6 bulan lalu paling mencabar dalam hidup saya – saiful malaysiakini

Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat majikannya itu enam bulan lalu, kembali mengisi blognya hari ini dengan menyifatkan tempoh enam bulan yang lalu sebagai “paling mencabar dalam hidupnya.”

 

“Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah enam bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur.

 

“Terus terang, inilah enam bulan yang paling mencabar dalam hidup saya,” kata Saiful, 23, yang kali terakhir memuatkan tulisan dalam blognya sempena Aidilfitri yang lalu.

 

Kata Saiful, tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia telah dilemparkan kerana tidak mempercayai dakwaannya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

 

“Namun, Alhamdullilah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah s.w.t, saya dan keluarga telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi mengharungi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar,” katanya Saiful lagi.

 

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah didakwa meliwatnya pada 26 Jun lalu di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dekat sini.

 

Pada 15 Ogos lalu, Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

 

Pada 9 Julai lalu Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

 

Saiful muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 27 November lalu.

 

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

 

Dalam tulisannya kali ini sempena sambutan Maal Hijrah esok, Saiful berkata:

 

“Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t.”

 

“Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh enam bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekali gus mengubah diri saya.

 

“Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak.

 

“Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun Saiful mengakui bahawa dia tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini.

 

Malah, katanya, ia telah memberikannya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar pada masa akan datang terutama semasa ketika perbicaraan kes itu kelak.

 

Kes itu masih di peringkat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 5 dan 6 Februari depan untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan semakan Pejabat Peguam Negara bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kes liwat itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Jelas Saiful, walaupun terkilan atas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.

 

Merujuk kepada sambutan Maal Hijrah pula, Saiful menulis, konteks hijrah tidak semestinya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

 

“Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran.

 

“Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan.

 

“Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba,” katanya. – mstar

Advertisements

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “6 bulan lalu paling mencabar dalam hidup saya – saiful malaysiakini

  1. zackdanial

    Kepala konek dialah ,

    mencabar apa , kesana kemari ada body guard , Anak2 kecil hilang polis tak ada pegawai nak mencari mereka , sbb sibuk menjaga si bapuk ni . 6 bulan ni singkat kalau dibandingkan dgn akhirat nanti kalau ditakdirkan masuk neraka .

  2. kuntakinte

    Salam, ai… sdr zack marah beria2 .. konek tu apa?.. jenis otak kau ke… adil lah sikit marah kan sama si AN War tu tak kena bunuh sampai sekarang, teman tunggu je bila dia nak kena bunuh… mungkin org takut bunuh sebab dia kongsi2 pakai body guard kut dengan si saiful kah..kah.. di akhirat kelak termasuk lah kau sekali yang terjerumus kerana mengutuk si saiful he..he..

  3. ehem

    cam mana org biasa tiba2 boleh punyai body guard utk kesana dan kemari..

  4. umno=pencuri

    kunta kunte..
    doktor dari pusrawi dah buat pengakuan..dia dh chech saiful pembohong ni..clear..xde kesan ape lngsung

    sepulbohong ni mimpi kot..
    besumpah pn salah tarikh..
    nampak sangat xbetol
    terang2

    saksi pn kena pakse..
    pebende cam2..

    begambar ngn najib plak..apehal lah si pembhong ni..
    ko nak sokong pembohong ngn najib dia gak ke
    najib plak antatuya

    22 same
    pembohong

  5. Wahai insan yang berhati mulia cubalah fikir sikit kalau si Anwar tu seorang yang benar kenapa dia tak berani nak bersumpah macam saiful ataupun cara yang betul bagi dirinya

  6. Putera81

    Assalamualaikum saudara2 seagamaku..

    Saudara tegak kebenaran..anwar memang tak perlu bersumpah atas nama Allah Yang Maha Suci sebab dia tau puak2 dan juak2 dia tu boleh dikencing dengan hujah2 karut dia saja..mentaliti mereka dah tertutup dek kerana taksubkan Anwar dan dek kerana cemburukan UMNO yang rukun rumahtangganya dengan parti2 lain dalam BN..

    Anak kecil pun dah boleh bezakan antara kebenaran dengan kekarutan..antara berani dan kecut..patutnya bila anwar dituduh, difitnah..kalau BETUL dia seorang yg dizalimi, mengapa tidak menghadap Yang Maha Pencipta memohon pertolongan..memohon restu bersumpah berlindungkan kesucian nama Allah..itu semua mesti ada dolak dalihnya..

    Pokok pangkal..terima kasih kerana terbuka hati untuk melihat dengan jelas siapa anwar sebenarnya..Putera bersyukur seorang lagi insan bernama “tegak kebenaran” yang terselamat dari kebodohan ilmu taksub anwar..wassalam

  7. ehem

    Kejahilan masih terserlah, jika tidak menguasai bidang jangan beri komen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s