Daily Archives: December 30, 2008

Macam Mana Nk jadi PM kalau tak yakin dengan rakyat sendiri – malaysiakini

Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pengerusi perhubungan parti itu di Sabah dan Sarawak membuktikan beliau sendiri tidak yakin dengan kepimpinan PKR di kedua-dua negeri.

Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata Anwar juga cuba menggunakan kedudukannya di peringkat pusat untuk menguasai aktiviti PKR di peringkat negeri di Sabah dan Sarawak.

“Saya dapat merasakan Anwar tidak yakin kepada Dominique Ng (Ketua PKR Sarawak) untuk menerajui kempen PKR di negeri ini, beliau juga mahu menguasai PKR di Sarawak dan Sabah tanpa memberi peluang kepada pemimpin mereka di negeri,” katanya selepas menutup program Motivasi Pelajar anjuran Persatuan Kebajikan Petra Jaya dan Yayasan Sarawak di sini hari ini.

Baru-baru ini Anwar mengumumkan beliau akan menjadi pengerusi perhubungan PKR untuk Sabah dan Sarawak sebagai langkah untuk merampas dua negeri terbabit daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk Sarawak yang bakal menghadapi pilihan raya negeri selewat-lewatnya pada tahun 2011.

Johari yang juga Timbalan Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu berkata BN negeri tidak pernah rasa takut dan bimbang dengan tindakan PKR untuk meningkatkan lagi kempen mereka di negeri ini termasuk apa yang telah mereka lakukan di beberapa kawasan di luar bandar di Sarawak.

Katanya rakyat di negeri ini harus memikirkan apa yang telah berlaku di Selangor hari ini dan ia jelas membuktikan PKR tidaklah sehebat yang mereka katakan sebelum ini.

“Fikirlah apa yang berlaku di Selangor hari ini, PKR ada masalah di sana,” katanya. BERNAMA

nota: Sudah nampak ketamakan kuasa sesetengah pemimpin PKR. Kesian bekas2 pemimpin PKR di Sabah dan Sarawak. Ini sudah boleh dikategorikan Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama.

Orang lain buat kerja orang lain dapat nama.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PKR Tak Yakin Kebolehan Orang Sarawak/Sabah Untuk Memimpin??

Pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai parti itu di Sabah dan Sarawak tidak bertujuan memperlekehkan kepimpinan sedia ada di kedua-dua negeri tersebut, kata Setiausaha PKR Sabah, Ahmad Thamrin Mohd Jaini.

 

Ahmad Thamrin berkata, keputusan supaya Anwar menggantikan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak sebenarnya bertujuan memperkukuhkan parti itu.

 

“Kita perlu melihat keputusan itu secara positif dan tidak patut mempersoalkannya,” katanya.

 

Bagaimanapun katanya, kedudukan Anwar dalam mengetuai PKR di kedua-dua negeri itu adalah untuk sementara waktu sahaja.

 

Awal minggu ini, Jeffrey telah menyifatkan tindakan menggantikan beliau dengan Anwar bagi mengetuai PKR di Sabah seperti memberi gambaran yang orang Sabah tidak berkemampuan mengetuai parti di negeri itu.

 

Thamrin berkata, keputusan yang dibuat kepimpinan PKR pusat bukan didorong oleh sebarang agenda peribadi.

 

Beliau menafikan yang PKR Sabah kini menerima tentangan berikutan pelantikan Jeffrey sebagai salah seorang daripada timbalan pengerusi di negeri itu. Dua lagi adalah Pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dan penyandang jawatan itu sebelum ini, Christina Liew.

 

Umum mengetahui memang wujud persaingan dalam merebut jawatan antara Jeffrey dan Ansari.

 

Kata Thamrin, jika wujud perpecahan dengan pelantikan jawatan-jawatan itu, keputusan supaya Anwar mengetuai PKR Sabah adalah demi kepentingan menyatukan parti.

 

Minggu lalu, PKR mengumumkan rombakan penyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri iaitu Anwar mengetuai Sabah dan Sarawak.

 

Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain terdiri daripada Datuk Fauzi Abd Rahman di Pahang, Pulau Pinang (Datuk Zahrain Mohamed Hashim), Negeri Sembilan (Datuk Kamarul Baharin Abbas), Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Datuk Abd Khalid Ibrahim), Kedah (Ahmad Kassim), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir), Perlis (Johari Shafie), Melaka (Khalid Jaafar), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa), Perak (Osman Abdul Rahman) dan Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah).

 

nota: sekiranya benar PKR yakin dengan kebolehan rakyat sabah dan sarawak utk memimpin sudah tentu kepimpinan PKR negeri akan dikepalai oleh masyarakat setempat dan bukannya pemimpin ‘import’ dari semenanjung. atau adakah ini menunjukkan bahawa rakyat sabah dan sarawak tidak menerima kehadiran PKR di sana??

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 bulan lalu paling mencabar dalam hidup saya – saiful malaysiakini

Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat majikannya itu enam bulan lalu, kembali mengisi blognya hari ini dengan menyifatkan tempoh enam bulan yang lalu sebagai “paling mencabar dalam hidupnya.”

 

“Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah enam bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur.

 

“Terus terang, inilah enam bulan yang paling mencabar dalam hidup saya,” kata Saiful, 23, yang kali terakhir memuatkan tulisan dalam blognya sempena Aidilfitri yang lalu.

 

Kata Saiful, tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia telah dilemparkan kerana tidak mempercayai dakwaannya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

 

“Namun, Alhamdullilah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah s.w.t, saya dan keluarga telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi mengharungi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar,” katanya Saiful lagi.

 

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah didakwa meliwatnya pada 26 Jun lalu di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dekat sini.

 

Pada 15 Ogos lalu, Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

 

Pada 9 Julai lalu Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

 

Saiful muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 27 November lalu.

 

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

 

Dalam tulisannya kali ini sempena sambutan Maal Hijrah esok, Saiful berkata:

 

“Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t.”

 

“Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh enam bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekali gus mengubah diri saya.

 

“Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak.

 

“Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun Saiful mengakui bahawa dia tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini.

 

Malah, katanya, ia telah memberikannya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar pada masa akan datang terutama semasa ketika perbicaraan kes itu kelak.

 

Kes itu masih di peringkat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 5 dan 6 Februari depan untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan semakan Pejabat Peguam Negara bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kes liwat itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Jelas Saiful, walaupun terkilan atas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.

 

Merujuk kepada sambutan Maal Hijrah pula, Saiful menulis, konteks hijrah tidak semestinya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

 

“Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran.

 

“Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan.

 

“Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba,” katanya. – mstar

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tok Mun Sah Tak Bertanding – Malaysiakini

Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

 

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

 

“Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh. Takdok pitih (takde duit)… dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)… Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat),” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Gong Gemia di sini.

 

Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

 

Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada lama blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

 

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut.

 

“Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi,” katanya.

 

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.

 

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: “Tak sempat dah… dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat”.

 

“Lagipun, selagi takdok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. InsyaAllah kalau Tok dipanjangkan umur lagi, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pulak,” katanya.

 

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi).BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda