Tragedi Bukit Antarabangsa – Malaysiakini

Polis mengesahkan mangsa korban tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, setakat ini ialah dua orang melibatkan seorang ibu dan anaknya.

Ia merupakan kejadian ketiga dalam tempoh dua minggu ini termasuk yang terbaru dua hari lalu di kawasan Jalan Semantan yang menimbuskan 11 kenderaan tetapi tiada kehilangan nyawa.

Minggu lalu dua orang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali.

Seramai 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed, Thajudeen Abdul Wahab.

Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian, yang dipetik Bernama berkata, terdapat empat mangsa korban dalam insiden kirakira 4 pagi itu.

PBSM juga melaporkan 15 orang yang dilaporkan cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air dalam tanah.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

nota: Takziah kepada keluarga mangsa. Mutakhir ini kerap kejadian tanah runtuh. Hampir seminggu kejadian tanah runtuh di Hulu Yam dan kelmarin di Jalan Semantan menunjukkan bahawa pembinaan kawasan perumahan atau perniagaan di kawasan berbukit amat berisiko tinggi. Carilah alternatif lain untuk pembangunan. Janganlah merosakkan tanah bumi terutama kawasan bukit yang hijau demi mengejar keuntungan.

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Tragedi Bukit Antarabangsa – Malaysiakini

  1. Salam,

    “Dalam kejadian 15 Mei 1999 pula, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu”.
    Sumber:Bernama

    Kejadian Bukit Antarabangsa bukanlah kejadian terbaru..Walau pun telah berlaku berkali-kali insiden seperti ini kita tak mahu ambil ikhtibar dan pengajaran.Ada saja menuding jari pada yang lain.Dimana perginya rasional profesional-profesional yang meluluskan projek itu; walau pun tahun 1999 telah berlaku kejadian sama.Badan profesional negara ini perlu mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli yang tidak layak dan kurang pengalaman meluluskan projek-projek yang merbahayakan pada rakyat yang bergantung kepada khidmat profesional ini.Maka janganlah senyap dan buat tak tahu apabila berlaku insiden seperti ini.Orang politik pulak jangan sibuk dan beri seribu satu andaian mengenai kejadian ini.Biar orang yang profesional dan badan-badan profesional lebih bertanggung jawab di atas insiden ini.Kita tunggu dari reaksi badan-badan prfesional ini.Jangan pandai cakap je..bila keadaan begini terjadi jangan masing-masing sembunyi di belakang ahli politik.

    Ahli politik Malaysia senang sahaja jawapannya,”apa nak buat semua ini tuan Allah punya kuasa. kita apa boleh buat?.Itu hujan bukan kita boleh kontrol”.Jawapan dari Menteri kerja raya Datuk Samy Vellu dalam insiden Tanah Runtuh Genting Highlands!!!!!!.Surat khabar dan Media letronik jangan sibuk sangat temuramah ahli politik yang tak tahu apa pun…Kan kita ada banyak saintis dan professor-professor temubual mereka!.Siapa yang harus persalahkan dalam hal ini?.Semua lepas tangan.Cuma kita simpati pada keluarga-keluarga yang kehilangan harta benda dan nyawa.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s