PKR Tak Yakin Kebolehan Orang Sarawak/Sabah Untuk Memimpin??

Pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai parti itu di Sabah dan Sarawak tidak bertujuan memperlekehkan kepimpinan sedia ada di kedua-dua negeri tersebut, kata Setiausaha PKR Sabah, Ahmad Thamrin Mohd Jaini.

 

Ahmad Thamrin berkata, keputusan supaya Anwar menggantikan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak sebenarnya bertujuan memperkukuhkan parti itu.

 

“Kita perlu melihat keputusan itu secara positif dan tidak patut mempersoalkannya,” katanya.

 

Bagaimanapun katanya, kedudukan Anwar dalam mengetuai PKR di kedua-dua negeri itu adalah untuk sementara waktu sahaja.

 

Awal minggu ini, Jeffrey telah menyifatkan tindakan menggantikan beliau dengan Anwar bagi mengetuai PKR di Sabah seperti memberi gambaran yang orang Sabah tidak berkemampuan mengetuai parti di negeri itu.

 

Thamrin berkata, keputusan yang dibuat kepimpinan PKR pusat bukan didorong oleh sebarang agenda peribadi.

 

Beliau menafikan yang PKR Sabah kini menerima tentangan berikutan pelantikan Jeffrey sebagai salah seorang daripada timbalan pengerusi di negeri itu. Dua lagi adalah Pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dan penyandang jawatan itu sebelum ini, Christina Liew.

 

Umum mengetahui memang wujud persaingan dalam merebut jawatan antara Jeffrey dan Ansari.

 

Kata Thamrin, jika wujud perpecahan dengan pelantikan jawatan-jawatan itu, keputusan supaya Anwar mengetuai PKR Sabah adalah demi kepentingan menyatukan parti.

 

Minggu lalu, PKR mengumumkan rombakan penyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri iaitu Anwar mengetuai Sabah dan Sarawak.

 

Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain terdiri daripada Datuk Fauzi Abd Rahman di Pahang, Pulau Pinang (Datuk Zahrain Mohamed Hashim), Negeri Sembilan (Datuk Kamarul Baharin Abbas), Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Datuk Abd Khalid Ibrahim), Kedah (Ahmad Kassim), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir), Perlis (Johari Shafie), Melaka (Khalid Jaafar), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa), Perak (Osman Abdul Rahman) dan Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah).

 

nota: sekiranya benar PKR yakin dengan kebolehan rakyat sabah dan sarawak utk memimpin sudah tentu kepimpinan PKR negeri akan dikepalai oleh masyarakat setempat dan bukannya pemimpin ‘import’ dari semenanjung. atau adakah ini menunjukkan bahawa rakyat sabah dan sarawak tidak menerima kehadiran PKR di sana??

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “PKR Tak Yakin Kebolehan Orang Sarawak/Sabah Untuk Memimpin??

  1. kuntakinte

    Salam, memalukan rakyat Sabah dan Sarawak, PKR jelas memberi signal bahawa orang Sabah dan Sarawak tidak boleh memimpin dan sekaligus memandang rendah kebolehan orang Sabah dan Sarawak.

    Walaubagaimanapun disebab kan orang Sabah dan Sarawak yang cerdik pandai semua telah nmenganggotai parti BN dan komponennya mengambarkan PKR ketandusan pemimpin di sana, bagi memuaskan nafsu AN War tatap mahu menghancurkan perpaduan Sabah dan Sarawak, jiwa nya bergelora selagi perpaduan kukuh di kalangan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak, di Semenanjung usahanya memecah belahkan perpaduan rakyat telah nampak putik2 kejayaan kini beliau berubah pula ke Sabah dan Sarawak yang di anggap kaum2 yang tidak cerdik dan bijak, tetapi mungkin beliau silap kerana sumpit sedang menunggu untuk menyumpitnya di sana kah..kah..

  2. Putera81

    Assalamualaikum..

    Bro Kuntakinte..kita roger Apai je suruh standby dengan sumpit kat airport..haha

  3. mangofruit

    It is a bad move for Anwar to take over the Liaison Chief for the East Malaysian States. Not only that it shows arrogance on his part, it reinforces the long-held belief that Malaya had been colonising the Borneo States purely for their natural resources for the benefits of the Malayan people (just like the British colonial masters before)at the great expense of the people in these Borneo States who are still poverty-stricken after 45 years of ‘merdeka’.

    Why can’t he just appoint Dr. Jeffrey? He is the best person to lead PKR Sabah without whom PKR Sabah would not have a far-reaching influence over the non-Muslim Natives and the Chinese in Sabah. One must not forget that PKR presence in Sabah was way back in 1998, yet it did not make an impact on the Sabahans as far as their support is concerned despite they already had Ansari, Badru, Christina and Ag Tengah as their Sabah leaders.

    Can we Sabahans be blamed for believing that PKR and UMNO have very little difference when it comes to Politics of Federalism in Malaysia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s