Setiausaha Kerja Umno Pahang maut terlanggar lembu di LPT

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang, Datuk Abdullah Rahmat, 51, maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakannya terbabas setelah terlanggar seekor lembu dalam kemalangan di KM92 Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Lanchang pada 9.15 malam tadi.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshah) di sini manakala seorang rakannya yang berasal dari Kuantan, Ahmad Kamal Abdul Malek, 50, pula disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hoshah.

Seorang lagi rakan mangsa Mohd Fazzri Mohd Amri, 22, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, mangsa yang memandu kenderaan berkenaan dan dua lagi rakannya itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan dan apabila tiba di tempat kejadian telah terlanggar seekor lembu yang melintas dari arah kiri ke kanan lebuh raya itu.

“Selepas melanggar lembu berkenaan, pacuan empat roda itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan memasuki laluan bertentangan dengan keempatempat roda ke atas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Fadzillah berkata, sejurus kemalangan itu, sebuah kereta lain jenis Perodua Kelisa dari Kuala Lumpur menuju Kuantan turut terlanggar lembu yang mati di tengah lebuh raya itu sebelum terbabas, bagaimanapun pemandunya, Sahlan Mat Nor, 22, hanya cedera ringan.

Di PEKAN, jenazah Allahyarham Abdullah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Marhum pada 12.30 tengah hari semlm. – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s