Pak Lah tolak spekulasi terus kekal PM – malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak spekulasi bahawa beliau tidak akan berundur daripada jawatan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

“Khabar angin mana, cuba beritahu saya? Khabar angin adalah khabar angin,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.

Abdullah menegaskan demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa beliau tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Pelbagai pihak khususnya penulis blog mengadaikan bahawa Abdullah yang menjadi Perdana Menteri sejak Oktober 2003 tidak akan menyerahkan kepada Najib yang bakal diumumkan sebagai Presiden Umno Mac depan.

Secara tradisi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri.

Najib telah pun menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno bulan lalu selepas pencalonan berakhir.

Abdullah tidak mempertahankan jawatan itu kali ini.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada akan membuat rombakan Kabinet sekarang.

“Belum pasti hendak buat atau tidak. Saya tidak dapat nak kata apa-apa pada waktu ini,” katanya.

Semasa melawat Turkmenistan bulan lepas, beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan membuat satu rombakan Kabinet dalam masa terdekat tidak hanya untuk mengisi jawatan yang kosong tetapi juga akan melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio. – mstar

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Pak Lah tolak spekulasi terus kekal PM – malaysiakini

  1. Kami sokong Pak Lah terus jadi PM dari jatuh ke tangan penJENAYAH Monggol.

  2. Lah…Apai! Sarawak ini jadi orang Tartar yang suka kat kuda..kali ini cuma apai Sarawak ini jadi kuda kayu tonggangan pakatan rakyat yang tak boleh fikir dengan rasional.Tuduh dan fitnah orang memang senang..apai!.Adakah Kamu lihat dengan mata kepala kamu…atau ada saksi..tuduh sesiapa pun boleh…Macam kes anuar yang kena yang lapor pasai itu polis ambil tindakan…jangan asyik tuduh dan fitnah orang apai…nanti anak bini atau keluarga kamu pulak akan di fitnahkan orang!……

  3. mangkukhayun

    Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada akan membuat rombakan Kabinet sekarang.

    “Belum pasti hendak buat atau tidak. Saya tidak dapat nak kata apa-apa pada waktu ini,” katanya.

    Ulasan :

    Rombakan?!

    nak pencen pun ada hati nak rombak lg!

    blah lah pork lo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s