Monthly Archives: January 2009

Jom Daftar Jadi Ahli Secara Online – malaysiakini

sila klik http://www.daftar.umno.org.my

60 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sayap parti dimansuhkan?? – malaysiakini

o disaran supaya memansuhkan semua sayap partinya bagi memastikan gejala rasuah politik dapat dihapuskan dengan lebih berkesan.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata langkah penstrukturan semula parti itu penting kerana pengurangan sayap parti akan mengurangkan proses pemilihan bagi membendung gejala politik wang.

“Lagi banyak pemilihan, lagi banyak berlakunya masalah politik wang.

“Saya fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi main (guna) duit.

“Saya juga memikirkan barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbangkan kerana di England rasanya tidak ada pertubuhan wanita baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.

Beliau turut mengakui gejala politik wang turut berlaku dalam pemilihan peringkat Puteri dan Putera Umno namun hingga kini masih belum ada pihak yang tampil membuat aduan secara rasmi.

“Saya dengar-dengar Putera, Puteri pun dah pandai main (guna) duit,” katanya.

Jelas beliau ahli Puteri dan Putera Umno yang terdiri daripada golongan muda seharusnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan bukannya bergiat aktif dalam bidang politik.

Ditanya pandangan beliau mengenai objektif penubuhan kedua-dua sayap parti itu adalah bagi memberi pendedahan awal terhadap politik, beliau berpendapat pendedahan tersebut masih terlalu awal.

“Mereka sepatutnya pentingkan pelajaran dahulu, mereka masih belasan tahun dan awal 20an.

“Kalau nak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal kerana sekarang ini bukan masanya lagi mereka aktif berpolitik,” katanya.

Tambah beliau lagi kepimpinan hari ini memerlukan golongan muda yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

“Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain,” katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen turut mencadangkan agar sistem kuota yang diamalkan untuk tujuan pemilihan dalam parti dimansuhkan kerana ia dilihat menyumbang kepada gejala politik wang.

Mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan rakyat (PKR), beliau kecewa dengan tindakan itu.

“Saya sebenarnya kecil hati dengan tindakan seperti itu terutamanya bila ada masalah.

“Kita boleh selesaikan masalah yang timbul dari dalam parti,” katanya. – mstar

Advertisement

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dr. Juanda mufti baru Perlis – malaysiakini

Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya bakal menjadi Mufti Perlis yang baru berkuat-kuasa Februari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu yang mengesahkan perkara itu di sini hari ini berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu surat pelepasan daripada kerajaan negeri Sarawak untuk meminjam Dr. Juanda selama dua tahun.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana sudi meminjamkan pengawainya untuk berkhidmat di Perlis,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik dekat sini hari ini.

Beliau berkata Dr. Juanda merupakan antara enam calon yang nama mereka dikemukakan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai bakal Mufti Perlis bagi mengisi kekosongan kerusi yang tinggalkan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 30 November tahun lalu.

“Dr Juanda merupakan seorang yang mempunyai pegangan akademik yang baik, selain dari kalangan pengamal fahaman Sunnah Waljamaah selari dengan perlembagaan kerajaan negeri Perlis,” katanya kepada pemberita.

Dr. Mohd. Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), menamatkan kontraknya setelah berkhidmat selama dua tahun di Perlis, lebih awal dari tempoh yang dipinjamkan oleh USM iaitu sehingga pertengahan tahun ini.

Beliau kini berada di United Kingdom melakukan kajian selama enam bulan mengenai Islam dan hadis sebelum kembali berkhidmat dengan USM sebagai pensyarah pengajian Islam.

Sementara itu, Dr. Juanda yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan telah menerima tawaran kerajaan negeri Perlis sejak akhir Disember lalu.

“InsyaAllah saya akan mula bertugas pada Februari ini,” kata bekas Timbalan Mufti Sarawak berusia 38 tahun itu. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tindakan SPRM tepati hasrat UMNO – PM – malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.

Presiden Umno itu berkata ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.

“Nampaknya pihak suruhanjaya menjalankan peranannya sebagaimana yang diharapkan kerana tugas mereka ialah mencegah rasuah.

“Dan tindakan yang telah mereka ambil baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang dari parti Umno membuktikan bahawa mereka (SPRM) ada kebebasan, dan mereka bertindak dengan bebas,” kata Abdullah yang juga Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini semalam.

Menjawab satu pertanyaan, Abdullah berkata SPRM menyiasat laporan berhubung amalan politik wang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh orang Umno sendiri.

Mengenai sama ada Lembaga Disiplin Umno juga akan mengambil tindakan terhadap mereka yang berkenaan, Abdullah berkata ia bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

— BERNAMA

nota: Tahniah kepada UMNO ,penulis percaya parti2 politik lain tidak seberani UMNO di dalam menangai gejala politik wang. Tidak semua parti politik lari dari gejala politik wang…dan persoalannya sekarang beranikah ahli2 mereka ‘membersihkan’ parti mereka sendiri??

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina – malaysiakini

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada pembaca berbangsa Cina.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gerak dakwa MB Selangor beli 46 lembu guna dana kerajaan – malaysiakini

Gerak Malaysia hari ini membuat aduan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.

Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dengan diiringi setiausaha badan itu, Siti Faridah Abdul Samad dan dua anggota jawatankuasanya membuat aduan di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Aduan itu dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 10.45 pagi tadi.

Mohd. Nazree mendakwa beliau mempunyai bukti yang cukup bagi menunjukkan Khalid, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Beliau mendakwa Menteri Besar telah membeli 46 ekor lembu pada harga RM110,400 sempena sambutan Aidiladha yang lalu bagi bahagian Parlimennya.

Bayaran bagi pembelian lembu berkenaan dijelaskan oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

“Kami mempunyai invois dan resit rasmi bagi membuktikan pembelian lembu,” katanya.

“Kami tidak boleh menerima tindakan sedemikian yang dilakukan oleh seorang ketua kerajaan negeri dan kami menggesa SPRM menyiasat perkara ini,” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan memorandum kepada Pengarah SPRM, Moh Samsudin Yusof di pejabatnya di sini.

Menurut Mohd. Nazree, Gerak Malaysia telah menerima beberapa dokumen dan bukti minggu lalu daripada seorang individu, yang memperolehnya daripada syarikat milik kerajaan negeri itu.

Katanya, anak syarikat itu tidak seharusnya berbelanja sedemikian khususnya bagi bahagian yang tidak berada dalam Selangor.

Justeru, Mohd. Nazree menggesa Khalid meletakkan jawatan atau mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

Malah katanya, Gerak Malaysia juga mahu mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor berhubung isu itu.

Moh Samsudin yang menerima memorandum daripada Mohd. Nazree berkata, beliau akan meneliti perkara tersebut. – mstar

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

KEKEJAMAN ASKAR BANGKOK TERHADAP PENDUDUK ISLAM SELATAN THAI-AMNESTY INTERNATIONAL – malaysiakini

 

DITANAM HIDUP SELURUH BADAN KEDALAM TANAH DAN  DI LEMASKAN DENGAN BEG PLASTIK!.

 

Penderaan yang sadis memang dikenali di kalangan penduduk Melayu Islam Selatan Thailand memang dikenali.Pendedahan “Amenesty International ” sebuah badan yang mengawasi Hak-Hak Kemanusiaan Antara – Bangsa dalam lapuran khasnya setebal 34 muka surat , pada Selasa 14,Januari 2009 telah mendedahkan kekejaman  dan penyiksaan lampau yang dilakukan oleh askar-askar Thailand ke atas penduduk  Selatan Thai yang terdiri  dari  keturunan Melayu Islam dalam sidang media khas di Bangkok.

 

Kes 1: Seorang penduduk yang berkerja sebagai penoreh getah,ditangkap oleh askar pada februari 2008.Dia telah siksa terlalu kejam selama 2 minggu tanpa henti.Dia telah dipukul begitu teruk dan disodomi dengan kayu.Dilemaskan dengan menggunakan beg plastic.

 

Kes2: Seorang wanita dan anaknya di bawa oleh askar.Wanita itu dipukul untuk mnegetahui kedudukan suminya konon  adalah anggota militant pemisah.Anaknya dibawa ketempat lain untuk melemahkan wanita supaya dia mengaku dia tahu di mana suaminya.

 

Kes3: Kisah ini lagi menyayatkan hati..tiga penoreh getah telah di bawa askar.Salah seorang daripada mereka dipukul dengan sebatang besi sehingga menemui maut.Dua yang lain digantung kaki keatas dan kepala kebawah di jadikan “punching bag” tomoi (seperti beg pasir yang digunakan latihan tinju) i dan di tumbuk beratusan kali oleh askar-askar thai ala tinju Thai yang popular “Tomoi”.Mereka juga disiksa dengan menusuk jarum di jari,muka dan di alat sulit.Tindakan yng langgsung tidak berperikemanusiaan!.Kisah-kisah lanjut boleh didapati di http://www.amnesty.org.uk/news_details.asp?.news

Sejak pemberontakan oleh penduduk-penduduk Islam Selatan Thai yang terbesar pada tahun 2004 dan sehingga kini dianggarkan seramai 3,500 pejuang Islam telah terkorban dalam konflik dalaman negara Thailand.45% daripada keseluruhan Tentera Thai sedang berada di Selatan.Siapakah pemisah pejuang Islam ini atau di gelar oleh kerajaan Thai “pengganas Selatan Thai “?.Kenapa kita sebagai serumpun Melayu dan juga Saudara seislam tidak mengambil kisah dengan pejuang-pejuang Islam ini yang semakin hari semakin di gasak dengan kejam oleh Tentera Thai?.Kenapa kerajaan Malaysia membisu dalam soal kumpulan pejuang Islam ini?.Mungkin kerana perjanjian Asean yang mensyaratkankan urusan dalaman negara ahli-ahli negara lain  tidak boleh campur tangan oleh negara lain dalam Asean!.(Ia juga mungkin sama dengan Perjanjian Kem Davis yang ditandatangani oleh Mesir dan Jordan dengan Yahudi ,yang mana Mesir tidak dapat lakukan apa-apa untuk Kumpulan Hamas).Bukankah pada suatu masa dulu bila krisis Politik negara memuncak media utama negara-negara jiran ini terutamanya Thailand,Singapura,Manila dan Indonesia  terlalu fanatik dalam mengutuk Perdana Menteri kita yang dihormati dan sayangi pada masa itu Tun Dr.Mahatir untuk membela penentangnya yang dilucutkan jawatan.Laporan-laporan yang tidak berasas saban hari dikemukakan di muka surat pertama oleh pihak akhbar utama negara-negara jiran tetapi apabila kita yang serumpun,sebangsa dan seugama di zalimi di negara jiran ,surat khabar dalam negara ini menggunakan prinsip berdiam diri?.Sejarah bangsa Melayu di negara Siam ini ditindas dan dihalau dari kampung halaman bukan cerita baru.Kerakusan kuasa barat iaitu penjajah Perancis dan British dalam berlumba-lumba dalam penaklukan bumi Melayu di Utara semenanjung bukannya yang baru,Ia bermula apabila kedua negara penjajah ini menjadikan Negara jadi Hub untuk pendamaian.Negara Siam menggunakan kesempatan ini memperluaskan lagi Jajahan kerajaannya kearah Selatan dengan bantuan pihak British.Di samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Patani. Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa Siam, dan haknya sebagai Sultan dilucutkan.Dari semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan tekanannya ke atas umat Islam di Patani. Banyak pemimpin masyarakat dan agama telah diseksa dan madrasah diarahkan tutup.Apabila rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan itu benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan Siam. Ini kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau melaksanakan dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya.Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar dan bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita, termasuk orang-orang Islam di Patani. Siam juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan.
Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam terumbang ambing pada ketika itu. Apabila meletus Perang Dunia Kedua, Pibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu untuk kepentingan menguasai keseluruhan willayah Pattani.Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikannya dengan undang-undang sivil. Tindakan Siam tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. Untuk itulah Haji Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut..Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak hingga tahun 1954. Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al-Fatani sebagai Yang Di-Pertua MAIP mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan:

1. Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.
2. Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain dalam bahasa Siam.
3. Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja

4. 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
5. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.

6. Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang bersabit dengan hukum Islam.
7. Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.Inilah sedikit sebanyak perjuangan orang Melayu Islam Wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat.

 

Kesan perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fatani akhirnya ditangkap oleh pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji Sulong Al-Fatani. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fatani dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si Thammarat (Ligor).
Ekoran dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun kemudian yakni pada 1954.

Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.Akan tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-rakannya tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya sangat misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang diterima oleh kaum keluarganya dan rakyat Patani menyebutkan bahawa Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan jenazahnya dibuang ke Laut Senggora berhampiran Pulau Tikus pada malam Sabtu, 13 Ogos 1954.Akhir sekali orang kata:Kuman diseberang laut nampak tapi gajah didepan mata tak nampak.Maka bermulalah perjuangan Islam Bangsa Melayu Islam Selatan Thai di Narathiwat,Yala dan Pattani sehingga sekarang.Semoga Allah sentiasa melindungi saudara-saudara ku di di Selatan Thailand.Amiin.Wassalam.

 

Sila layari  http://sejarahnagarakedah.blogspot.com. (Empayar Islam Benua Siam Kedah).untuk mendapatkan maklumat kegagahan Bangsa Melayu hampa di suatu ketika dulu di nusantara yang dikenali TANAH MELAYU!!!!.

 

 

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Holocaust Ala Nazi Di Palestin – malaysiakini

sila rujuk laman

http://persia1.wordpress.com/2009/01/19/holocaust-survivors-from-wold-war-ii-make-holocaust-in-gaza-photos/

fikir2kan….yahudi membalas dendam kesumat mereka….

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nasib Baik Org Melayu Masih Ada Raja – malaysiakini

Pada minggu lalu Raja Muda Perak, Raja Datuk Dr. Nazrin Shah menyatakan bahawa Raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap telah mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Titah Raja Narin, penempatan semula di bawah Rancangan Briggs itu yang memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Raja-raja Melayu kerana orang Melayu sendiri masih banyak yang tidak bertanah.

Pendedahan Raja Nazrin itu telah mengundang pelbagai rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak organisasi dan individu Melayu masa kini kerana sejarah yang lebih hitam kini kembali berlaku gara-gara kerajaan negeri Perak di bawah ‘pimpinan’ Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik pajakan 999 tahun kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Para pemimpin organisasi bukan kerajaan untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu mahukan Mohamad Nizar bewrtanggungjawab terhadap pendedahan dan teguran Raja Nazrin itu.

Malah ada juga suara yang mahukan Nizar segera meletakkan jawatan dan insaf akan tindakannya yang amat menyayat perasaan orang Melayu Perak khususnya dan Melayu lain amnya.

Walaupun sering dikatakan bahawa sejarah ibarat pusingan roda yang membawa maksud sesuatu peristiwa itu akan berulang, para pemimpin Cina negara kita nampaknya mahu menidakkan perkara itu. Lantaran itulah, MCA dan Gerakan meminta semua pihak berhenti mengungkit soal sejarah kerana ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum.

Apabila Raja Muda Perak menyebut kembali pendirian Raja-raja Melayu menzahirkan teguran berkenaan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu pada 24 Mei 1950, tentulah Baginda tidak bermaksud untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Persoalannya, jika mengungkit-ungkit sejarah boleh menjadi punca ketegangan kaum, tidakkah pula mengambil tanah Melayu lebih awal mengundang ketegangan?

Apabila mereka mengingatkan semua pihak agar tidak mengungkit kembali fakta sejarah, adakah mereka juga bermaksud untuk meminta Raja Nazrin atau mana-mana Raja Melayu agar ‘tutup mulut’?

Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai yang meminta tindakan mengungkit itu amat penting dihentikan pada saat-saat negara menghadapi krisis ekonomi dan semua pihak hendaklah berfikiran terbuka serta berganding bahu mengukuhkan hubungfan muhibah.

Setiausaha Agung MCA, Senator Wong Foon Meng pula memberitahu setiap anggota masyarakat di negara ini telah memainkan peranan masing=masing membangun dan memajukan negara.

Oleh itu, katanya, sumbangan mereka tidak harus dipertikaikan, sebaliknya harus diiktiraf.

Benar sangatlah kata kedua-dua tokoh politik berkenaan. Cuma, kita tertanya-tanya adakah mereka benar-benar mmemahmi erti pengiktirafan yang diperkatakan itu.

Jika usaha mereka membangun dan memajukan tanah Melayu harus diberi iktiraf, pernahkah pula agaknya mereka memikirkan apakah iktiraf yang harus diberikan kepada orang Melayu yang bukan sahaja menjadi penduduk asal negara ini yang dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu, juga mempertahan dan memertabatkan negara ini.

Dengan usaha dan titik peluh dan adakalanya titisan air mata serta darah inilah menjadikan Malaya dan kemudiannya Malaysia sebqgqi tarikan untuk orang asing khususnya dari China dan India mencari rezeki di sini.

Sudahlah rezeki iaitu bidang ekonomi mereka ‘pulun’, tanah orang Melayu juga hendak disapu bersih.

Secara pentadbirannya, mereka tidak kelihatan menyapu bersih tanah milik Melayu kerana kelulusan pajakan dari 99 tahun yang menjadi tradisi di seluruh negara dipanjangkan kepada kira-kira 12 generasi iaitu 999 tahun diputuskan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Benarlah seperti yang ditegaskan oleh Pemuda Pas negeri Perak bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Ir. Mohamad Nizar, tetapi oleh EXCO, jadi Menteri Besar harus dipertahankan dan tidak perlu meletak jawatan walaupun desakan datang secara bertalu-talu kerana gagal memertahankan hak orang Melayu, sebaliknya memberi keistimewaan kepada pemastautin di kampung-kampung baru.

Barangkali, Pemuda Pas Perak serta sesiapa sahaja yang mempertahankan Nizar Jamaluddin tidak faham apa yang didesak. Nizar selaku ketua kepada kerajaann negeri Perak didesak kerana harus bertanggungjawab terhadap keputusan Exco itu,

Orang ramai juga setuju bahawa langkah memberi pajakan 999 tahun itu bukanlah keputusan Nizar, tetapi apa yang amat mendukacitakan ialah kegagalan beliau ‘mengawal’ atau memimpin para ahli EXCOnya hingga mengakibatkan ada orang yang berputih mata sedang yang lain pula bertepuk tangan.

Gejala yang berlaku di negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu (kerana perlembagaan negeri menyatakan sedemikian), EXCOnya bercampur-campur dan mempunyai ‘kuasa untuk tawar-menawar’. Jika tawar-menawar tidak menjadi kenyataan, kaedah lain boleh digunakan.

Salah satu daripadanya untuk menarik diri dan keluar dari pakatan berkenaan. Taktik inilah yang agak digeruni dan mereka, iaitu para Menteri besar tiada mempunyai pilihan kecuali akur kepada desakan atau kata dua.

Nampaknya, kini orang bukan Melayu bukan sahaja telah ‘menguasai; orang Melayu, tetapi mereka sudah semakin berani dengan mengeluarkan kenyataan yang turut melibatkan raja-raja Melayu dengan memberi ingatan jangan mengungkit sejarah lama – agendadaily

27 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Rasuah Dalam UMNO , Naib Ketua Bahagian Bakal Kena Dakwa – malaysiakini

Tiga orang termasuk seorang Naib Ketua Umno akan didakwa di mahkamah Khamis ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian baru-baru ini.

Mereka melibatkan ahli Umno di Perak, Pahang dan Melaka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa pada hari yang sama.

Dalam kes pertama, jelas SPRM, seorang Naib Ketua Bahagian Umno di Perak dijangka didakwa atas dakwaan memberi wang rasuah RM300 kepada seseorang dalam pemilihan bahagian.

Sementara itu, seorang lagi ejen dijangka akan didakwa kerana memberi rasuah RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang.

Di Melaka, seorang lagi ejen juga dijangka didakwa atas dakwaan memberi RM200.

Ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.

Ia merupakan kes pertama melibatkan SPRM beroperasi sejak 1 Januari lalu. – mstar

nota: apa nk jadi lah dengan mereka2 ni…memalukan UMNO!!!!

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda