, Pas kadang-kala terpaksa melupakan perjuangan asal demi negeri Selangor,” katanya. – utusan

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tragedi Bukit Antarabangsa – Malaysiakini

Polis mengesahkan mangsa korban tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, setakat ini ialah dua orang melibatkan seorang ibu dan anaknya.

Ia merupakan kejadian ketiga dalam tempoh dua minggu ini termasuk yang terbaru dua hari lalu di kawasan Jalan Semantan yang menimbuskan 11 kenderaan tetapi tiada kehilangan nyawa.

Minggu lalu dua orang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali.

Seramai 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed, Thajudeen Abdul Wahab.

Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian, yang dipetik Bernama berkata, terdapat empat mangsa korban dalam insiden kirakira 4 pagi itu.

PBSM juga melaporkan 15 orang yang dilaporkan cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air dalam tanah.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

nota: Takziah kepada keluarga mangsa. Mutakhir ini kerap kejadian tanah runtuh. Hampir seminggu kejadian tanah runtuh di Hulu Yam dan kelmarin di Jalan Semantan menunjukkan bahawa pembinaan kawasan perumahan atau perniagaan di kawasan berbukit amat berisiko tinggi. Carilah alternatif lain untuk pembangunan. Janganlah merosakkan tanah bumi terutama kawasan bukit yang hijau demi mengejar keuntungan.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa – malaysiakini

Antara perkembangan di kawasan Bukti Antarabangsa – lokasi tanah runtuh terbaru.

– 93 mangsa kejadian tanah runtuh, yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu, berjaya menyelamatkan diri.

– Kira-kira 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa akan dipindahkan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

– Laluan utama ke beberapa taman di kawasan Bukit Antarabangsa terputus ekoran tanah runtuh.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda