PPP Boleh Keluar BN…jika mahu keluar – malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.

“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.

Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.

“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.

Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat. – utusan

nota: Tunggu apa lagi PPP, kalau nak keluar…takyah nk ugut2…..keluar jer….kita tgk lah macam PPP kalau keluar dari BN….nk masuk PR atau nak berdiri sendiri. Berdiri sendiri sudah tentu tak boleh.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “PPP Boleh Keluar BN…jika mahu keluar – malaysiakini

  1. Bro..Tak lama lagi UMNO AKAN BEE END .. SUDAH LAH…… UMNO RASUAH AND GILA KUASA.. BERI COMMENT PASAL PPP KONUN….

  2. kuntakinte

    Salam, sdr bangsa malaysia, sedar kan lah diri tak ada UMNO ke BN ke bangsat mike, merempat keturunan mike sampai sekarang, biar tahu bersyukur, semua agama suruh pengikutnya bersyukur keatas sebarang nikmat yg diperturunkan oleh tuhan, terutama yg beragama Islam bersyukur itu satu tuntutan..

  3. Putera81

    Assalamualaikum..

    PPP nie pun hidup berbekalkan ihsan BN jer..kalau nak harapkan berdiri sendiri alamatnya merempat la..pastu mengemis mintak simpati perlukan payung perlindungan..itu la sikap mereka yang mempunyai kepentingan dan matlamat peribadi sejak dulu lagi..berlindungkan bayang2 parti, mereka cuba menduga lautan yang dalam, kalau2 dapat direnangi dan direntasi..

    Sekarang nie banyak trend ugutan dari komponen2 kecil dalam jentera BN..tapi perlu diingat..komponen2 kecil ini walaupun ada fungsi dan kepentingannya, namun harga yang perlu dibayar untuk ditukarkannya dengan komponen kecil yang lain tidaklah semahal harga komponen2 besar seperti UMNO, MCA dan MIC yakni parti tonggak dan tunjang dalam BN..jadi PPP ibarat ada pun tak apa..tak ada pun tak apa..ada otak fikir sendiri..wassalam

  4. waris79

    parti macam nie tak tahu untuk berjuang bersama… senang nak tapi susah letak kat orang lain.. kononya nak ambil hati pengundi india.. kira nak jadi hero jugak la macam MIC dan MCA..

  5. Putera81

    Assalamualaikum..

    Betul kata Waris79 tu..PPP nie ada baiknya dibubarkan dan semuanya masuk menyertai MIC untuk memperkuatkan parti tersebut..daripada berjuang tanpa hala tuju yang jelas..yang ruginya masyarakat India jugak..sikap PPP nie akan memecahbelahkan lagi perpaduan dalam masyarakat India..masing2 nak pecah undi..nanti ada la pihak yang menangguk di air keruh..yang jadi mcm nie pun sebab ada orang dalam yang baling batu sembunyi tangan..Wassalam..

  6. Sokongan penuh diberikan untuk PPP blah dari BN sebab kalau nak kira sumbangan PPP sekecil kuman tetapi tuntutan dia kpd kerajaan x kira bg parti mahupun kaum yg mereka wakili ibarat mereka la yang paling berkuasa dalam BN..

  7. ehh apa susah blah ler…elok pun kalau kaum PKR memang ler ndak …. apa barang smpan perosak dan kaki kencing………. blah ler.. lagipun boleh join kaki kencing kawan2 yg bangang macam pkr… kuyup ler lagi

    sekupangdua ada cadangan kepada yang terbangang ni kalau jual tuala pun banyak untung ni…. tambah musim hujan dengan banyak yang kuyup kena kencing… tapi tak tau ler taku dema tak nak lap …nak ambik berkat kot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s