Kapten Zahar nk masuk PAS?? – malaysiakini

Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.

“Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.

Mengulas lanjut, Zahar bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang.

“Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.

“Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya,” katanya.

Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.-mstar

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Kapten Zahar nk masuk PAS?? – malaysiakini

  1. Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu Semakin Hangat!!!

    Get The Latest P36 Kuala Terengganu News @
    Ikutilah Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu Di

    Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu

  2. tudung periok

    apo ni nak masuk pas, menyertai dap kan lebeh bagus untuk menguatkan keharmornian pakatan

  3. Tahniah Datuk…Negara Kita demokrasi,tukar parti bukan bermakna kita murtad…….

  4. Boleh blah sama lu Fire Down Below.

    Apa maksud ko ‘murtad’?

    Parti islam PAS itu termasuk golongan murtad ke?

    Apa lu cakiap tambi? Titak faham looor….

  5. Orang orang fanatik gila dalam parti UMNO anggap dosa besar jika melompat parti…..Dan dalam UMNO seolah olah menganggap jadi murtad jika keluar dari UMNO…Ni negara demokrasi beb,jadi tolongla hormat ideologi orang sama okey…yang penting kapten tu tau hala tuju politik dia dan dia dah tak serasi dengan UMNO jadi biarlah dia masuk PAS,dah dalam UMNO pemimpin dah jadi macam firaun yang langsung tak boleh ditegur,buat apa nak sokong lagi…

  6. Putera81

    Assalamualaikum..

    Saudara FireDownBelow..setahu aku ulamak PAS mcm Hadi Awang jer yang mengkafirkan penyokong2 UMNO..yang mengatakan sembahyang berimamkan orang UMNO itu tidak sah dan haram bergaul dengan orang UMNO kerana seolah bergaul dengan kafir..tak pernah pulak timbul isu murtad kalau keluar UMNO..tapi tak tahulah kalau satu lagi propaganda dari dewa dewi hangpa..Wassalam

  7. Fire Down Below,

    Cuba ko terangkan siapa orang Umno itu yang menganggap dia itu berdosa sebab keluar parti?

    Umno meraikan dia kluar adalah… Apa kene mengena pulak dengan dosa murtad? Tang mana yang murtad? Ko tau ke apa itu murtad? PAS itu kafirlah kalau ikut ko punya maksud, kan?

    Kalau takat dia yang lompat, apa kelebihan yang PAS boleh dapat kat dia nih? Lama dulu dah Umno nak tendang dia nih… sebab jadi beban kat parti… memang dibiarkan pun dia masuk mana-mana parti yang dia suke, parti cap ayam ke, cap lembu ke, tak kisah pun….
    Korang tu jer yang kecoh, yang tersilap sangka (sebab tak tau) Adake patut kata Umno tak bagi dia pindah parti…. kasi malu jer lu ini..Chehhh!!

  8. salam,
    Sebenarnya janganlah campur adukan isu Kapt.Azhar ini dengan lompat parti.Bagi UMNO isu Kapten bersara ini seperti dalam Tentera diberi SNLR dengan kelakuan Terkeji.SNLR itu bermakna”Service No Longer Required”Perkhidmatan Tidak lagi diperlukan.Tentang Hala ke haram ke Murtad lompat parti ini selalunya yang keluarkan fatwa adalah Orang Pas terutamanya TG.Dato’ Nik Aziz!bukan Pak Lah atau pun Najib!.
    TG.Dato’ Nik Aziz pernah keluarkan kenyataan :

    “Memang melompat parti ini bukan kerja orang politik,kerja orang makan upah,bukan manusia(kalau)boleh dijualbeli”.

    Pada 16 Sept 2008 pulak beliau berkata:
    “Lompat parti macam Anwar lakukan adalah selaras dengan kehendak demokrasi mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.”kalau Anwar tidak buat macam itu,nak buat macam mana lagi sementara menunggu pilihanraya,buat macam inilah dulu”.

    kalau kita teliti pendirian pemimpin PAS,mereka boleh berkata apa saja kalau perkara itu ada kepentingan politik pada mereka.Dengan itu jangalah kita terlalu terikut dengan fatwa ahli politik di negara ini.bagi Umno keluar atau pertukaran pemimpin adalah perkara biasa.Seperti sedia maklum ahli PKR yang Melayu yang ada sekarang majoritinya dari UMNO bukanya dari Parti Pas!.UMNO tak pernah kecewa.Pemimpin Pas adalah pemimpin-pemimpin yang dah lama dan tidak akan mengundur diri dari Pimpinan parti sehingga nadi mereka berdenyut….bukankah ini menunjukan mereka tidak rela memberi kuasa pada yang muda!.Apa yang orang-orang tua boleh dibuat untuk golongan muda?.Mempelajari sejarah statik cuma akan mundurkan diri kita.
    Wassalam.

  9. Putera81

    Assalamualaikum sahabat sekalian alam..

    Petikan dari Berita Harian:

    “Nik Aziz bangkit isu dosa, pahala

    KUALA TERENGGANU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menimbulkan semula soal pahala dan dosa ketika mengingatkan pengundi supaya memilih calon Pas akan mendapat pahala dan menempah dosa jika memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

    Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata terserah kepada pengundi untuk memilih pahala dengan menyokong Pas yang memperjuangkan Islam atau memilih dosa dengan memilih BN yang menolak perjuangan Islam. ”

    Apa pulak komen FireDownBelow kali ini..begitu tinggi makam nik aziz sampai mempunyai kuasa menentukan dosa dan pahala sesama makhluk??? MasyaAllah..betul2 dunia akhir zaman..

  10. kuntakinte

    Salam, sdr Fire kalau UMNO mike kata macam firaun, dah lama benor puak mike gelar macam tu, dah lali dengar he..he.. zaman dah berubah yeop…

    Tak sapa nak marah si Zahar kacang lupa kulit masuk PAS, di alu2 kan,,,biar PAS pulak pening kepala jaga dia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s