Daily Archives: December 23, 2008

Kapten Zahar nk masuk PAS?? – malaysiakini

Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.

“Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.

Mengulas lanjut, Zahar bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang.

“Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.

“Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya,” katanya.

Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.-mstar

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DAP bantah rancangan Pas laksana hudud

DAP hari ini membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menghubungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. – BERNAMA.

32 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda