Perjanjian konsesi lebuh raya dipamer kepada umum – malaysiakini

Dokumen perjanjian konsesi lebuh raya, yang menjadi polemik lebih satu dekad, dipamerkan kepada orang ramai mulai hari ini.

Kini, orang awam boleh menyemak perjanjian konsesi di Bilik Bacaan, Perpustakaan Kementerian Kerja Raya di Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya di ibu negara.

Bagaimanapun ia dibenarkan untuk dibuat salinan buat masa sekarang.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, orang ramai boleh menyemak antara pukul 9 pagi dan 5 petang kecuali pada waktu rehat.

“Pemohon yang ingin menyemak perjanjian konsesi perlu datang sendiri ke perpustakaan Kementerian Kerja Raya dan mengisi borang semakan yang disediakan,” kata beliau.

Razali berkata, masa yang diperuntukkan untuk satu semakan adalah tidak melebihi dua jam.

“Ini adalah untuk memberi peluang kepada pemohon lain untuk menyemak perjanjian konsesi di samping mengurangkan masa menunggu,” katanya.

Sekiranya, seseorang pemohon ingin menyemak perjanjian konsesi yang lain atau memerlukan tambahan masa, mereka perlu mengisi borang permohonan yang baru dan mengikut giliran, kata beliau.

“Permohonan semakan adalah diproses berdasarkan kepada prinsip first come first serve basis,” katanya.

Buat masa ini, kata beliau, apa-apa permohonan untuk mendapatkan salinan perjanjian konsesi tidak dibenarkan sehingga perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 3 Akta Fi 1951 dibuat dan dibentangkan di Dewan Rakyat dan diwartakan mengikut Seksyen 4 akta yang sama.

Razali berkata, mesyuarat Kabinet pada 17 Oktober lalu telah bersetuju supaya perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi dikelaskan semula selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Lanjutan daripada keputusan itu, persetujuan daripada syarikat konsesi sejajar dengan peruntukan confidentially yang termaktub dalam perjanjian konsesi telah diperoleh kecuali syarikat konsesi Maju Expressway Berhad. – mstar

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Perjanjian konsesi lebuh raya dipamer kepada umum – malaysiakini

  1. Salam,
    Bila nasi dah jadi bubur tiada gunanya…Ia seperti mengaibkan pemimpin kerajaan lampau dan seperti agenda politik tersembunyi yang dilakukan untuk mencemarkan imej ketokohan seseorang pemimpin yang amat berjasa pada negara.Ia seperti persengketaan peribadi untk kepentingan politik peribadi.Pemimpin-pemimpin muda dan baru perlu memahami hati rakyat.Rakyat yang bahaya adalah rakyat yang berdiam.Kerana sukar membaca hati mereka dalam pihanraya tetapi di negara ini merekalah penggundi majoriti yang menetukan kerajaan.Bantahan mereka cuma akan dipamerkan pada kerajaan yang memerintah dalam pilihanraya!.Nasihat Ikhlas untuk pemimpin kini politik… janganlah anggap rakyat yang diam itu bodoh dan senang diperbodohkan.Mereka ini bukanlah jenis yang suka berdemonterasi jalanan.Spesis demo jalanan ini bukanlah mewakili suara majoriti rakyat dinegara ini.Dan juga yang majoriti bukanlah yang pengampu parti politik kerajaan.

    Apa yang rakyat kini perlukan ialah sekiranya syaikat-syarikat ini gagal menunjukkan prestasi yang memberasangkan perlu siasat oleh satu badan bebas untuk mengaudit syarikat GLC tersebut.Syarikat-syarikat yang menyediakan kemudahan awam.Seperti Lebuh-raya,bekalan air,Elektrik,perhubungan dll perlu diaudit oleh badan tersebut apabila mereka kata rugi atau pun ingin naikan takriff tak istilah dah lama tak naik.Sepatutnya kalau dah lama niaga lagi boleh turun bukan naik kadar tol atau takriff elektrik atau bekalan air. Yang perlu difahami ialah mereka ini kerap kali mengatakan rugi dalam menjalankan perniagaan dan memohon kenaikan takrif.Dan satu tradisi di negara ini,apa juga kerugiaan yang mereka menghadapi kerajaan (rakyat)yang perlu menaggung.Kalau dalam kes-kes yang benar boleh diterima sekiranya Syarikat-syarikat gergasi ini diauditkan oleh badan yang bebas!.Salah laku dan memutarbelitkan akaun sering berlaku bukan disini sahaja tetapi Negara yang paling kaya pun berlaku..Masih ingat kisah kejatuhan Syarikat Gergasi aerospace amerika LOCKHEED pada tahun 1970?.Dasar kerajaan untuk menutup rahsia kegagalan syarikat GLC perlu dihentikan dengan menubuhkan pasukan siasatan seperti PAC untuk mengendalikan “kenapa rugi?”.Kerajaan perlu transpiransi dalam mengendalikan kes-kes syarikat GLC yang sakit dimana mana kelemahan dan salah berlaku dan CEO syarikat itu perlu dipertanggungjawabkan dan badan pengurusan tanpa mengira bulu dalam menguruskan harta negara dan rakyat.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s