Hentikan Projek2 Di Kawasan Lereng Bukit – malaysiakini

Salam semua pembaca

Penulis ingin menyeru agar pihak kerajaan negeri/persekutuan dan pihak2 yang bertanggungjawab agar membatalkan semua projek2 perumahan ataupun premis perniagaan di kawasan tanah tinggi walaupun kawasan berkenaan didapati selamat untuk pembangunan. Tragedi di Bukit Antarabangsa memberi pengajaran paling bermakna dan berguna kepada kita semua. Sekiranya penilaian kita mendapati kawasan tersebut selamat…..tetapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menjangka.

Apaguna projek2 mewah dibuat di kawasan2 lereng bukit tatkala perumahan rakyat dibina di ceruk2 kawasan negeri? Mengapa harus diperbanyakkan projek2 mewah? Bagaimana dengan keadaan rakyat yang masih tercari-cari rumah dengan kemampuan mereka. Kawasan sekitar Bukit Antarabangsa seperti Kemensah, dan Taman Melawati habis ditarah oleh mereka yang tamak dan haloba. Yang peliknya mengapa pihak berkuasa meluluskan projek2 sebegini?

Cukup!! Hentikanlah semua projek di lereng bukit tak kira di Selangor ataupun mana2 kawasan. Banyak lagi kawasan yang boleh dibangunkan. Jangan lupa…bumi juga boleh mengamuk!!

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

16 responses to “Hentikan Projek2 Di Kawasan Lereng Bukit – malaysiakini

  1. Prevention is better than cure. While I note the good intentions by the new ruling Selangor government, may I know what preventive measures has been taken for those EXISTING houses/apartments/condos that has already been build & approved ALREADY by MPAJ???

    We should have programs to check the living ones instead of praying for the lost ones.

    Ini baru betul mah! PR has control over 5 states! Please ENFORCE them in this 5 states IMMEDIATELY !!!

    Talk is cheap! We want actions before innocent lives are taken away AGAIN due to irresponsible developer’s unethical criminal negligent.

    Thank you!

  2. Jalil

    Masalah nya yang meluluskan projek-projek kat Bukit Antarabangsa, Melawati dan Ukay Perdana tu semua nya di bawah pemerintahan BN – Khir Toyo, Abu Hassan dan Mat Taib. Cuba tgk projek kat Hutan Simpan Templer tu ( itu masa khir toyo). Selepas pilihanraya yang baru ni tak da projek2 baru di tanah tinggi diluluskan. Kalau ada cuba bagi contoh. Ini semuanya sebab duit, sebab duit semua boleh jadi. Yang bahaya jadi ok, yang tak selamat jadi selamat.

  3. Faizal

    Masalah nya sebab duit. Masa pemerintahan BN lah projek itu diluluskan, kalau tak caya boleh check bila projek itu diluluskan. Di masa pemerintahan siapa. Ukay Perdana tu saya rasa zaman khir toyo. Memang masalah BN ni kalau ada je duit semua jadi. Yang jadi mangsa rakyat yang tak berdosa.

  4. Faizal

    Semuanya disebabkan duit. Projek tak boleh lulus jadi lulus. BN = $$$$$$$$$$$$$$$$$$. Semua jadi boleh.

  5. iraman Hj Karim

    BOLEH PERCAYAKAH? Kalau wang menjadikan buta hati dan mata. Jangankan Projek lereng bukit, yang hanya mengorbankan paling ramai 1,000 orang warga!!!terlibat satu lagi projek besar yang melibatkan DASAR, kerana takut kerajaan tidak langsung mengindahkan kemahuan jutaan rakyat.
    Apatu?
    Hapuskan vernacular school.

  6. Apabila ditimpa musibah kita yang selamat seharusnya bersyukur dan bermuhasabah di atas kejadian yang menimpa ini..Tetapi apa yang ditunjukan oleh segelintir penduduk di kawasan ini adalah sebaliknya..mereka lebih sayangkan harta benda dan wang ringgit mereka..
    kini mereka menunding jari kearah pihak berkuasa dan kerajaan..nk dkatakan kurang bijak mereka akn marah kerana mereka terdiri drpd golongn profesional..buta dan pekakkah mereka? mustahil mereka tidak tahu tentang larangan kerajaan berkenaan pembinaan di kwsan lereng bukit..tapi mereka beli dan bina juga rumah disitu..pemaju pula memanipulasi kedaan demi keuntungan dan pbt mungkin meluluskan projek berkenaan dgn anggapan jumlah kutipan cukai pintu dan cukai tanah dapat ditinggkatkan dengan wujudnya projek-projek perumahan baru..

  7. waris79

    dah tahu membahaya, wat apa beli kat lereng bukit tuh.. biar pemaju tuh rugi..
    betul orang ini sebab ego dengan kekayaan..
    nampak mewah jika duduk kat lereng bukit panorama yang indah la..tak setaraf duduk kat bawah laa..banyak pilihan perumahan yang ada dalam negara nie..
    tapi kerana ada permintaan ada la penawaran.. tak kira membahayakan keselamatan orang lain..sekarang nie sibuk nak salahkan orang lain pulak..

  8. Ini adalah contoh manusia berotakkan lutut…sanggup luluskan apa apa projek tanpa berfikir dan mengkaji terlebih dahulu…Bayangkan jika peristiwa tanah runtuh itu berlaku di penempatan rumah kos rendah,sudah pasti lebih banyak nyawa yang terkorban..Walau apapun ucapan tahniah buat Khir,anda boleh lepas tangan….Kesian Azmin,tak pasal pasal kena maki…….

  9. kuntakinte

    Salam, kerja menunding jari memang senang dan mudah dibuat, bukit ke gunung ke perlu ada pihak yang telah dipertanggungjawabkan, ini bukan isu politik UMNO ke PAS ke PKR ke atau sesiapapun, ini isu bencana alam, tak perlu kita kaitkan politik dalam hal2 mcam ni, menambah derita orang yang hadapinya.

    Jabatan2 yang bertanggungjawab telah dibayar gaji oleh kerajaan untuk menjalankan kerja dalam bidang masing2 dan mempunyai tangungjawab mereka, kejujuran dan amanah memang perlu, permintaan dari developer untuk membangunkan setiap tanah perlu di nilai dengan amanah walaupun permintaan pasaran tinggi kita kena pastikan mengikut peraturan tanpa prejudis.

    kalau nak cari salah, bukan satu pihak je boleh kita tunding jari, buruk cakap pembeli sendiri wajib untuk membeli rumah dengan menilai dalam setiap sudut, duit dari poket kita bukan poket orang jadi kita yang berkuasa untuk memutuskan untuk membeli atau tidak, apabila kita memilih untuk membeli tanggungjawab terletak pada kita sendiri kenapa mesti ditunding kepada orang lain, kalau kita tak beli lingkup dan bangkrap developer tu…. itu kalau nak salah menyalah yeop….

    apa pun kita harap semua pihak tak kira Menteri ke, exco ke, kakitangan kerajaan ke, pihak swasta ke, masyarakat ke masing2 kena ambil iktibar dengan bencana ini, insaf lah se insaf2 nya kerana kegelojohan individu tertentu bencana habuannya, ingat undang2 tidak cukup jika tiada kejujuran dan amanah dalam diri masing2.

  10. Salam,

    Apele si FireDownBelow ni. Awak tak tahu ke, semasa zaman BN memerintah dulu pasukan pemerhati dan pemantauan sentiasa memastikan keadaan dan keselamatan secara berjadual pembangunan di cerun-cerun bukit.

    Apabila PR memerintah, kerja-kerja pemeriksaan tidak lagi dilaksanakan, mungkin kerana terlalu sibuk membuka fail-fail usang bagi mencari kesalahan orang. Tu le, banyak kerja yang berfaedah tidak di laksanakan, hanya pandai mencari kesalahan dan menudung jari bagi menutupi kelemahan sendiri.

    Si Mamat Azmin tu kena tenyeh dengan brother tu fasal dah tiga hari kejadian baru nampak muka dia yg hansem glamor tu. Kenapa tak ikuti cara bekas wakil rakyat Lembah Pantai DS Syarizat, pukul 3 pagi ada rumah terbakar pukul 4 pagi dah sampai, tegak sedia memberikan perkhidmatan. Ha, yang ini baru dikatakan wakil rakyat BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT, bukan wakil rakyat PENYEMAK MASYRAKAT.

  11. Alah masa B.N dulu perhati je bukan buat pemantauan pun,Pasukan tu ada sijil ISO ke dan pasukan tu buat kajian dan pemantauan betul betul ikut jadual ke??Kelemahan pasukan tu adalah apa yang kita saksikan trajedi sekarang ini.Dok kata pantau tapi tanah runtuh jugak…pasukan tu ada rasuah kot macam calon timbalan presiden umno yang sorang tu????

  12. Apalah kau firedownbelow,

    Macam duduk kampung aje tak tahu ape. Kalau dah ditubuhkan unit pemantauan tu tentulah mereka dipilih dari yg berkelayakan dan mempunyai akreditasi yg sepatutnya.

    Kerja pemantauan dan penganalisaan ini di panggil langkah pencegahan. Dulu semasa membuat kerja dan langkah pencegahan ini sekira didapati sebarang kemungkinan yg boleh menyebabkan berlaku kelemahan pada struktur tanah mereka akan melaporkan dan seterusnya melaksanakan kerja-kerja penampam atau pengukuhan atau lain2 perkara yg perlu dibuat.

  13. tu kan bencana alam saudara2 oi… Kita kena la banyak muhasabah diri sebab setiap kejadiantu ada hikmahnya…. x payah la nak salahkan sesiapa… anggap itu ujian buat kita… Dulu mangsa2 tsunami rakyat biasa jer… Lg ramai terkorban dan hilang tempat tinggal… Tp mereka pasrah dgn ujian yg menimpa mereka… Cuba pikirla sapa yg nak menyusahkan diri sendiri??? Kalau korang tau tanah tu nak runtuh nak ke korang buat rumah kat situ??? Dah tentu la tak nak sebab takut… So kita x tahu pun bencana apa yg akan menimpa…. Terimala Qada dn Qadar… Jgn kata kat KL je buat rumah bawah bukit… Bukak mata kat seuruh negara termasuk sabah & sarawak pun ada pembanggunan bawah bukit… Bezanya tanah kat sana x runtuh so org anggap pembangunan itu xde masalah… Bila dah runtuh mcm2 la kita dgr nanti… Yg penting kita x mintak semua tu terjadi terima la dgn sabar…

  14. kuntakinte

    Salam, sdr Fire, rasuah ni teman pernah kata, setakat rasuah duit itu je kesalahannya banding dengan puak2 species macam mike rasuah balun, tak cukup dengan tu china doll pun sapu, dah tu tak ngaku rasuah kata pulak sedekah, malu le sikit asyik tuduh orang rasuah, puak mike lagi teruk zina pun kira sedekah. he…he… geli hati teman.

  15. Tak sangka ye Abang Tuah sanggup hina dan kata orang kampung tak tahu apa,ooo masa nak mengundi harapkan orang kampung siap dengan bagi beras dan kain pelikat,ala tu sedekah ke atau rasuah?? Memang pasukan pemantauan tu ada kelayakan akedemik tapi kenapa dari awal mereka tak tahu struktur tanah macammana,PH tanah macammana lepastu pulak mesti ada alat canggih seperti JHBenchmark yang berupaya scan kedudukan kelonggaran tanah…Awat depa tu tak tau nak guna kot peralatan canggih?? Memangla semuatu Qada dan Qadar tapi tuhan suruh kita berusaha,kat negeri lain memang ada rumah bawah bukit tapi kat atas bukitnya takde kondo,pikiaqla sikit okey……

  16. Putera81

    Assalamualaikum,

    Pelik zaman sekarang nie..bencana alam pun boleh dipolitikkan..tanah runtuh pun pasal BN amalkan rasuah..emmm dah lupa hukum Allah agaknya..benda nie saudara FireDownBelow, kalau nak jadi dia bukan nak kira pantau ke tak pantau ker..kalau sehebat2 manusia pun kata Bukit Antarabangsa tu tempat paling selamat untuk didiami di muka bumi nie sekalipun, tapi kalau Allah mengkehendaki sebaliknya, sapa yang boleh menghalang??? Hatta kalau yang duduk di tempat rata sekalipun kalau Allah mengkehendaki untuk terbelah bumi di kawasan itu [dalam bentuk gempa] adakah masih salah kerajaan BN??? Walaupun ada ketidakpuasan hati & kebencian saudara kepada BN & UMNO khususnya, tapi sekali sekala ingat jugak la pada Maha Pencipta..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s