Monthly Archives: December 2008

Sah…Abu Zahar Masuk PAS – malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.

Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.

“Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.

“Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno,” katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Zahar berkata, keputusan untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti pembangkang itu tidak ada kena-mengena dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun berkuat kuasa 2 Disember lalu.

“Saya tahu kemasukan saya ke dalam PAS telah menimbulkan banyak spekulasi. Rata-rata media menganggap keputusan saya ini dibuat setelah saya digantung.

“Sebenarnya saya dan rakan-rakan di PJ Selatan sudah mula kecewa dengan Umno semasa berlaku peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac atau April lalu lagi.

“Daripada situ, kita berbincang baik buruk kekal dalam Umno…mahu terus bersara dari politik atau menyertai parti lain. Tapi bila MT dah buat keputusan begitu (menggantung keahliannya), tak payah lah fikir lagi…kita terus keluar,” katanya.

Zahar berkata, beliau sudah ‘meluat’ dengan Umno terutamanya di Selangor termasuk pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Ketua Penerangan parti peringkat negeri dan Senator.

Sambil mengakui bahawa hubungan beliau yang pada satu ketika dahulu amat baik dengan Muhammad kini telah menjadi renggang, Zahar berkata, ia berlaku disebabkan sikapnya yang suka berterus terang dalam menyuarakan pendapatnya termasuk tindakan pemimpin itu yang kadangkala tidak dipersetujuinya.

Beliau berkata, pemimpin Umno tidak menitikberatkan tentang isu agama dan banyak keputusan yang dibuat parti itu tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

“Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu,” katanya.

Ditanya sama ada kritikannya terhadap Umno ada kaitan dengan pembelian Eurocopter yang tidak memihak kepada syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd, Zahar berkata, hal itu memang dipertikaikannya berikutan pembelian Eurocopter tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, dengan penyertaannya hari ini ke dalam PAS, pejabat Umno di PJ Selatan akan menjadi pejabat PAS bahagian itu mulai esok.

Beliau percaya, baki 68 ketua cawangan bahagian itu akan turut sama menyertai PAS selepas pejabat parti itu mula beroperasi.

Beliau turut menafikan bahawa beliau menyertai PAS kerana inginkan jawatan sebaliknya beliau mahu menjadi sebahagian daripada jentera PAS yang memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

“Saya sebelum ini pernah ditawarkan untuk bertanding menjadi ahli Parlimen selama tiga penggal dan Speaker Dewan Undangan Negeri pada tahun 2007 tetapi saya menolaknya kerana merasakan peluang itu patut diberikan kepada orang lain,” katanya.

Zahar berkata, beliau dan rakan-rakannya akan ke Kuala Terengganu pada 5 Disember ini bagi mengukuhkan jentera PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu 17 Disember ini. – mstar

nota: majlis diadakan pada jam 10pagi tadi di de palma hotel.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sah…Abu Zahar Masuk PAS – malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.

Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.

“Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.

“Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno,” katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Zahar berkata, keputusan untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti pembangkang itu tidak ada kena-mengena dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun berkuat kuasa 2 Disember lalu.

“Saya tahu kemasukan saya ke dalam PAS telah menimbulkan banyak spekulasi. Rata-rata media menganggap keputusan saya ini dibuat setelah saya digantung.

“Sebenarnya saya dan rakan-rakan di PJ Selatan sudah mula kecewa dengan Umno semasa berlaku peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac atau April lalu lagi.

“Daripada situ, kita berbincang baik buruk kekal dalam Umno…mahu terus bersara dari politik atau menyertai parti lain. Tapi bila MT dah buat keputusan begitu (menggantung keahliannya), tak payah lah fikir lagi…kita terus keluar,” katanya.

Zahar berkata, beliau sudah ‘meluat’ dengan Umno terutamanya di Selangor termasuk pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Ketua Penerangan parti peringkat negeri dan Senator.

Sambil mengakui bahawa hubungan beliau yang pada satu ketika dahulu amat baik dengan Muhammad kini telah menjadi renggang, Zahar berkata, ia berlaku disebabkan sikapnya yang suka berterus terang dalam menyuarakan pendapatnya termasuk tindakan pemimpin itu yang kadangkala tidak dipersetujuinya.

Beliau berkata, pemimpin Umno tidak menitikberatkan tentang isu agama dan banyak keputusan yang dibuat parti itu tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

“Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu,” katanya.

Ditanya sama ada kritikannya terhadap Umno ada kaitan dengan pembelian Eurocopter yang tidak memihak kepada syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd, Zahar berkata, hal itu memang dipertikaikannya berikutan pembelian Eurocopter tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, dengan penyertaannya hari ini ke dalam PAS, pejabat Umno di PJ Selatan akan menjadi pejabat PAS bahagian itu mulai esok.

Beliau percaya, baki 68 ketua cawangan bahagian itu akan turut sama menyertai PAS selepas pejabat parti itu mula beroperasi.

Beliau turut menafikan bahawa beliau menyertai PAS kerana inginkan jawatan sebaliknya beliau mahu menjadi sebahagian daripada jentera PAS yang memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

“Saya sebelum ini pernah ditawarkan untuk bertanding menjadi ahli Parlimen selama tiga penggal dan Speaker Dewan Undangan Negeri pada tahun 2007 tetapi saya menolaknya kerana merasakan peluang itu patut diberikan kepada orang lain,” katanya.

Zahar berkata, beliau dan rakan-rakannya akan ke Kuala Terengganu pada 5 Disember ini bagi mengukuhkan jentera PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu 17 Disember ini. – mstar

nota: majlis diadakan pada jam 10pagi tadi di de palma hotel.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kapten Zahar nk masuk PAS?? – malaysiakini

Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.

“Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.

Mengulas lanjut, Zahar bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang.

“Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.

“Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya,” katanya.

Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.-mstar

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DAP bantah rancangan Pas laksana hudud

DAP hari ini membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menghubungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. – BERNAMA.

32 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pak Lah tolak spekulasi terus kekal PM – malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak spekulasi bahawa beliau tidak akan berundur daripada jawatan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

“Khabar angin mana, cuba beritahu saya? Khabar angin adalah khabar angin,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.

Abdullah menegaskan demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa beliau tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Pelbagai pihak khususnya penulis blog mengadaikan bahawa Abdullah yang menjadi Perdana Menteri sejak Oktober 2003 tidak akan menyerahkan kepada Najib yang bakal diumumkan sebagai Presiden Umno Mac depan.

Secara tradisi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri.

Najib telah pun menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno bulan lalu selepas pencalonan berakhir.

Abdullah tidak mempertahankan jawatan itu kali ini.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada akan membuat rombakan Kabinet sekarang.

“Belum pasti hendak buat atau tidak. Saya tidak dapat nak kata apa-apa pada waktu ini,” katanya.

Semasa melawat Turkmenistan bulan lepas, beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan membuat satu rombakan Kabinet dalam masa terdekat tidak hanya untuk mengisi jawatan yang kosong tetapi juga akan melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

SPRM: Makna besar kepada perjuangan melawan rasuah – Ezam–malaysiakini

SEBAGAI rakyat Malaysia, saya ingin mengalu-alukan perbentangan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi.

Sebagai seorang yang pernah merengkok dalam penjara kerana menentang rasuah, saya dapat merasakan bahawa pembentangan akta hari ini merupakan satu langkah yang paling signifikan yang di lakukan oleh seorang perdana menteri untuk melakukan perubahan atau reform di negara ini.

Pembentangan akta suruhanjaya pencegahan rasuah ini juga membuktikan komitmen Perdana Menteri khususnya dan kerajaan BN am nya jauh mengatasi komitmen pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat dalam janji-janji melakukan perubahan membanteras rasuah selepas pilihanaraya umum baru-baru ini.

Komitmen pemimpin Pakatan Rakyat menentang rasuah dan mewujudkan kerajaan urustadbir baik (good governance) semasa pilihanraya lalu sehingga hari ini hanya tinggal janji.

Selepas lapan bulan berkuasa, tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menunaikan janji mengisytiharkan harta kepada umum sepertimana yang di war-warkan sebelum pilihanraya. Jelas, Perdana Menteri lebih komited dan jujur dalam usaha menentang rasuah dengan pembentangan akta SPRM hari ini.

Akta hari ini lebih serius dan tegas dalam melakukan reform terhadap kuasa BPR berbanding pindaan yang di lakukan oleh Bekas Pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997.

Pembentangan akta hari ini juga membawa makna yang besar kepada perjuangan melawan rasuah oleh rakyat Malaysia yang prihatin, sebagai seorang pengasas NGO yang memerangi rasuah; saya berharap Akta penting ini dapat di bahaskan dengan matang dan bernas oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Penghormatan harus diterjemahkan dengan perbahasan yang melangkaui kepentingan sempit kepartian dan meletakkan isu ini sebagai sebagai isu negara dan rakyat yang mengatasi batasan parti.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kepala Babi yang Ketiga — malaysiakini

“Tak habis-habis isu babi di sini, entah bila akan selesai. Sejak empat bulan lalu, sudah tiga kali ia berlaku.

“Kerajaan negeri tolonglah lakukan satu tindakan tegas yang dapat menamatkan episod babi di sini yang seperti tidak pernah selesai.”

Demikian antara luahan kesal beberapa penduduk yang ditemui Utusan Malaysia di Pengkalan Balak mengenai kejadian menggantung kepala babi hutan yang berlaku buat kali ketiga di sini hari ini.

Seorang penduduk kampung tersebut, Jalimah Hassan, 49, berkata, dia dikejutkan dengan bunyi bising orang kampung yang berkumpul di bulatan jalan raya bersebelahan rumahnya kira-kira pada pukul 6.30 pagi ini.

“Masa itu, saya hendak pergi pasar untuk beli ikan dan terkejut melihat kira-kira 15 hingga 20 orang berkumpul di situ sambil menunjuk satu kain rentang dan objek tergantung di pagar sebuah sekolah.

“Walaupun keadaan masih gelap, saya terkejut bila mendapati objek itu ialah kepala babi sambil tertera tulisan di kain tersebut dan orang ramai melaungkan bantahan terhadap tindakan itu,” katanya.

Tambahnya, kerana bimbang dengan situasi itu, dia meneruskan perjalanan ke pasar dan ketika pulang pada pukul 8.30 pagi, dia mendapati orang semakin ramai termasuk kehadiran pihak polis.

Penemuan bangkai dan kepala babi itu yang ketiga berlaku di daerah ini sejak Oktober lalu.

Kali pertama ia berlaku pada 17 Oktober lalu apabila seorang pelancong menemui bangkai dan kepala babi di Pantai Kemunting, Pengkalan Balak di sini.

Kejadian kali kedua berlaku pada 14 November lalu.

oleh seorang penduduk di Kampung Ujong Padang yang menemui kepala babi dalam keadaan tergantung di pagar rumahnya ketika hendak menunaikan solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 5.30 pagi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd. Ibrahim, 64, berkata, dia hairan mengapa isu kepala babi di kawasan ini mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan.

“Kejadian ini terjadi berturut-turut, macam cabar mencabar pula. Saya harap isu ini dapat diselesaikan segera untuk mengelak berlakunya perselisihan kaum.

“Melaka adalah sebuah negeri pelancongan dan kejadian seumpama ini tentu sekali akan memalukan kita sendiri yang sepatutnya terkenal dengan isu-isu yang boleh dibanggakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan kepala babi yang digantung di sebuah sekolah berdekatan bulatan Pengkalan Balak pada pukul 8.45 pagi ini.

Beliau memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut supaya tidak mengulanginya selain akan mengenakan tindakan sekeras-kerasnya ke atas mereka sekiranya berjaya ditangkap.

“Hentikan perbuatan ini dan jangan gunakan kaedah ini untuk timbulkan sentimen antara kaum.

“Perbuatan ini benar-benar telah menyalahi undang-undang dan akan memastikan tindakan sekeras-kerasnya kepada mereka yang terlibat,” tegasnya.

Tambahnya, dalam kes terbaru itu, tiada penahanan suspek dilakukan dan akan perkara itu akan disiasat di bawah Seksyen 298 (a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan isu-isu perkauman.

– utusan
nota: kenapa sangat biadap dan kurang ajar tindakan sesetengah pihak terhadap orang Islam dan Melayu. Ini adalah insiden kali ketiga. Apa motif sebenar si penggantung kepala babi ni??

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bukan nak berterima kasih….

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Abdul Aziz Zainal kesal dengan tuduhan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

“Bukan ucapan terima kasih yang kami dapat sebaliknya dakwaan tidak berasas ini,” katanya pada satu majlis ATM di Kuala Lumpur hari Selasa.

Menurut beliau, masyarakat sepatutnya berterima kasih dan menghargai pengorbanan semua pasukan yang terlibat dalam operasi menyelamat bukan membuat dakwaan yang tidak berasas.

Berdasarkan laporan-laporan media, banyak dakwaan dan tohmahan yang dibuat ke atas pasukan mencari dan menyelamat termasuk menuduh anggota tentera meminum minuman keras semasa menajalankan operasi dan pasukan penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam misi tersebut dan anggota-anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Sepatutnya masyarakat di situ berterima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam operasi itu, bukan membuat dakwaan yang tidak berasas,” kata beliau.

Menjelaskan peranan ATM, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat ATM telah ditamatkan sejak jambatan taktikal milik ATM dibuka dan jambatan kekal siap dibina Ahad lalu.

“Kita telah menamatkan operasi…pihak tentera hanya terlibat dalam operasi ketika kecemasan sahaja. Operasi sekarang diserahkan kepada pihak majlis perbandaran dan polis,” katanya. –agendadaily

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Tidak adil tuduh polis mencuri” – malaysiakini

Dakwaan bahawa pasukan mencari dan menyelamat termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencuri barang-barang mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah tidak adil dan boleh menjejaskan maruah individu terlibat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kesemua anggota berkenaan telah berkorban masa dan tenaga demi tugas mencari dan menyelamat mangsa, justeru mereka wajar diberi penghargaan apatah lagi terpaksa memberikan khidmat dalam keadaan yang amat sukar.

Melakukan tugas dalam keadaan tertekan bukan sesuatu yang mudah, tetapi anggota bertugas telah membuktikan keupayaan mereka dengan begitu baik dan berwibawa.

“Mereka bekerja dengan begitu bersungguh-sungguh untuk mengawal jenayah dan keadaan sekeliling, termasuk membantu kesemua mangsa. Kesemua aktiviti mereka perlu dilakukan di dalam keadaan yang berbahaya serta berdepan dengan kemungkinan tanah runtuh yang boleh berlaku lagi. Hargailah mereka…,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kualiti di Agensi Dadah Kebangsaan di sini hari ini.

Syed Hamid menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan terdapat segelintir anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk anggota PDRM mencuri barangbarang milik mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa yang terlibat seharusnya membuat laporan polis supaya siasatan boleh dilakukan.

“Walaupun ada laporan mengenai kejadian seumpama itu, ada kemungkinan ia dilakukan oleh orang lain yang menyamar kerana terdapat ramai orang di kawasan kejadian waktu itu,” katanya. BERNAMA

nota:Mana lagi utama…hilang barang atau hilang nyawa? Geli hati apabila mendengar kisah2 sebegini. Anggota keselamatan bertarung nyawa demi keselamatan penduduk, dituduh pula mencuri. Ada pula yang tak nak pindah takut barang duniawi hilang. hehehe…mungkin harta lebih utama dari nyawa!!

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

SPRM: Pembangkang sedia sokong dengan syarat – Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) akan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan dan pembangkang dengan syarat perubahan dan penyesuaian penting dilakukan terhadap beberapa peruntukan dalam akta itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun beliau tidak menganggap penubuhan akta baru ini akan menyelesaikan masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ini, namun beliau memberikan sokongan bersyarat itu.

Katanya, pengenalan undang-undang itu terlalu sukar kerana melalui pengalamannya terlibat dengan penggubalan Akta Pencegahan Rasuah 1997, beberapa peruntukan gagal diperkenalkan kerana mendapat halangan daripada beberapa pemimpin.

“Saya lebih mirip untuk mendokong banyak peruntukan ini kerana secara kebetulan, saya terlibat secara langsung mengawasi dan membentang Akta Pencegahan Rasuah pada tahun 1997 yang begitu sukar dan kontroversi keran tidak mendapat cukup sokongan dari rakan-rakan pada ketika itu,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang SPRM 2008 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, salah satu peruntukan yang harus dipinda dalam akta SPRM adalah penglibatan Jabatan Peguam Negara dalam proses pendakwaan di bawah Fasal 58, Bahagian 7 yang menyatakan pendakwaan sesuatu kesalahan tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.

“Menteri memberi penjelasan di dalam dan luar Dewan dengan meluahkan sebahagian kuasa memutuskan sebahagian pendakwaan kepada Peguam Negara, mengharapkan ada keupayaan untuk menyemak dan menghalang keterlanjuran pihak suruhanjaya.

“Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Jabatan Peguam Negara khususnya Peguam Negara terlalu terselaput dengan terlalu banyak tuduhan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Apatah lagi sekarang ini, Peguam Negara sendiri sedang menunggu pendakwaan terhadapnya. Saya difahamkan dengan maklumat yang cukup kuat bahawa BPR (Badan Pencegah Rasuah) telah pun mengemukakan laporan, menunggu sahaja keputusan untuk mendakwa yang tertangguh lama sebab ia melibatkan Peguam Negara,” katanya.

Anwar berkata, kuasa penglibatan Peguam Negara dalam SPRM yang lebih ‘kuat’ daripada BPR ini menunjukkan integriti suruhanjaya ini masih terperangkap dengan kegagalan kerajaan membersihkan institusi pemerintahan pentadbiran.

Katanya, terdapat kes yang dibawa oleh BPR kepada Jabatan Peguam Negara sebelum ini ditutup begitu sahaja walaupun mempunyai bukti yang mencukupi.

“Ada kes yang dibawa oleh BPR yang mempunyai cukup bukti seperti nombor akaun, lot tanah dan unit saham dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara ditutup begitu sahaja. Ada kes yang disiasat oleh BPR dan diluluskan Jabatan Peguam Negara tetapi ditahan di pejabat Perdana Menteri.

“Justeru, saya ingin tekankan bahawa kewibawaan suruhanjaya ini tidak selesai di peringkat itu sahaja. Ia sekali lagi dikaitkan dengan badan kehakiman, Jabatan Perdana Menteri dan menteri bertanggungjawab mengendalikan kes ini,” katanya.

Selain itu, Anwar turut mempersoalkan Fasal 13, Bahagian 3, akta SPRM berhubung keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Kita alu-alukan untuk suruhanjaya mendengar pendapat daripada lembaga yang bebas tetapi jika sekadar lembaga yang diberikan kuasa nasihat tetapi pelantikannya adalah atas nasihat Perdana Menteri, maka nanti akan timbul keraguan kepada kebebasan lembaga itu,” katanya.

Anwar turut meminta penjelasan lebih terperinci berhubung perlindungan pemberi maklumat dan maklumat dalam Fasal 65 Bahagian 8.

“Saya setuju harus ada peraturan kepada orang yang membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pemimpin dan orang lain, maka harus diberikan juga ketepatan dalam menjaga saksi supaya kebebasan tidak disalah gunakan.

“Hukuman yang dikenakan itu terlalu berat jika semata-mata dakwaan itu palsu atau pendakwa kurang mengemukakan bukti yang nyata. Hal ini akan menakutkan orang untuk mengambil risiko membuat laporan kepada pembesar kerana takut dihukum.

“Saya harap dapat dimasukkan dalam peruntukan ini yang ia tidak bermaksud untuk menakutkan orang daripada membuat dakwaan tetapi hanya melarang daripada membuat tuduhan melulu,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membacakan rang undang-undang SPRM buat kali kedua.

Beliau berkata, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah 5,000 anggota dalam tempoh lima tahun bagi membantu BPR mempercepat proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda