Daily Archives: December 17, 2008

Bukan nak berterima kasih….

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Abdul Aziz Zainal kesal dengan tuduhan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

“Bukan ucapan terima kasih yang kami dapat sebaliknya dakwaan tidak berasas ini,” katanya pada satu majlis ATM di Kuala Lumpur hari Selasa.

Menurut beliau, masyarakat sepatutnya berterima kasih dan menghargai pengorbanan semua pasukan yang terlibat dalam operasi menyelamat bukan membuat dakwaan yang tidak berasas.

Berdasarkan laporan-laporan media, banyak dakwaan dan tohmahan yang dibuat ke atas pasukan mencari dan menyelamat termasuk menuduh anggota tentera meminum minuman keras semasa menajalankan operasi dan pasukan penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam misi tersebut dan anggota-anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Sepatutnya masyarakat di situ berterima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam operasi itu, bukan membuat dakwaan yang tidak berasas,” kata beliau.

Menjelaskan peranan ATM, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat ATM telah ditamatkan sejak jambatan taktikal milik ATM dibuka dan jambatan kekal siap dibina Ahad lalu.

“Kita telah menamatkan operasi…pihak tentera hanya terlibat dalam operasi ketika kecemasan sahaja. Operasi sekarang diserahkan kepada pihak majlis perbandaran dan polis,” katanya. –agendadaily

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda