“Tidak adil tuduh polis mencuri” – malaysiakini

Dakwaan bahawa pasukan mencari dan menyelamat termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencuri barang-barang mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah tidak adil dan boleh menjejaskan maruah individu terlibat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kesemua anggota berkenaan telah berkorban masa dan tenaga demi tugas mencari dan menyelamat mangsa, justeru mereka wajar diberi penghargaan apatah lagi terpaksa memberikan khidmat dalam keadaan yang amat sukar.

Melakukan tugas dalam keadaan tertekan bukan sesuatu yang mudah, tetapi anggota bertugas telah membuktikan keupayaan mereka dengan begitu baik dan berwibawa.

“Mereka bekerja dengan begitu bersungguh-sungguh untuk mengawal jenayah dan keadaan sekeliling, termasuk membantu kesemua mangsa. Kesemua aktiviti mereka perlu dilakukan di dalam keadaan yang berbahaya serta berdepan dengan kemungkinan tanah runtuh yang boleh berlaku lagi. Hargailah mereka…,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kualiti di Agensi Dadah Kebangsaan di sini hari ini.

Syed Hamid menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan terdapat segelintir anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk anggota PDRM mencuri barangbarang milik mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa yang terlibat seharusnya membuat laporan polis supaya siasatan boleh dilakukan.

“Walaupun ada laporan mengenai kejadian seumpama itu, ada kemungkinan ia dilakukan oleh orang lain yang menyamar kerana terdapat ramai orang di kawasan kejadian waktu itu,” katanya. BERNAMA

nota:Mana lagi utama…hilang barang atau hilang nyawa? Geli hati apabila mendengar kisah2 sebegini. Anggota keselamatan bertarung nyawa demi keselamatan penduduk, dituduh pula mencuri. Ada pula yang tak nak pindah takut barang duniawi hilang. hehehe…mungkin harta lebih utama dari nyawa!!

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to ““Tidak adil tuduh polis mencuri” – malaysiakini

  1. umar

    Siapa curi barang 2 Altantuya ?

  2. dragon

    tak ada asap tanpa api……..memang nyawa di utamakan dari harta….tapi keluar dari mulut buaya , masuk pulak mulut harimau.

  3. Ganesan

    Any report must be professionally evaluated by proper authority, in this case where the residents have lost loved ones who are dear to them and to come to know that they were twice victims by people who are there to help them. It is an irony that one goes through life like this.

  4. Putera81

    Assalamualaikum..

    Mungkin lagak si orang kaya memang begitu..memalukan bila mereka meletakkan nilai nyawa mereka lebih rendah daripada peti televisyen LCD Plasma 67″ yang boleh dibeli secara ansuran di Court Mammoth @ SengHeng..sampaikan sanggup enggan berpindah kerana takut harta benda mereka dicuri..

    Sudahlah anggota polis bertungkus lumus menjaga harta benda mereka yang sebenarnya tak bernilai lagi..dituduh pulak sebagai pencuri..patutla kawasan ini “panas” kalau beginilah lagak mereka yang tidak ada barakah dalam kehidupan..wassalam

  5. waris79

    Penduduk di sana lebih penting harta dari nyawa.. ini boleh dijadikan tauladan pada kita..apabila harta menguasai diri sampai tidak menghargai pertolongan orang lain..
    Hampir semua yang menghuni di sana orang yang pandai2 tapi disebabkan ego dengan kemewahan mereka jadi begitu..
    Bersyukur anda tidak terjadi kejadian buruk pada anda..orang lain pun penat tanpa diberikan wang ringgit hanya sukarela untuk membantu..hargai bantuan itu dengan seikhlasnya…

  6. Bakal PM

    Knp nak dirusingkan….
    Senang menuduh org yg berjasa mencuri harta mereka tp ada tak sesiapa sedar dari mana kekayaan yang mereka dapat??? Kalau harta yg mereka dapat itu secara halal InsyaAllah tuhan akan menjaga keselamatan harta mereka tp kalau harta yang dikumpul secara haram sendiri ingatla… Pendek kata muhasabah la diri dengan setiap kejadian itu…

  7. kuntakinte

    Salam, patut le di timpa bencana….species tak bersyukur rupanya.

  8. Putera81

    Assalamualaikum

    Pada Putera, manusia diuji Allah SWT dalam dua bentuk..bentuk kesusahan dan bentuk kesenangan..kedua2nya bukti Allah menyayangi kita..

    Kalau dalam bentuk kesusahan, kita diuji dengan kesempitan wang, kerosakan harta benda, kesakitan dan mcm2 lagi yang mana jika kita berjaya bersabar melaluinya, Allah akan melipatgandakan ganjaran kepada mereka2 yang bersyukur..

    Tapi, ada juga yang diuji dalam bentuk kesenangan..diberi segala macam bentuk kemewahan..malangnya ramai yang alpa & lupa bahawa semua itu pemberian Allah , sepertimana yang diulas BakalPM..maka Allah menarik balik segala nikmat dunia itu semata2 untuk “menyelamatkan” mereka dari terus hanyut dan kufur akan nikmat Allah..diselamatkan mereka agar masih mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat & mendekatkan diri kepadaNya..

    Tapi apa yang terjadi kini seolah2 mereka masih belum bangun dari “gegaran” oleh Allah..masih menyayangi harta malah mungkin tidak keterlaluan dikatakan menjadi hamba abdi harta2 mereka sendiri..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s