Daily Archives: January 2, 2009

Pemimpin PKR tak disiplin – malaysiakini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin dalam usaha mengekalkan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat.

“Anwar harus memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin,” katanya mengulas soalan wartawan berhubung terdapat beberapa pemimpin PKR bergaduh dengan pemimpin PAS di Perak baru-baru ini yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Pakatan Rakyat akan melihat sejauh mana pergaduhan yang timbul antara pemimpinpemimpin berkenaan dan akan mencari jalan bagi mengatasinya.

“Saya rasa mungkin satu atau dua pemimpin PKR yang bergaduh dengan PAS. Pakatan Rakyat akan lihat sejauh mana perkara itu (pergaduhan) dan akan mencari jalan untuk mengatasinya,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Lim berkata DAP akan menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dari PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.

“Daripada segi calon, terpulang pada parti itu (PAS) dan DAP sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat akan menyokong serta bekerjasama bagi memastikan calon yang telah dipilih itu memenangi pilihan raya kecil itu,” katanya.

Semalam Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang mengumumkan anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS. BERNAMA

nota: hahhaa…ada yang rasuah…ada yang kata rasuah sex tu sedekah…macam2 laaaa hahhaa

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perjanjian konsesi lebuh raya dipamer kepada umum – malaysiakini

Dokumen perjanjian konsesi lebuh raya, yang menjadi polemik lebih satu dekad, dipamerkan kepada orang ramai mulai hari ini.

Kini, orang awam boleh menyemak perjanjian konsesi di Bilik Bacaan, Perpustakaan Kementerian Kerja Raya di Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya di ibu negara.

Bagaimanapun ia dibenarkan untuk dibuat salinan buat masa sekarang.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, orang ramai boleh menyemak antara pukul 9 pagi dan 5 petang kecuali pada waktu rehat.

“Pemohon yang ingin menyemak perjanjian konsesi perlu datang sendiri ke perpustakaan Kementerian Kerja Raya dan mengisi borang semakan yang disediakan,” kata beliau.

Razali berkata, masa yang diperuntukkan untuk satu semakan adalah tidak melebihi dua jam.

“Ini adalah untuk memberi peluang kepada pemohon lain untuk menyemak perjanjian konsesi di samping mengurangkan masa menunggu,” katanya.

Sekiranya, seseorang pemohon ingin menyemak perjanjian konsesi yang lain atau memerlukan tambahan masa, mereka perlu mengisi borang permohonan yang baru dan mengikut giliran, kata beliau.

“Permohonan semakan adalah diproses berdasarkan kepada prinsip first come first serve basis,” katanya.

Buat masa ini, kata beliau, apa-apa permohonan untuk mendapatkan salinan perjanjian konsesi tidak dibenarkan sehingga perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 3 Akta Fi 1951 dibuat dan dibentangkan di Dewan Rakyat dan diwartakan mengikut Seksyen 4 akta yang sama.

Razali berkata, mesyuarat Kabinet pada 17 Oktober lalu telah bersetuju supaya perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi dikelaskan semula selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Lanjutan daripada keputusan itu, persetujuan daripada syarikat konsesi sejajar dengan peruntukan confidentially yang termaktub dalam perjanjian konsesi telah diperoleh kecuali syarikat konsesi Maju Expressway Berhad. – mstar

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

BN tubuh Suaras desak Pakatan Selangor tunai janji – malaysiakin

Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor akan menubuhkan satu badan yang dinamakan Suara Rakyat Selangor (Suaras) bagi menggesa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan janji mereka.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo berkata, langkah itu adalah usaha pihaknya untuk membuat satu gerakan khusus termasuk kempen kesedaran bagi menyedarkan rakyat bahawa Pakatan di Selangor masih belum melunaskan janji-janji mereka yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu.

“Kita sedang membuat perancangan teliti untuk tujuan itu dan dijadualkan akan dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Mac atau April nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Dr. Mohamed Khir yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, rakyat perlu sedar bahawa selama hampir setahun kerajaan Pakatan mentadbir Selangor, mereka masih lagi dalam keadaan ‘berbulan madu’.

“Ramai penduduk yang bertanya kepada saya, bila Pakatan akan melaksanakan janji mereka termasuk menurunkan cukai pintu seperti yang dijanjikan.

“Lebih kurang 70 janji mereka buat untuk manifesto pilihan raya mereka tapi tidak ditunaikan. Rakyat menuntut janji-janji itu,” katanya.

Pakatan Rakyat dalam manifestonya sempena pilihan raya umum lalu berjanji akan menurunkan cukai pintu untuk pemilik rumah sebanyak 20 peratus dan untuk komersil sebanyak 10 peratus.

Semalam, Dr. Mohamed Khir turut menyifatkan peletakan jawatan anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semalam sebagai satu permulaan kepada perpecahan parti itu.

“Saya katakan perkara ini permulaan kerana akan berlaku lebih besar pada masa akan datang kerana janji yang mereka (kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor) nyatakan kepada kaum India (di negeri itu) tidak dapat dijayakan,” katanya.

Beliau berkata, selain kegagalan mereka mengambil alih tampuk kerajaan pusat pada 16 September lepas dengan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua kepada kaum India dan sebagainya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga gagal menangani masalah kuil hingga ke hari ini.

“Jadi ia akan merebak dan saya lihat mereka akan bertindak bukan sahaja meletakkan jawatan malah meninggalkan parti mereka,” katanya.

Beliau yang diminta mengulas mengenai permintaan kaum India yang mahukan jawatan Ketua Kampung diberikan kepada mereka di kawasan yang majoriti penduduknya adalah dari kaum itu berkata BN memerintah di Selangor, walaupun hanya terdapat 10 keluarga India di sesuatu kawasan, mereka tetap mempunyai wakil dalam Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

“Tapi perkara itu tidak berlaku pada hari ini,” katanya yang mengaku sedang menyusun strategi untuk mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib melihat kedudukan PR yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR bagai ‘retak menanti belah’.

Beliau berkata Pakatan Rakyat sebenarnya menghadapi perpecahan apabila timbul pertelagahan antara PKR dengan PAS, PAS dengan DAP dan sesama PKR sendiri.

Muhammad yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata sebilangan masyarakat yang dahulunya marahkan BN dan mengundi PKR pada pilihan raya umum Mac tahun lepas, tetapi hari ini mereka merasa kecewa dengan layanan yang diterima daripada kepimpinan PKR.

“Sebenarnya pada hari ini mereka merasa kecewa dengan kepimpinan PKR yang bukan berminat untuk melawat-melawat ke bawah, mereka tak ada masa nak tengok zink (atap zink) terbang, tiada ada masa nak tengok banjir.

“Ini bukan kerja pemimpin dia, pemimpin dia nak duduk (jadi) ahli majlis, hotel-hotel…yang pergi tengok rakyat ini, dia rasa tak payah pergi,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, pemimpin sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan di sini semalam.

Bagaimanapun, Muhammad berkata sebaliknya BN memahami masalah rakyat kerana pemimpinnya turun ke bawah untuk menjenguk rakyat dan mengetahui masalah rakyat dan bekerja bagi memajukan negeri ini.

“Landskap kemajuan negara dibina oleh BN, mereka (Pakatan Rakyat) tidak faham yang kita turun ke bawah, kita tahu apa rakyat kehendaki, mereka tak tahu. Dia orang terima negeri yang telah siap, jadi dia orang tak tahu apa sebenarnya nak dibuat,” katanya.

Beliau berkata perjuangan BN selama ini berdasarkan rekod sebelumnya berbanding dengan Pakatan Rakyat yang didakwanya suka memanipulasi sesuatu isu bagi meraih sokongan pengundi dan penyokong mereka.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ADUN Wakaf Mempelam Calon pilihan PAS – malaysiakini

Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi “satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan.”

Abdul Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

“Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik… tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik,” katanya.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

KOMEN ABDUL WAHID

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid ketika ditemui berkata, beliau mempunyai banyak isu yang hendak ditimbulkan semasa berkempen untuk pilihan raya kecil itu nanti.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan isu-isu berkenaan buat masa ini.

“Tunggu. Banyak masa lagi untuk berkempen.

“Bila tiba masanya saya akan kupas satu persatu ikut keperluan semasa,” katanya.

Mohd Abdul Wahid berkata, beliau juga tidak akan menyerang peribadi lawannya ketika berkempen untuk pilihan raya kecil itu.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid yang merupakan pemimpin peringkat nasional, Mohd Abdul Wahid berkata, kedudukan itu tidak menjamin kemenangan seseorang calon.

BN mengumumkan calonnya dua minggu lalu dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.

Wakaf Mempelam merupakan salah satu bahagian DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga DUN yang lain ialah Bandar, Ladang dan Batu Burok.

KOMEN WAN FARID

Wan Ahmad Farid ketika diminta mengulas mengenai calon PAS itu berkata, siapa pun lawan yang dinamakan untuk menentang beliau, ia tidak akan mengubah pendekatan BN serta falsafah parti untuk mendekati dan membawa mesej pembangunan kepada penduduk Kuala Terengganu.

Katanya, BN juga tidak gentar dengan isu-isu yang akan dibawa Pas semasa kempen nanti kerana ia adalah isu sama yang dibawa parti itu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau berkata, rakyat sendiri sudah dapat membuat penilaian dan memilih wakil BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum itu.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga 4 Disember lalu dan layak mengundi ialah seramai 80,229 termasuk 1,035 pengundi pos.

Sebanyak 36 pusat mengundi disediakan di Parlimen Kuala Terengganu. – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Israel Kejam!!! – malaysiakini

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Mari kita tidak kira bangsa dan agama berdoa agar mereka yang tidak berdosa di bumi Palestin selamat dari kekejaman dan kerakusan meragut nyawa oleh rejim laknat Yahudi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda