Teguran Guan Eng seolah tidak hormati Anwar – malaysiakini

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin menggambarkan pakatan pembangkang itu masih berada dalam proses penyesuaian dalaman.

Perkara sedemikian dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai tindakan tidak matang kerana ia menunjukkan kerapuhan sistem pakatan yang mereka amalkan.

Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata situasi sedemikian menggambarkan seolah-olah Anwar tidak dihormati.

Jelasnya perkata itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS masih belum mempunyai seorang ketua yang disegani.

“Walaupun Anwar kini sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, namun tindak tanduk mereka seolah-olah tidak menghormati Anwar sebagai ketua.

“Malah mereka juga dilihat seperti sedang tercari-cari seorang pemimpin yang disegani,” katanya kepada mStar Online.

Semalam Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan supaya Anwar memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam usaha mengekalkan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini iaitu terdapat beberapa pemimpin PKR bergaduh dengan pemimpin PAS di Perak yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Ahmad berkata sepatutnya Guan Eng tidak membuat teguran terbuka melalui media kerana tindakan tersebut sedikit sebanyak boleh mengeruhkan hubungan parti komponen dalam pakatan pembangkang itu.

“Sepatutnya tegurlah dalam mesyuarat atau secara bertulis kerana melalui cara itu nampak lebih baik dan elok,” katanya.

Malah jelas beliau lagi teguran terbuka seumpama itu juga boleh menyebabkan hati penyokong PKR mahupun PAS terguris.

“Tindakan Guang Eng itu juga boleh menyebabkan ramai yang berkecil hati dan terguris kerana ia seolah-olah menggambarkan pimpinan kedua-dua parti berkenaan tidak berjaya mengawal ahli-ahlinya,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berpendapat ‘perbalahan pandangan’ yang wujud dalam Pakatan Rakyat akan terus berterusan.

“Teguran Guan Eng itu ada asasnya kerana mereka sememangnya akan terus berbalah sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama.

“Malah saya juga menjangkakan proses orientasi barisan pembangkang itu akan berterusan hingga satu penggal,” katanya.

Jelasnya antara PKR, PAS dan DAP mereka masih belum betul-betul mengenali antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai matlamat dan ideologi yang berbeza.

“Latar belakang mereka berbeza, agenda dan ideologi juga berbeza kerana pakatan itu hanya bersatu dalam pilihan raya dengan sasaran untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN).

“Kemudian lepas pilihan raya mereka kembali bawa haluan masing-masing dengan cara dan pemikiran yang berbeza-beza,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata teguran Guan Eng itu kena pada tempatnya.

“Mungkin Guang Eng sedar perbalahan antara PKR dan PAS akan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

“Beliau mungkin juga tidak mahu pergaduhan PKR dan PAS akan turut mengheret DAP dalam masalah yang timbul,” katanya.

nota: macam mana nk hormat..asyik kene tipu je …kejap 16 sept kejap tarikh lain..alih2 tak menjadi…PAS dan DAP melopong je kene tipu!!!

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Teguran Guan Eng seolah tidak hormati Anwar – malaysiakini

  1. Saji

    Masyarakat penempatan rumah haram walaupun mempunyai latar belakang dan ideologi berbeza, tetapi mereka tetap bersatu. Mengapa? Kerana mereka mempunyai kepentingan yang sama iaitu mempertahankan rumah dan penempatan daripada diroboh dan dirampas. Umat Islam di zaman kegemilangan Islam menganut pelbagai mazhab, tetapi mereka tetap bersatu. Mengapa? Kerana mereka ada satu perjuangan iaitu mengembangkan agama Allah di seluruh dunia. Arkitek berbeza ideologi dan style karya senibina, tetapi mereka tidak mengkritik di antara satu sama lain. Mengapa? Kerana mereka berpegang kepada etika profesionnya. Yang dibenarkan mengkritik karya seseorang arkitek ialah pengkritik seni bina seperti Cardic Price. BN di bawah pimpinan Dr. M dikatakan sekukuh konkrit. Mengapa? Kerana mereka mempuyai pemimpin yang tegas .
    Bagaimana dengan parti DAP, PAS dan PKR ? Maksudnya, Mengapa tiga parti ini yang berlainan latar belakang dan ideologi boleh bersatu di bawah PR di ambang PRU-ke 12 dulu, tetapi tidak sekarang? Jawapannya, dulu mereka mempunyai perjuangan yang jelas iaitu menombangkan kerajaan BN dan menubuhkan kerajaan PR, tetapi sekarang jelas kabur.

  2. Anak Pulau Pinang

    Teguran yang ikhlas serta berani merupakan satu langkah kepada sefahaman yang lebih matang.

    Kritikan akan membawa kearah pentadbiran yang lebih adil dan telus.Orang yang sanggup terima kritikan dari pihak lain menunjukkan suatu pertanda yang baik.

    Saya berharap parti-parti komponen BN juga bersedia untuk memperbetulkan keadaan sepertimana yang dilakukan oleh Guan Eng dan rakan-rakan di Pakatan Rakyat untuk terus mentadbir dengan C.A.T .

    Parti politik dan ahli politik sebenarnya bekerja untuk rakyat dan bukannya parti mereka.

  3. Subahir Taib

    Masyarakat penepatan rumah haram walaupun mempunyai latar belakang dan ideologi berbeza mereka tetap bersatu, kerana mereka mempunyai kepentingan bersama iaitu pertahankan rumah dan penempatan mereka daripada diroboh dan dirampas pemiliknya. Masyarakat ilmuan Islam zaman kegemilangan Islam bersatu walaupun mereka berlainan mazhab – Hanafi, Shafie, Maliki, Hanbali dsb tetapi mereka tetap bersatu kerana mempunyai tekad perjuangan yang sama iaitu mengembangkan agama Islam di seluruh dunia. Masyarakat arkitek juga bersatu walaupun mereka menganut pelbagai ideologi dan style kraya senibina – tradisionalism, calssicalism dan modernasim dalam berbagai bentuk – postmodernasim, brutualism, deconstructivism, enrich modernism dsb kerana mereka berpegang kepada prinsip rekabentuk yang sama dan perpegang kepada etika arkitek iaitu tidak mengkritik antara satu sama lain. Yang boleh mengkritik ialah pengktitik senibina seperti Cradic Price. Bagaimana dengan PKR, DAP dan PAS? Terbukti ketika PRU ke-12 yang lalu mereka juga boleh bersatu di bawah PR. Mengapa? Kerana mempunyai tekad perjuangan yang sama iaitu menombangkan kerajaan BN pimpinan UMNO. Tetapi tidak sekarang. Mengapa? Kerana mereka leka dan lalai dengan perjuangnnya itu yang belum selesai!

  4. Salam,
    Memang dasar parti biaDAP..nak harap apa lagi bang nuar hoi!.Anak rintik ,Bapak pula borek!.Biasalah itu..
    Untuk Saudara subahir taib!,
    Apa yang dimaksudkan perjuangan?Dap dengan Malaysian Malaysia,PKR pulak dengan Multi Racial dan demokratik liberisma yang PAS pulak dengan Hukum hudud!.
    DAP tak setuju Ideologi PAS!,PKR pulak liberal(nuetral mengenai PAS),Pendekkan cerita Pakatan Rakyat ini boleh di gelarkan pasangan yang suka main kayu tiga….BN juga pernah selama 50 tahun memerintah tapi kamu tahu sekian lama ini BN masih tidak mempunyai sebarang Ideologi cuma berkhidmat untuk rakyat!.itulah ideologi yang sebenar..kalau Parti PAS memprjuangkan hak Islam memang disetuju..tapi DAP yang majoritinya kaum Cina nak jadikan Malaysian malaysia..Melayu nak letak mana?.PKR…ia macam BN…sepatutnya berjuang untuk rakyat Malaysia?.Dasar perkauman masih tebal lagi..hang lihat je kekecohan sekarang..kalau Melayu buat cina India tak terima..kalau Cina buat melayu pulak tak terima..inikah perjuangan yang awak maksudkan.Jangan terpedaya dengan anjuran “Sales”mereka..harga tetap sama!.Cuma publisiti lebih menarik customers!.Wassalam.

  5. ikankecil

    salam…..

    hah da kene la 2……yang sana tu penipu yang dini penyangak……dah kene dah penyangak kne ngan penipu….(dipetik dari filem allayarham tan sri p.ramlee)

    bgs la 2…
    pakatan mmg menjadi…
    yg rugi dan terkenenya rakyat….
    elok……..

    ikankecil berenang bebas….

    wasalam…

  6. Putera81

    Assalamualaikum..

    Ikan kecil apa khabar? itu belum masuk chapter “harta ismet di luar negeri lagi tu” hehe

  7. ikankecil

    salam….
    hahahah…
    kat mane kogostan??uzbezkistan???setan???wah negeri setan pown ade harta…….

    xpew2…abg nuar tetap syg guan eng……
    xgitu tuan penasihat???

    25%….

    hahahahhaha…….

    ikankecil berenang guling guling….
    wasalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s