Daily Archives: December 9, 2008

Hentikan Projek2 Di Kawasan Lereng Bukit – malaysiakini

Salam semua pembaca

Penulis ingin menyeru agar pihak kerajaan negeri/persekutuan dan pihak2 yang bertanggungjawab agar membatalkan semua projek2 perumahan ataupun premis perniagaan di kawasan tanah tinggi walaupun kawasan berkenaan didapati selamat untuk pembangunan. Tragedi di Bukit Antarabangsa memberi pengajaran paling bermakna dan berguna kepada kita semua. Sekiranya penilaian kita mendapati kawasan tersebut selamat…..tetapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menjangka.

Apaguna projek2 mewah dibuat di kawasan2 lereng bukit tatkala perumahan rakyat dibina di ceruk2 kawasan negeri? Mengapa harus diperbanyakkan projek2 mewah? Bagaimana dengan keadaan rakyat yang masih tercari-cari rumah dengan kemampuan mereka. Kawasan sekitar Bukit Antarabangsa seperti Kemensah, dan Taman Melawati habis ditarah oleh mereka yang tamak dan haloba. Yang peliknya mengapa pihak berkuasa meluluskan projek2 sebegini?

Cukup!! Hentikanlah semua projek di lereng bukit tak kira di Selangor ataupun mana2 kawasan. Banyak lagi kawasan yang boleh dibangunkan. Jangan lupa…bumi juga boleh mengamuk!!

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda