Bukan nak berterima kasih….

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Abdul Aziz Zainal kesal dengan tuduhan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

“Bukan ucapan terima kasih yang kami dapat sebaliknya dakwaan tidak berasas ini,” katanya pada satu majlis ATM di Kuala Lumpur hari Selasa.

Menurut beliau, masyarakat sepatutnya berterima kasih dan menghargai pengorbanan semua pasukan yang terlibat dalam operasi menyelamat bukan membuat dakwaan yang tidak berasas.

Berdasarkan laporan-laporan media, banyak dakwaan dan tohmahan yang dibuat ke atas pasukan mencari dan menyelamat termasuk menuduh anggota tentera meminum minuman keras semasa menajalankan operasi dan pasukan penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam misi tersebut dan anggota-anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Sepatutnya masyarakat di situ berterima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam operasi itu, bukan membuat dakwaan yang tidak berasas,” kata beliau.

Menjelaskan peranan ATM, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat ATM telah ditamatkan sejak jambatan taktikal milik ATM dibuka dan jambatan kekal siap dibina Ahad lalu.

“Kita telah menamatkan operasi…pihak tentera hanya terlibat dalam operasi ketika kecemasan sahaja. Operasi sekarang diserahkan kepada pihak majlis perbandaran dan polis,” katanya. –agendadaily

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Bukan nak berterima kasih….

  1. Abdul Rahim

    “Terima kasih kepada ATM yang terajui oleh Tan Sri Abdul Aziz Zainal kerana khidmat yang cemerlang di kawasan Bukit Antarabangsa.” Sepatutnya itulah yang patut diluahkan oleh penduduk di situ bukan melemparkan kata-kata durjana. Saya sangat sedih dengan sikap segelintir penduduk di Bukit Antarabangsa yang tidak tahu mengenang budi. Sepatut mereka yang kononnya ‘educated’ dan ‘profesional’ tahu fungsi dan tugas pasukan penyelamat iaitu operasi mencari dan menyelamatkan nyawa bukannya operasi mencari dan menyelamatkan harta benda. Saya sangat sedih dengan sikap orang-orang kaya di situ yang leka dan sibuk nak cari/punggah/ angkut/kumpul harta benda mereka, kemudian marahkan pasukan penyelamat tidak menolong mereka mengumpul dan mengangkut harta benda tersebut. Sepatutnya mereka bersyukur kepada Tuhan yang telah menyelamatkan mereka atau keluarga mereka daripada terkorban. Mengapa pula harta benda sibuk nak diselamatkan. Sepatutnya mengapa bencana ini menimpa di tempat orang-orang kaya dan tidak orang-orang miskin. Ingatlah, harta benda yang kamu kumpulkan itu bukan boleh bawa ke kubur. Insaflah, hargai khidmat orang.

  2. Tanpa sedar memang itulah kenyataannya sekarang… Kita mudah lupa dengan jasa2 dan kebaikan org lain…. Sebaliknya jika secuit kesalahan dilakukan itulah yang akan di beri sepenuh perhatian… maka tidak hairanlah jika jasa2 pemimpin kita selama ini dilupakan dengan mudah hanya kerana kesilapan yg dilakukan oleh segelintir ahlinya…. Jika nak dibandingkan dgn taraf hidup dan kemudahan yang kita kecapi selama ini maka amatla patut kita berterima kasih kepada pemimpin yang telah banyak berusaha membangunkan negara…. Jgn kita ego untuk berterima kasih sebaliknya kita ghairah untuk mencaci dan menghina……

  3. Putera81

    Assalamualaikum,,

    Peti besi dah dijumpai semula..terperosok nun di bawah timbunan tanah dan rangka mahligai kebanggaan mereka..patutnya mereka nie patut meludah ke muka sendiri..melatah tak tentu hala sampaikan orang yang berbudi dan berbakti kepada mereka pun difitnahnya..lepas nie kalau masih tak reti2 turun tapak mintak maaf dan berterima kasih, tak reti la nak cakap apa dah..Wassalam

    p/s: Depa harus bersyukur kerana yang terperosok itu adalah peti besi, bukannya mayat mereka & ahli2 keluarga mereka..

  4. waris79

    kalau ade duit tuh beli la rumah kat tempat kebanyakan.. senang takde nak tanah runtuh banyak jiran yang boleh nak tolong..bermasyarakat.. jangan nak duduk kat atas jer orang bawah nie ingat sikit..

    p/s:masa azmin jadi yb adun hulu kelang pun terjadi gak tanah runtuh kat hill view.. dah jadi yb tanah runtuh..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s