Ludah Jilat Balik ?? – malaysiakini

Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor.

“Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat kekayaan dan manfaat daripada parti (Umno),” kata exco penerangan Pemuda negeri Nor Azman Mohd Nor.

“Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno).”

Mengulas tindakan Umno awal bulan ini yang didakwa punca Zahar meninggalkan parti itu, Nor Azman berkata penggantungan Zahar selama tiga tahun bukan diambil sewenang-wenangnya.

“Selama 62 tahun, Umno tidak membuat keputusan sewenang- wenangnya, mesti ada sebab-musabab,” katanya, yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu penggal lepas.

Selain mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter, Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian mulai 2 Disember kerana mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa.

Menurut Nor Azman lagi, tindakan Zahar mendedahkan isu pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan bersifat peribadi dan ia di luar pengetahuan ahli-ahli jawatankuasa bahagian.

“Tindakan Majlis Tertinggi (menggantung beliau) perlu kerana ia boleh merosakkan parti dan (merupakan) satu kesalahan. Ahli Umno perlu setia kepada parti,” katanya kepada Malaysiakini.

Tidak wajar Zahar meninggalkan Umno dan mengajak sebahagian penyokongnya turut menyertai PAS, tambahnya.

“Tindakan keluar parti dan menyertai PAS, dan meninggalkan ahli adalah satu tindakan peribadi yang tidak patut dilaksanakan,” kata Nor Azman, sambil menjelaskan beliau tidak ada permusuhan atau perselisihan faham dengan bekas ketuanya itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin bahawa ahli-ahli Umno bahagian tidak terpengaruh untuk bersama-sama dengan mantan ketua bahagian itu kerana menyifatkan mereka sudah berfikiran matang.

Dalam ucapannya hari ini sewaktu menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini, Zahar berkata 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan akan mengikut jejak langkahnya.

Umno Petaling Jaya Selatan mempunyai 38 ahli jawatankuasa bahagian dan 101 cawangan dengan jumlah keanggotaan lebih kurang 20,000 orang.

Nor Azman juga menjelaskan, bahawa Zahar tidak sepatutnya menyertai PAS tetapi “sepatutnya dia tubuh parti baru”.

“Beliau boleh bercakap apa yang beliau suka, dan buat apa yang beliau suka. Selama ini beliau hentam PAS, lepas tu (sekarang) jilat ludah balik,” tambahnya. – mkini

nota: mungkin Kapten Zahar kecewa dengan kegagalan syarikat Mentari Services dalam kontrak pembelian Eurocopter. Ada benarnya kata orang2 lama politik. Orang kalau tak dapat apa yang dia nak..dia mesti akan keluar dari parti tu dan masuk parti politik yang lain.Mungkin ada kebenaran di dalam beberapa suara lantang Kapt Zahar…tapi jgnlah kecewa sampai tukar parti…. Lompatlah si katak lompat…lompatlah tinggi2….kecewa sebab tak dapat..bawak diri tukar parti….

Kena ingat TGNA cakap dulu PAS bukan parti politik..tapi Gerakan Islam Kapt…

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Ludah Jilat Balik ?? – malaysiakini

  1. Salam,

    Takpelah, kira ok lagi jilat ludah sendiri. Pasai dulu bukan main lantang lagi bangkang parti orang kafir yang kononnya haram didampingi.

    Sekarang bila disuruh pilih satu antara hasil pendapatan projek mega ke atau ludah sendiri, diorang sanggup lagi pilih yang kedua dan diulam bersama prinsip 5P. Itulah tiket untuk diorang bekerjasama dengan orang kafir, kononnya tranformasi politik itu perlu mengikut kesesuaian masa.. haha, manifestonya tak ditransform sekali ke?

    Takpe, kalau nak present sebagai wakil parti, kene fikir banyak-banyak dan berkali-kali kerana cakap yang sekarang nih, orang pegang sampai bila-bila.. takkan lupa sampai mati tu.

  2. kuntakinte

    Salam, ini yg dikatakan kacang lupa kulit, buka kilang roti kecil – kecilan, melalui Kemt Perdagangan Antarabangsa tolong kerana bumiputera untuk besar kan perniagaan dengan beri modal dan tolong pasarkan ke Luar negara sekarang antara usahawan pengesport roti yg terbesar dikalangan pengilang2 lain dalam Malaysia, sekarang dah le salah seorang yang kaya hasil bantuan kerajaan, masa tu kerajaan baik aje…

    Lepas tu mula nak cari perniagaan lain, masuk tender membekal Helikopter gagal dapat tender sebab harga Helikopter mahal tapi standard helikopter elok sikit dari NURI, tak berjaya mula marah kerajaan tuduh kerajaan macam2 pastu keluar Parti sebab tak puas hati tak dapat tender, ini lah dia species2 yang perlu kerajaan asyik jaga diaorang je, kerajaan buat betul ada juga yang marah apatah lagi kalau kerajaan buat tak betul lagi lah di hentam cukup2, itu lah nasib kerajaan.

    Terlalu ramai yang selesa tapi rasa tak cukup2 selesanya ibarat kacang lupakan kulit dan species macam ni bersepah2 di muka bumi ini.

  3. pirah.. biar dia dia pegi gunting dalam lipatan, hari ni dia baik tapi esok dia tikam sedara sendiri…. ko org jangan kisah sangat.. sebab jenis macam ni memang pakatan rakyat suka.. sebab banyak jawatan the ganeral ulama the kafir group was un occupied… banyak kosong and for sure yg very good in act… pakai ketayap then they are the true muslim command. hear and never say no… i’m the truth. pada org UMNO dah nampak.. pada org pas lak as long he was the commity consider OK. patut tolak jer ini disebabkan nak revange tak kira ler… orang islam yg naya! masyaallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s