SPRM: Makna besar kepada perjuangan melawan rasuah – Ezam–malaysiakini

SEBAGAI rakyat Malaysia, saya ingin mengalu-alukan perbentangan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi.

Sebagai seorang yang pernah merengkok dalam penjara kerana menentang rasuah, saya dapat merasakan bahawa pembentangan akta hari ini merupakan satu langkah yang paling signifikan yang di lakukan oleh seorang perdana menteri untuk melakukan perubahan atau reform di negara ini.

Pembentangan akta suruhanjaya pencegahan rasuah ini juga membuktikan komitmen Perdana Menteri khususnya dan kerajaan BN am nya jauh mengatasi komitmen pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat dalam janji-janji melakukan perubahan membanteras rasuah selepas pilihanaraya umum baru-baru ini.

Komitmen pemimpin Pakatan Rakyat menentang rasuah dan mewujudkan kerajaan urustadbir baik (good governance) semasa pilihanraya lalu sehingga hari ini hanya tinggal janji.

Selepas lapan bulan berkuasa, tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menunaikan janji mengisytiharkan harta kepada umum sepertimana yang di war-warkan sebelum pilihanraya. Jelas, Perdana Menteri lebih komited dan jujur dalam usaha menentang rasuah dengan pembentangan akta SPRM hari ini.

Akta hari ini lebih serius dan tegas dalam melakukan reform terhadap kuasa BPR berbanding pindaan yang di lakukan oleh Bekas Pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997.

Pembentangan akta hari ini juga membawa makna yang besar kepada perjuangan melawan rasuah oleh rakyat Malaysia yang prihatin, sebagai seorang pengasas NGO yang memerangi rasuah; saya berharap Akta penting ini dapat di bahaskan dengan matang dan bernas oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Penghormatan harus diterjemahkan dengan perbahasan yang melangkaui kepentingan sempit kepartian dan meletakkan isu ini sebagai sebagai isu negara dan rakyat yang mengatasi batasan parti.

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “SPRM: Makna besar kepada perjuangan melawan rasuah – Ezam–malaysiakini

  1. zackdanial

    Lah hidup lagi bapuk bernama Ezam ni ? ingat lepas P.Pauh dah mampus dah dia .

    Tiba2 je nak menjilat belakang Pok lah nampak . march nanti dia akan mula kempen menjilat belakang Najis pulak .
    Ezam – dulu , kini dan selamanya menjilat je kerja

  2. kuntakinte

    Salam, Sdr, Zack kuah tumpah kemana yeop!!! dia jilat belakang najis pun AN War yang perturunkan ilmunya yeop, bukan ke mike yang jadi saksi AN War jilat belakang saiful.

  3. mangkukhayun

    sdr ezzam..

    kenapa pemimpin PKR je yang patut mengishtiarkan harta BN juga patut berbuat demikian..

  4. apa punya mangkuk….
    kan janji PR masa dalam pilihanraya nak mengishtiarkan harta konon2nya nak menunjukkan keikhlasan dan kejujuran YB2 nya… jd x tahu mana silapnya sampai skarang x nmpk pun ada mana2 YB pr yg buat seperti yg dijanjikan… So skali lg la sy nak katakan yg pembangkang slama ni pandai complain jer… Sendiri mau ingat la yer…

  5. bila pulak pkr yang isthar reta … isk..isk… bagi tau aku bila lak distiharkan reta dema… alo yop cakap jer…

    sekupang dua tengah tunggu bila lak bpr di jemput PKR (yg kata telus jujur… he he he) untuk siasat rasuah pkr nak ambik jawatan perdana menteri malaysia …..

    sekupangdua nak tanya.. mangkuk ayun bang nuar dah istiharker rumah baru dia yang berjuta-juta ringgit tu… ada dia pelawe ker miker ke rumah…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s