Daily Archives: January 5, 2009

Calon PAS tidak dihormati oleh AMK Keadilan – malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kesal dengan tindakan polis menahan Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa dan lima lagi ahli skuad sayap negeri ini yang menampal poster wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu di sekitar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fauzi Abduri mengesahkan pihaknya telah menahan keenam mereka di Jalan Cerung Lanjut pukul 4.45 pagi tadi.

Difahamkan mereka akan dikenakan tahanan reman hari ini untuk disoal siasat berhubung perbuatan menghasut.

Esok ialah hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

“Apa yang menghairankan ialah apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam?” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata beliau lagi, AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar Altantuya yang dibunuh dua tahun lalu.

“Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?” kata beliau lagi. – mstar

nota: sepatutnya kalau tak sabar sangat nak naik poster…naik kan lah bendera PAS…wakil Pas yang akan bertanding..bukan mendiang yang bertanding…

sungguh bodoh tindakan mereka yang mengantung poster mendiang yang kononnya ingin menyindir DS Najib…

apakah puak2 AMK ini tidak takut dosa kah sekiranya apa yang mereka laungkan selama ini hanya gosip2 politik ketua mereka??

Adakah mereka ini berpegang kepada pengakuan sumpah Bala untuk menjatuhkan hukuman kepada DS Najib??

Kesian YB Wahid…patut YB dihormati..nampaknya Pemuda PAS kena kerja sendiri laaa…harapkan PKR…memang pantang nampak peluang macam ni…nk popular sahaja.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Contoh Negara Berkebajikan – malaysiakini

Perbuatan Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang mengarahkan pegawai-pegawainya mengambil kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perbuatan itu adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.

“Inilah dia contoh “Kerajaan Berkebajikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kempen Tabung Bantuan Bencana Alam di Pasar, Seni,Kuala Lumpur,Ahad.

“Saya amat dukacita dan berharap Kerajaan Negeri Perak memikirkan semula tindakan drastik ini kerana kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa,” tambahnya.

Muhammad berkata beliau sudahpun memberi arahan kepada pegawai-pegawainya mencari tempat alternatif dan kerajaan akan menampung bayaran sewa tempat-tempat yang dipilih itu.

“Walaupun saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai supaya mencari tempat yang berhampiran dengan kawasan lama, sekiranya tidak ada pilihan, kita mungkin terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh. Ini pastinya akan menyukarkan ibubapa menghantar anak-anak mereka. Tetapi buat masa ini, itu sahaja yang kami dapat buat,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa hampir 13,000 murid tadika di Perak terjejas pembelajaran mereka berikutan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 tadika milik agensi itu.

Ahmad Zahid berkata, beberapa pengerusi Jawatawankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika kepada pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN).

Menyentuh Pilihanraya Kecil Terengganu, Muhammad berkata, beliau yakin calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

“Kita sudah melihat ada keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan pemilihan calon. Pada mulanya mereka mencalonkan A, kemudian B, dan selepas itu kedua-duanya ditolak dan calon C pula dipilih.

“Ini pasti membawa kesan kepada pengundi. Selain itu pengundi di Kuala Terengganu juga akan mengambil kira kesanggupan Datuk Wan Ahmad Farid melepaskan jawatan Timbalan Menteri dan juga senator kerana membuktikan beliau akan lebih fokus jika menjadi wakil mereka, berbanding calon PAS, Abdul Wahid Endut, yang pada ketika ini memegang tanggungjawab sebagai ADUN Wakaf Mempelam.

Bercakap mengenai tindakan tentera Zionis Israel mengebom Gaza dan mengorbankan 452 orang di Rafah semalam, dan di Masjid Ibrahim Al-Maqadna, hari ini yang mengorbankan 13 orang termasuk dua kanak-kanak serta mencederakan 60 ketika jemaah sedang solat, Muhammad, yang juga Ketua Penerangan UMNO menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot semua produk keluaran Israel dan juga negara-negara yang menyokongnya.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda