Konvensyen BN Februari depan – malaysiakini

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini memutuskan untuk mengadakan Konvenyen BN Februari depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdllah Ahmad Badawi berkata, konvenyen dua hari itu diadakan sebagai satu cara untuk mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil susulan keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

“Pada ketika ini semua parti komponen BN bebas mengadakan retreat masing-masing untuk mengenal pasti isu yang akan dibahaskan dalam konvensyen berkenaan,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, konvensyen tersebut diadakan setelah jawatankuasa pengurusan BN mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi.

Mengenai perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam konvensyen berkenaan, Abdullah berkata, setiap parti komponen akan mengemukakan isu-isu yang akan dbincangkan kepada jawatankuasa pengurusan BN dan mereka akan memperhalusinya agar ia dapat dibahaskan dalam konvensyen itu nanti.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat pada hari ini turut membincangkan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

“Mengenai calon BN, Umno akan mengumumkan orang yang akan dipilih sebagai calon dalam masa terdekat,” katanya.

Ditanya mengenai pelan peralihan kuasa ekoran ada khabar angin mengatakan tidak akan berlakunya peralihan kuasa Mac depan, Abdullah berkata, perkara tersebut tidak perlu ditimbulkan lagi ketika ini. “Tak perlu timbulkan lagi perkara ini. Mengarut saja,” katanya. – mstar

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s