Hadiah Tahun Baru PKR Seawal Minggu depan – malaysiakini

Permulaan tahun baru 2009 – hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan ‘gegaran’ dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, “kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras.”

Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini.

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini.

“Keputusan ini memang satu tindakan yang keras… ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti,” kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.

Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi.

DIPUJUK ANWAR

Manikavasagam, yang kelihatan antara pemimpin lantang bersuara dalam PKR, mengakui beliau pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan meletakkan jawatan sebelum ini tetapi telah dipujuk oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

“Tetapi kali ini, saya sudah buat keputusan dan tidak bercakap dengan mereka (Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain).

“Saya tidak mahu bercakap dengan mereka, saya sudah membuat keputusan muktamad saya,” kata beliau dalam nada sambil memperlihatkan kekecewaan dengan perkembangan semasa dalam parti tersebut.

KECEWA

Dua hari lalu, Manikavasagam melahirkan hasrat untuk keluar PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Menurutu Manikavasagam, pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga didakwa tidak sepakat dan rapuh dari segi hubungan sesama mereka, selain segelintir berlagak sombong serta enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan.

Manikavasagam menambah, beliau sudah kecewa dengan perkembangan sejak sembilan yang lalu.

“Saya sudah kecewa. Pengundi-pengundi saya tahu saya bekerja untuk mereka, saya tidak mahu ditipu lagi selepas mengalami nasib yang sama selama 50 tahun yang lalu,” katanya.

Selain tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PKR sendiri, jelas Manikavasagam, wakil rakyat PKR juga dikecam dan dikritik oleh pemimpin parti komponen Pakatan Rayat khususnya DAP.

TIADA SOKONGAN PEMIMPIN PKR

Kata Manikavasagam lagi, apabila dikritik oleh pemimpin parti komponen, tiada pemimpin PKR yang tampil mempertahankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam penjelasan itu, Manikavasagam secara langsung merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang didakwa menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar.

Dua bulan lalu Manikavasagam juga pernah mengugut akan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebelum ini, Manikavasagam mencetuskan kontroversi apabila mengkritik secara terbuka dan menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sebagai tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober lalu.

Khalid merupakan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor.

AMARAN TIMBALAN PRESIDEN

Dalam pertemuan dengan mStar Online, beliau juga memaklumkan bahawa menerima SMS daripada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali yang antara lain menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media.

Syed Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam agar menghentikan perbuatan itu.

Manikavasagam berkata, beliau menjawab SMS itu dengan menjelaskan bahawa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden seharusnya meneliti tohmahan yang dilemparkan ke atasnya oleh Teng dari pelbagai sudut dan kesukaran yang dialami selama ini.

Katanya, pemimpin PKR tidak menghulurkan bantuan dan sokongan apabila diharapkan dan tidak melihat isu itu dari satu sudut semata-mata. – mstar

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Hadiah Tahun Baru PKR Seawal Minggu depan – malaysiakini

  1. Salam,
    PKR…Ahli-ahli parti ini adalah dari serpihan BN.Mereka lari ke PKR pun nak jawatan dan juga supaya orang terima pendapat dan ideologi mereka (hipokrit).Yang melayu dari serpihan UMNO,yang Cina dari serpihan MCA dan yang India pulak yang bergaduh dengan Datuk Sri Samy.Dalam politik nak menegakan ideologi dan pendapat kena tubuhkan parti sendiri.Susah nak duk bawah satu parti.Masuk dalam dan buat Parti PKR pun kerana marahkan ideolgi dan pendapat mereka tak diterima di parti asal.Kita kalau nak masuk parti perlu memahami dasar Ideologi parti itu..adakah ia sesuai dengan jiwa kita.Ini tidak masing-masing ikut kepala masing-masing.Tidak ada makna toleransi dalam kepalanya.Orang macam ini dimana-mana pun tidak diperlukan orang..hampas dari parti BN.
    Bagi Bukan melayu dalam PKR ini kamu orang tunggulah,Pasti satu hari nanti PKR akan berkabung dengan PAS dan akan menjadi parti baru Pas-PKR yang membawa makna.. Pas Pemusnah kedamaian Rakyat.Masa itu bukan nak dapat hadiah, tapi dengan bonus sekali untuk ahli-ahli PKR akan terima.Wassalam.

  2. Putera81

    Assalamualaikum..

    Mamak haji..apa habaq?? Ish..mamak jangan cakap lagu tu..nik aziz kata kalau xsokong PAS dapat dosa..kena sokong baru boleh pahala menimbun2..hehe

  3. kuntakinte

    Salam, ish…ish… mamak, patut nak berjaya tambah lagi gabungan parti, ni di kurangkan, bukan ke patut nya di wujudkan gabungan PKR+DAP+ PAS+ Hindraf+ Jerit + Bersih lagi banyak dapat bonus…. he..e..

  4. Putera81

    Assalamualaikum..

    Haha Kuntakinte..geli hati teman..macam bonus xpax pulak..haha nie baru la dinamakan “friends & family”..haha wassalam

  5. ikankecil

    salam…..

    ikankecil nk tgk jew ape yg akan jd lpas ni…….

    ikankecil berenang bebas….

    wasalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s