Daily Archives: December 10, 2008

Konvensyen BN Februari depan – malaysiakini

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini memutuskan untuk mengadakan Konvenyen BN Februari depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdllah Ahmad Badawi berkata, konvenyen dua hari itu diadakan sebagai satu cara untuk mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil susulan keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

“Pada ketika ini semua parti komponen BN bebas mengadakan retreat masing-masing untuk mengenal pasti isu yang akan dibahaskan dalam konvensyen berkenaan,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, konvensyen tersebut diadakan setelah jawatankuasa pengurusan BN mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi.

Mengenai perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam konvensyen berkenaan, Abdullah berkata, setiap parti komponen akan mengemukakan isu-isu yang akan dbincangkan kepada jawatankuasa pengurusan BN dan mereka akan memperhalusinya agar ia dapat dibahaskan dalam konvensyen itu nanti.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat pada hari ini turut membincangkan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

“Mengenai calon BN, Umno akan mengumumkan orang yang akan dipilih sebagai calon dalam masa terdekat,” katanya.

Ditanya mengenai pelan peralihan kuasa ekoran ada khabar angin mengatakan tidak akan berlakunya peralihan kuasa Mac depan, Abdullah berkata, perkara tersebut tidak perlu ditimbulkan lagi ketika ini. “Tak perlu timbulkan lagi perkara ini. Mengarut saja,” katanya. – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PPP Boleh Keluar BN…jika mahu keluar – malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.

“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.

Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.

“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.

Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat. – utusan

nota: Tunggu apa lagi PPP, kalau nak keluar…takyah nk ugut2…..keluar jer….kita tgk lah macam PPP kalau keluar dari BN….nk masuk PR atau nak berdiri sendiri. Berdiri sendiri sudah tentu tak boleh.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda